~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Tuesday 19 November 2013

Dunia jahitan bermula

Assalamualaikum...

Hiii...am back. Dah lama tak menulis. 

Actually, sedikit sibuk dengan tugas harian (ayat klise) hahaha.. Kali ni, saya nak curi-curi masa sikit nak menulis tentang aktiviti terbaru saya.

Kehidupan mak-mak, as usual, sibuk uruskan anak dan suami (macam kau sorang je ada anak dan laki jah). Oppssss!!!

Ni la anak dara mommy :)
Zara Amala?? dia pun dah semakin besar dan cerdik. Alhamdulillah. Semakin petah berkata-kata sampai kadang-kadang, mommy dan abah yang terkena balik.

Ok, untuk update cerita lain, saya sibuk dengan business online (macam niaga besar aje...over tau!!!). Untuk business online kali ni saya lebih tumpukan pada customize shawl...halfmoon dan tailor made baju kurung. Dalam masa yang sama, saya sedang merancang untuk customize benda lain juga.

So, far alhamdulillah. Bermula dengan tempahan custom made shawl dan halfmoon, sekarang saya memberanikan diri untuk tailor made baju kurung dan baju kurung moden. Tu yang tak sempat nak menulis. 

At first place, macam mana boleh mulakan proses menjahit ni? ha!!! semuanya bermula secara tidak sengaja di bulan Ramadhan.

ini lah projek pertama--baju ibu dan anak serta shawl
Bermula kisah waktu guna mesin jahit arwah mak mentua. Rosak, pergi then, pergi repair. Jahit punya jahit...rosak lagi...hantar p repair. Ok balik..jahit lagi, lepas rosak lagi. Sekali apek repair mesin cakap, dari you asyik repair dah berapa kali, baik you beli mesin baru.

Then tak terfikir lagi. Esoknya, balik dari office, terus pergi kedai mesin..cakap apek mesin Singer tu. I mau angkat itu mesin, berapa harga?

Apek tu pun kira la p balik...tekan calculator..lepas tu, dia confirm balik, "Lu butoi ka mau angkat itu mesin?, kalau lu butoi mau angkat itu mesin, lu kena bayar itu deposit, hari Sabtu, gua p kasi antar rumah sekali ajar macam mana mau guna."

Masa tu, aku terus reply, "ya, I mau angkat la, sebab ada baju raya mau jahit". Tanpa fikir panjang, aku pun terus bayar deposit yang macam apek tu beri tahu.

Isi particular jual beli nya agreement, sign.. siap, hak milik mesin bertukar tuan. Hari Sabtunya, delivery ke rumah.

Dari situ, bermulanya alkisah. Beli dulu, then baru bagi tau husband. Sebelum bagi tau, minta ampun dulu. Hehehehe...nasib tak kena marah.

Lepas aje Ramadhan, saya teruskan usaha menjahit shawl dan baju kurung sendiri, then suddenly, colleague nak juga shawl..dan yang lain-lain terus repeat orders. Jadi, saya berfikir kenapa tidak saya teruskan kerja ni--customize shawl/halfmoon dan tailor made baju--
Yang ni pulak, Shawl pertama yang dijual :)
Baju Kurung Moden pertama dijahit kepada customer, sebelum saya cuma buat baju kurung untuk diri sendiri dan family je
Alhamdulillah, business online/offline ni...tak la sebesar mana, tapi rezeki Allah tu luas. Amin. Dan boleh dikatakan, saya sudah ada regular customer untuk shawl/halfmoon dan tailor made baju kurung. Alhamdulillah. Selain dari tu tumpuan pada custome made dan tailor made, Zaraliz Leinen turut menjual pakaian kanak-kanak/blouse/casual ware/handbag dan lain-lain.

Ratu Asyhaa?? Masih ada, cuma kurang di online dan hasrat untuk buka butik masih dalam perbincangan. In shaa Allah, jika diizinkan Allah, semoga Ratu Asyhaa dan Zaraliz Leinen terus berkembang. Amin

Jom view fanpage kami di https://www.facebook.com/ZaralizLeinen 

review dari customers
cara kami packging untuk delivery
banyak habiskan masa dengan material--nak cari idea baru.
Normally, tuan tanah kedaung la kena pakai dulu

ada yang nak shawl/halfmoon ala-ala retis.
paksa adik I untuk jadi model tak berbayar
ni set combo. hahahah
baju ibu dan anak
review dari Zaraliz Leinen's customer


tailor made Baju kurung moden

glitter bergemerlapan



Friday 21 June 2013

Jom Mengajar

Assalamualaikum... dah lama tak ber update blog neh.

