~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 23 January 2013

Majlis Ilmu

Majlis Ilmu oleh Pak Sheikh dari Jordan.
Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah

Beliau di terbangkan khas dari Jordan, merupakan salah seorang panel dalam penghasilan dan percetakan al-Quran. Beliau memaklumkan, terdapat lebih kurang 8,000 huruf Alif yang berulang-ulang dalam sebuah al-Quran.

Terus ambil kesempatan untuk bertahnik Zara lagi sekali walaupun dah pernah buat waktu Zara "fresh" dari "oven" mommy.

Alhamdulillah, mommy anggap sebagai "hadiah istimewa" bagi meraikan majlis ulangtahun Zara Amala Bt. Muhammad Syafiq yang ke 2 tahun. Rezeki Zara, alhamdulillah..Semoga Zara mengambil berkat dari Pak Sheikh dan menjadi orang yang mulia di sisi Allah..Mommy dan Abah mendoakan semoga Zara menjadi orang yang berilmu dan dipermudahkan urusan Zara dunia dan akhirat.
Amin

"Assalamualaikum w.b.t"
With Family
pak sheikh sedang beramah mesra dulu dengan Zara
pak sheikh sedang membacakan ayat al-quran
pak sheikh sedang explain sesuatu dalam bahasa Arab, tapi translator kt tepi kena translate balik. :)
Abah nya konsentrasi, macam faham aje
pak sheikh tengah explain sesuatu, tapi mommy dan abah tak faham. TQ kepada pasangan ustaz & ustazah translator. Cuma ayat pak sheikh yang kami faham adalah "good, good, good".
"alhamdulillah"

Bertahnik--pak sheikh sedang membacakan ayat al-quran pada sebiji kurma yang dicelup dalam air zam zam
Zara memang akan nangis kalau dia tak kenal dengan orang luar
pak sheikh sedang mengazankan Zara Amala Bt. Muhammad Syafiq
"Drink, drink"
Dibacakan ayat kursi dan beberapa ayat suci al-quran
Pak Sheikh menulis ayat al-quran yang ditulis sendiri oleh Nabi s.a.w ketika baginda terkena gangguan. 

Monday 7 January 2013

Harapan


Setiap ibubapa mahu anak yang soleh/solehah,
Tapi bagaimana ajaran yang dibawa mereka.

Setiap ibubapa mahu anak yang cerdik pandai,
Tapi bagaimana didikan yang diberikan.

Setiap ibubapa mahu anak yang beradap dan sopan,
Tapi bagaiman cara asuhan yang diajarkan.

Setiap ibubapa mahu anak yang bijak berkata-kata,
Tapi bagaimana cara elok peribahasa.

Setiap ibubapa mahu anak yang mendengar kata,
Tapi bagaimana cara pesanannya.

Setiap ibubapa mahu anak yang lestari jiwanya.
Tapi bagaimana cara telus ajarannya.

Setiap ibubapa mahu terasuh minda anaknya,
Tapi bagaimana cara adaptasi mindanya.

_____________________________________________________________

Jika mahu soleh/solehah anaknya, 
Ajarkannya tentang ilmu agama.

Jika mahu anak yang cerdik pandai pemikirannya,
Didik anak dengan pengetahuan dunia dan akhirat sedalam-dalamnya.

Jika mahu beradap dan sopan anaknya,
Asuhankan dia dengan budi pekerti mulia.

Jika mahu anak bijak berkata-kata,
Peliharalah setiap tutur kata.

Jika mahu anak mendengar kata,
Sampaikan pesan yang seindah bahasa.

Jika mahu lestari jiwa anaknya,
Terapkan nilai rohani dan jasmani yang mulia.

Jika mahu terasuh minda anaknya.
Jagalah setiap tutur bicara, pelihara setiap bual bicara dan harmonikan setiap perkara di minda.

___________________________________________
Apa pun jua caranya, setiap ibubapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jika elok cara didikannya, maka elok juga hasilnya.

Saya tidaklah pandai dalam hal keibubapaan, tetapi bila ada pesanan dari orang yang lebih berpengalaman, saya jadi terfikir sendiri apa yang ibubapa mahukan dari anak masing-masing.

Bagi ibubapa yang telah berjaya melihat kejayaan anak-anak masing, mungkin ia hasil dari didikan yang betul dan rezeki Allah.

Tapi bagi ibubapa yang tidak berhasil melihat kejayaan anak-anak, mungkin ada silapnya dan sukar dibendung malah ia juga rezeki Allah kerana Allah lebih mengetahui segalanya.

Harapan itu satu impian,
Didikan itu satu tanggungjawab
dan 
Melaksanakannya satu amanah

Saturday 5 January 2013

-TWO/DUA-

She turns TWO...

