~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Tuesday 24 July 2012

Kiri atau kanan??Pastinya kiri--Left handed

=Kidal=Kalau anda seorang yang kidal, maka kita GENG kidal!!!

Menjadi seorang kidal selalu dianggap tidak sopan. Malah pasti anda akan kelihatan pelik dan pasti ada yang bertanya "kidal ke?".

Otak manusia berfungsi secara songsang, iaitu otak di sebelah kanan menguasai bahagian tubuh sebelah kiri dan otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh di sebelah kanan. Maka, kidal berlaku apabila seseorang itu banyak menguasai otak sebelah kanan.


Haishh..pening nak terangkan. Kerana mereka yang kidal akan mengalami sedikit masalah untuk mengecam kiri dan kanan. Hal itu terjadi pada aku. Jadi, bila orang tanya arah pada aku, aku akan ambil masa untuk jawab pertanyaan tersebut. Mungkin kerana berlaku sedikit kecelaruan. Atau...aku akan buat pengecaman kiri dan kanan dalam hati (menulis tangan kiri, jadi, genggam tangan kiri baru lah boleh kenalpasti kiri atau kanan. atau, pakai jam sebelah kanan, genggam tangan kanan..baru lah boleh kenalpasti kanan).

Kemudian, bila orang kidal menulis dengan gaya penulisan yang agak unik--tersenget-senget buku--pasti ada yang kata, "suka la tengok", "kenapa tulis macam tu?" dan macam-macam lagi.

cara aku menulis, buku terbalik atau cenderung/senget ke kiri

Dulu masa sekolah rendah, kalau menulis dengan buku senget, pasti cikgu akan tegur dan perbetulkan kedudukan buku. Tapi keadaan akan jadi lambat dan bila cikgu beredar, cepat-cepat pusing buku ikut keselesaan dan sehingga sekarang. 

Yang pasti segala persoalan anda sukar dijawab kerana begitu lah cara kami menulis. Kidal, mungkin unik tapi sejujurnya, ia sesuatu yang sukar. Kerana kami perlu membiasakan segala peralatan yang memang tersedia untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Tapi kami perlu menjadi elastik dan perlu menyesuaikan diri menggunakan segala peralatan tersebut menggunakan cara kami tersendiri. 

Bagi anda, kidal mungkin dianggap istimewa, tapi orang kidal seperti aku, kami akan cepat gelabah sementara menyesuaikan diri dengan situasi yang majoriti adalah mereka yang menggunakan tangan kanan. Kenapa kami gelabah???

Kelemahan orang kidal

1. Menulis di dalam buku tebal (buku laporan, diari dll) adalah agak menyukarkan. Semua penulisan buku bermula dari kiri ke kanan (kecuali buku tulisan jawi), jadi agak sukar untuk kami menulis dan kami mengambil insiatif sendiri iaitu, menulis dengan gaya yang unik mengikut keselesaan kami. Tapi kadangkala, bila kami menggunakan pen dakwat basah, tersilap langkah, habis buku kami comot.

2. Kami juga perlu membiasakan diri kami dengan peralatan yang sememangnya disediakan kepada si majoriti bertangan kanan. Peralatan itu biasanya, gunting, mouse (tetikus komputer). Dan...agak sukar kalau kami si kidal mahu belajar menjahit dengan mereka yang tangan kanan. Bukan kami yang tak boleh menyesuaikan diri, tapi mereka yang tangan kanan sukar mengajar kami. (memang benar-benar terjadi pada aku, jadi alternatifnya..jahit juga dengan gaya tersendiri)
tengoklah posisi tetikus "mouse" aku.  KIRI
3. Sukar menggunakan kerusi di dewan kuliah. Dulu masa belajar di U, selalu aje buku atau kertas aku berterabur di lantai. Kenapa? Sebab kerusi di dewan kuliah disediakan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Maka agak sukar bagi kami si tangan kiri. Bila nak menulis terpaksa mengiring sekali buku dan badan. Apa nak buat. Tetap kena sesuaikan diri.
selalu sangat buku atau kertas berterabur. mmmmm :((
4. Kebiasaan, orang kidal akan memakai jam di sebelah kanan, kerana kalau mereka memakai jam di tangan kiri, sangat sukar untuk kami menulis. Ganggu!!! Tapi jika ada si kidal memakai jam di tangan kiri, bila menulis, pasti mereka akan buka  jam tersebut.