Bukan apa...agak sibuk dan tak cerita sangat yang dikongsi. Normal life.

Hari ni, actually...aku berdebar sikit. Bukan sebab apa...tapi sebab nak mula mengajar. Hahahhaa..

Tapi jangan fikir aku dah tukar kerjaya. Masih lagi handle "Student Affairs", tapi sekarang, dalam masa yang sama, aku akan mengajar juga.

Actually, aku dah lama ada permit mengajar untuk Institusi Pendidikan Swasta. Cuma selama hari ni, permit tu, tak pernah digunakan. After 3 years, baru permit tu macam berfungsi. Ye la sebab permit tu dibuat dr tahun 2010.

Kenapa aku mengajar? Sebab kena ganti lecturer yang berhenti mengejut. Dan kebetulan, subjek yang diajar oleh lecturer tu, termasuk dalam senarai subject yang di senaraikan kepada KPT masa nak mohon permit mengajar.

So, lagi a few hours, aku akan masuk kelas yang pertama dengan jumlah student seramai 40 orang. Kelas pertama yang aku kena mengajar-- Critical and Creative Thinking. #owh, my....kena jadi seorang berpemikiran kritis sat#
#preparation#study#understand#takot#

Bila dah mengajar, haruslah kan...aku kena study untuk faham dulu sebelum masuk kelas. #Preparation# Penting tahu!!!!

Subject lain....taraaaaaa... ala-ala surprise gitu :)

Dalam masa yang sama kerja admin dan urusan pelajar tetap kena laksanakan. #Phewww#

Takot okay!!!!! Jangan ada student complaint cakap tak faham sudah... again...takottttttttt

Budak kolej private ni, tak macam budak local U...sangat spoon feed dan siap parents datang complaint. #lagi sekali takooottt...nebes...gabra#

Harap segalanya berjalan lancar...Amin

p/s: lecturer sebelum ni dah tinggalkan amanat...utk kelas aku yang pertama ni...dia suruh student buat presentation


Thursday 4 April 2013

Baju Lubang Mesti Laris

Bila cuaca panas....

Mommy mula terfikir sangat bergunanya baju lubang-lubang untuk anak. 

Perghhh...cuaca memang sangat panas sekarang even pukul 2-3pagi.

Dalam situasi macam ni, baju lubang-lubang menjadi pilihan mak-mak macam mommy Zara. Bila pakaikan Zara dengan baju lubang-lubang--mommy terfikir sendiri.

"isk, kalau la baju ni dijual untuk orang dewasa dan dipakai tanpa segan silu, sure baju ni paling laris".

hahahhaha :)

Tapi sanggupkah mommy pakai? mmmm..itu persoalannya.

"mommy, Aa peluh ni..panas..amau pakai bazu panjang. pakai bazu lubang-lubang la"
translate--mommy, Zara peluh ni..panas..tak mau pakai baju tangan panjang. pakai baju lubang-lubang la"

baju lubang-lubang, angin banyak sikit masuk :)



Run A Way Project is on the way :)

Assalamualaikum dan Hiiiiii....
Inilah langkah kami. Tiada lagi langkah ke belakang.
Takut kena #pancung# ngeri

Entry kali ni nak highlight sikit berkenaan "Ratu Ayshaa"

Terwujudnya Ratu Ayshaa adalah secara kebetulan di mana aku dan anak sedara (sebelah suami) memikirkan apakah bisnes yang boleh kami buat. Tetiba, "ting...ting" (sambil petik jari).

Butik!!!

Kemudian, kami plan untuk bagi nama yang sesuai untuk butik. Terwujudnya nama "Ratu Ayshaa" adalah dedikasi nama tersebut kepada arwah mentua dan maktok mereka "Hajjah Siti Aishah". Tapi untuk membuka sebuah butik, nama komersial diperlukan dan kami ubah sedikit ejaan "Aishah" kepada "Ayshaa".

Lepas dah terfikir untuk buka butik, dapat nama yang sesuai, kami terus cari masa untuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk buat pendaftaran syarikat.

Sebab apa-apa perancangan, daftar niaga tersebut sangat penting.

Kemudian, terus aku terfikir untuk ada logo yang sesuai. Idea terus mencurah-curah. Dan, tercurahnya logo (aku buat-buat macam pandai aje design logo. Iya la, budget belum banyak untuk minta designer design). 

Hasilnya,
First Design

Second Design

Third Design

Fourth Design dan diguna pakai

Fifth Design with Registration No dan diguna pakai juga
Lepas daftar aje SSM dan dalam minggu yang sama juga, kami terus travel ke Kuala Lumpur untuk cari stok dan kami cuma ambil dalam kuantiti yang kecil dulu sebab nak "test market".