Zara Amala Binti Muhammad Syafiq
Alhamdulillah....DUA TAHUN, anak ini membesar dalam sekelip mata, walau mak pak nya masih terasa seperti dia baru dilahirkan dan masih ampuh untuk dipegang. Ternyata, dua tahun adalah saat indah dan penuh dengan pengalaman yang suka, duka dengan hilai tawa dan aksinya.

Mencabar untuk tahun-tahun mendatang....InsyaAllah mommy dan abah akan terus bersama tanpa membiarkan kamu keseorangan dalam melalui dunia yang penuh pancaroba dan akan dibekalkan kamu dengan pengetahuan dunia dan akhirat... InsyaAllah.

Kelahiran yang rasanya begitu mencabar untuk mommy kamu. 13 jam bertarung di dewan bersalin, bukan sesuatu yang mudah. Genggaman tangan abah sehingga lebam dalam dewan bersalin adalah mungkin satu pengalaman getir untuk mommy dan abah.

Bagaimana abah travel setelah dapat panggilan dari doctor, bagaimana abah ikut belakang ambulans, bagaimana kamu yang sudah hampir lemas dalam rahim mommy..bagaimana kamu lahir, tidak menangis dan kehilangan oksigen... dan bagaimana...bagaimana...pengalaman abah dan mommy..kami tidak pernah gusar atau rasa sedikit penyesalan.
Hari pertama selepas 6 jam

Hari ke-2

Hari ke-10

Hari ke-20

Hari ke-30

Hari ke-45
Lepas habis berpantang, mommy terus bawa ke shopping mall
Enam bulan, puting masih menjadi peneman sejati
Moments kamu membesar di depan mommy dan abah

Now, you turns TWO Zara Amala
Itu semua kisah 2 tahun yang lalu. Kini, kamu membesar dengan cergas dan cerdas di hadapan mata mommy  dan abah. InsyaAllah yang terbaik untuk kamu.

Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Begitu juga bagi mommy dan abah.


Harapan itu satu impian, didikan itu satu tanggungjawab dan melaksanakannya satu amanah. 




p/s: birthday awak akan menyusul kemudian ye Zara :)

Thursday 3 January 2013

2013 : 1434-1435H


2013.....

Kali ni tiada sambutan atau keluar bersidai tengok bunga api atau count down. Aku dan Zara hanya lepaking di rumah since suami aku pun tiada. Actually, tak ada apa pun dan bukan menjadi kemestian bagi kami. Yang penting, apa yang perlu dicapai untuk tahun baru 2013.

Semuanya akan berkisah pada azam tahun baru, perancangan masa depan dan bla...bla...bla...

Yes!!! masing-masing ada angan-angan dan target dalam hidup. Teruskan. Semoga kita memperolehi apa yang kita impikan, InsyaAllah.

But, this time, bukan la nak bercerita tentang azam tahun baru tapi aku nak berkongsi tentang "Perancangan Eksekutif Islam 2013" (ala-ala organizer la) yang baru aku beli. Masa mula aku tengok, honestly; langsung tidak berminat. Tapi selepas di teliti dan diamati, aku terfikir kenapa tidak aku beli untuk sesuatu yang bermanfaat selain dari dijadikan organizer untuk diri sendiri. 

Sebab tu, kita jangan menilai dari luaran. "Don't judge a book by its cover". Tetiba tergerak hati untuk meneliti kandungan di dalam. Terus, hati rasa tertarik kerana dalam masa yang sama, info yang sangat berguna yang kadang kita pandang sangat remeh dan mudah.

Kandungan di dalam yang sangat berguna, bukan saja meliputi ilmu keagamaan, tapi terselit pelbagai info mengenai kesihatan, keibubapaan dan lain-lain.

Kalau boleh nak share setiap helaian, tapi tak mau la terlalu over :) Sikit-sikit ok la kan.

tengok dari luaran, macam buku cerita kanak-kanak
Ilmu keagamaan untuk info kerohanian
Suatu ilmu yang kita selalu fikir mudah
5 perkara sebelum 5 perkara
tunggu akan di isi
Isu keibubapaan yang selalu terlepas pandang
info untuk kesihatan
yang selalu diambil mudah padahal suka jugak terlupa. Jujur
AURAT
Kata-kata hikmah
INFO SOLAT
Kata-kata hikmah untuk renungan bersama

Kalendar
Nabi dan Rasul

Jujurnya, sangat berguna. Selain dari planner, boleh dijadikan rujukan untuk perkara mudah yang selalu terlepas pandang.

Lastly. Semoga tahun baru memberikan kita kehidupan yang lebih sempurna. :)