~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Monday 9 July 2012

Meredah jambatan bersama Cik Nyamuk

Isnin.....

Sekejap je kan dah masuk minggu baru...Dan....meroyan untuk mai kerja kembali...
ala-ala meroyan bila nak kena travel mai kerja
terfikir nak naik bus/kereta
last-last naik moto
:((
Iya la sebab last week, selama seminggu laki aku dok ulang alik p hantar dan amik..

feeling bila laki aku hantar la..tapi tak dak la sampai peluk tahap macam neh..malu aih ceq dok peluk sakan macam neh..:)

Hari ini, pagi-pagi dah start scooter cik nyamuk laki aku untuk nak mai kerja..alkisah...starter scooter tu, tak boleh digunakan..so, mau tak mau perlu start secara manual. Jenuh la dok tendang kaki..lenguh gak la sementara mosquito mengaum.

Aku pulak, nama aje ada lesen motor (masa amik lesen, aku tak kena pulak stand moto..kalau tak, sure aku gagal)...tapi seriously..aku tak reti nak stand moto...even moto biasa..apatah lagi si nyamuk..berat kot...*embarassed*.


So, pagi ni...dengan berbekalkan kekuatan yang ada (baru moto mosquito>betul ke ejaan moto neh?< itu pun ada hati nak bawa moto berkuasa besar>berangan<) aku pun mulakan perjalanan ke opis dengan berbaju kurung.

Sambil dok bawa moto, boleh pulak nak tergelak sorang-sorang atas moto (senyum je la >kalau aku gelak kuat-kuat..kan ke orang ingat orang gila). maunya tak gelak...dengan baju kurung naik mosquito yang gedabak...berangin aje masuk..dengan kain menggerbang sambil terliuk lentuk kain tu (dalam hati--jangan la terselak). dah la pulak, dengan kelajuan moto yang aku bawa *120km/j*..dok budget macam bawa moto berkuasa besar..hahahaha

Bila lalu atas jambatan, lagi lah aku rasa macam kain aku dah nak terselak..walaupun tersepit-sepit aku sambil bawa moto, konon-konon ala-ala gadis melayu.

konon-konon aku yang bawa la...cuma aku pakai baju kurung...
rasa terselak dan mengelak untuk terselak..jenuh cover
kalau pakai skirt macam neh, sure pakat-pakat stop tengok aku
:))
Kain nak terselak, tapi aku dok bawa moto sambil menyelit-yelit...bukan sebab apa...atas bridge..bawa moto perlahan-lahan, rasa nak melayang..dah bawa moto laju-laju rasa nak terbang pulak...haishh..>itu lah sebab nak feel pakai baju kurung, konon Isnin..perlukah?< hehehheeh

Okay...ini cerita nak datang opis...ni terfikir pulak nak balik sekejap lagi..sapa nak tolong startkan moto neh untuk aku? tadi pagi okay la sebab minta tolong abang aku.

Petang ini, kena buat muka sepuluh sen minta tolong pada colleague atau pada student aku yang dok melepak kat luar ni tolong start kan...hahaha..lawak la...naik moto pandai..tapi nak start sendiri...tak reti...

Okay lah...nanti balik...aku redah juga macam mana aku datang pagi tadi.hehehe... >sebenarnya beriya nak publish sebab aku start menulis entry ni dari pagi-pagi...petang baru nak publish<

Sekian, wassalam.. :))

*sila abaikan pic budak kecik neh
ini lah moto si nyamuk laki aku..
nak stand moto macam nie la aku xreti..:((
berat hokay!!!



ni la aku...mood berangan nak bawa moto scooter yang berkuasa tinggi+helmet fullface+jaket kulit hitam
*challenging dan aku sangat sukakan cabaran*

No comments:

Post a Comment