kena pakai jam sebelah kanan. tak jadi masalah pun kecuali masa menulis
5. Orang kidal ni, mesti orang akan pandangn serong sikit ketika makan (ketika guna sudu/garfu je la). Kami cenderung menggunakan tangan kiri, melainkan kalau makan menggunakan tangan--memanglah tangan kanan. So, kesimpulannya, makan aje guna tangan kan ikut sunnah Rasulullah. :))

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)


Tapi....tetap ada keistimewaan untuk mereka yang kidal. :))

1.  Ramai orang cakap la--bukan kami yang cakap :)), orang kidal ni tulisan cantik dan lebih senang menulis tulisan jawi/arab kerana tulisan jawi/arab kan ke bermula dari kanan ke kiri.

cantikkah tulisan aku? tapi ni tulisan nak cepat
::mode:: perasan kejap :))
2. Orang kidal dikatakan mudah menggunakan kamera DSLR kerana, kamera ini memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan. Hal ini kerana, kanan kiri menyokong dan memegang lensa kamera, sementara tangan kanan, menekan picu kamera. Jadi, mudah la si kidal mengubah fokus kamera dan sekaligus menyokong kamera dengan mudah--Jadi, nak kena beli kamera DSLR lah..:))

3. Orang kidal mudah menggunakan gear (mudah ok, bukan tahu--sebab nanti ada yang cakap, semua orang yang memandu tahu menggunkan gear) kerana gear kereta di Malaysia berada di sebelah kiri
senang/mudah
4. Orang kidal menggunakan kawalan otak dari sebelah kanan yang menguasai muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi (mudah tersentuh), dan kebijaksaan.
hasil kreativiti aku
henna

hasil kreativiti aku
bridal hand bouquet

Punca orang kidal belum lagi dapat dipastikan secara saintifik, tetapi ada pakar mengatakan kidal terjadi kerana disebabkan oleh faktor genetik. Mmmm...macam aku, aku dan suami, kami kedua-duanya kidal dan sekarang kami lihat anak kami, Zara, cenderung menggunakan tangan kiri.

Ada teori lain mengatakan kidal berlaku kerana kandungan hormon testoran yang tinggi semasa bayi dalam kandungan.

Kesimpulannya--tidak kisah la kiri atau kanan, yang penting, gunakan tangan yang dianugerahkan ke arah kebaikan. 


p/s:: terfikir untuk menulis entry "kidal" kerana masa aku berada di pasar ramadhan, aku melihat seorang budak lelaki yang menerima arahan dari emaknya untuk ke bazar yang dimaksudkan. Budak tersebut bertanya 2-3 kali untuk kepastian dan emaknya terpaksa memegang tangan untuk mengisyaratkan mana tangan kanan dan mana tangan kiri. Dan budak tersebut buat perkara yang sama seperti aku buat--genggam tangan, budak tersebut mengenggam tangan (seperti penumbuk) dan berlari ke bazar yang dimaksudkan. 

Otak kami kadang-kadang keliru.


sumber:: 

3 comments:

  1. orang kidal terer masak n buat masak laju n sedap..mostly laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhahaha...saya xreti masak lauk pauk...tau buat kek/biskut aje...klo masak biasa2 utk sendiri mkn blh la

      Delete
  2. orang kidal boley makan smbil menulis especially makan jajan....dulu time study sy suka sgt makan kismis or kerepek bila sy study...so kawan2 akan jeles sbb sy boley makan guna tgn kanan n menulis tgn kiri.. :D

    ReplyDelete