Mr. Lovely driver yang harus drive kami ke KL. TQ

budak terlentok sebab keletihan ikot mak pak dia. kesian..kesian
Untuk first batch, stok agak terhad. So, nantikan stock untuk batch-batch seterusnya. Buat sementara waktu, kami hanya beroperasi secara maya, online/offline dulu. Then, next plan untuk buka butik. Nantikan sebab segalanya perlu diwar-warkan kemudian. Butik Ratu Ayshaa is on the way.

Kami menumpukan pada koleksi pakaian wanita, aksesori, tudung, shawl, telekung dan barangan lain yang relevan.

Kami juga dalam perancangan untuk menghasilkan pakaian, tudung, telekung atas jenama kami sendiri, "Ratu Ayshaa". So, nantikan.

Semoga Allah memberkati hasil usaha kami.

Antara koleksi buat masa ini;





Tunggu next update berkenaan pembikinan butik pula :)

Amin, semoga segalanya berjalan lancar. Tidak boleh menoleh ke belakang dan masa untuk terus maju ke hadapan. Takut kena #pancung# ngeri.


Bila berjumpa dengan pemenang Anugerah Jutawan Muda 2012, Saudara Han Lee yang baru berusia 19thn. Menjadi konsultan/coach kepada para usahawan.


Kata beliau, "walaupun saya sgt "selamber" sbb mungkin usia yg masih muda, tapi cara yang "gila-gila" dan bersahaja inilah yg membuatkan saya berjaya."


So, utk buat bisnes, cara mengendalikan perniagaan perlu serius, tp cara berurusan sama ada dengan pelanggan/supplier perlu "selamber" dan bersahaja. 


:mode: semangat tengah membara dan hilang sedikit malu (walaupun mula-mula rasa tebal muka)

Lepas ni kena fikir interior dan dekorasi butik, collection terkini dan lain-lain hal yang berkaitan. chaiyok!!!!!
Semoga segalanya barakah :)

Monday 18 March 2013

3rd Anniversary :)


T.I.G.A tahun

1. Majlis Resepsi Sebelah Perempuan -- 21 March 2010
2. Majlis Akad Nikah -- 17 March 2010
3. Majlis Resepsi Sebelah Lelaki -- 22 March 2010

Assalamualaikum, 17 March 2013 genap usia perkahwinan antara Siti Nurhasliza Shamsudin dan Muhammad Syafiq bin Hj Babul Basar.

Alhamdulillah.

Tiada ungkapan yang perlu diterjemahkan melainkan di panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Yang Maha Esa.

Tertulisnya sebuah jodoh di Luth Mahfuz. Jika Engkau sudah menentukan bahawa dia jodohku di langit dan di bumi, seperti mana yang Engkau kehendaki, maka permudahkanlah. Dan sekiranya dia bukan jodoh untukku, maka Engkau permudahkan lah jua. Semoga sebuah ikatan suci ini terus dicucuri Rahmat. Maka, dialah IMAM untukku... dan aku adalah MAKMUM untuknya. Semoga ikatan ini kekal hingga Jannah. Amin.
Newly Wed--bluewwkkk ;p

Tidak banyak yang dipinta, bukan juga wang ringgit sebagai galang gantinya.

Terima kasih kerana menerima aku seadanya dan menjadi ketua keluarga. Malah, aku juga menerima mu seadanya. Di sisi kita, ada kelemahan dan kelebihan masing-masing, tetapi, selagi kita berusaha melengkapi antara satu sama lain.

Pasti, badai itu akan terhapus dengan sendirinya. Bak kata pepatah, "Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai" , "sedangkan lidah lagi tergigit".

Kau imamku, dan aku makmummu..

Terima kasih Ya Allah, dan semoga kehidupan yang lebih baik menanti :)

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-3, suamiku.
Now, Happy 3rd Anniversary Husband!!!

Kini, setelah 3 tahun...

1+1 = 3  yeah!!!
Now, 1+1 = 3
We are happy family :)

Friday 8 March 2013

Pilihanraya kampus CiCT Penang

Pilihanraya kampus...

Cosmopoint International College of Technology

Dulu, masa aku bergelar pelajar, seriously, aku pun lalui perkara yang sama iaitu, mengundi. Tapi masa tu, terus terang cakap, ntah sapa la aku undi untuk jawatan Yang Di-Pertua MPP. 

Then, bila dah tamat pengajian, aku ingat, aku tak akan lagi "bertemu" dengan kisah pilihanraya. Tapi, aku terus ditugaskan untuk melaksanakan proses pilihanraya. Dan, seperti biasa, kena lalui proses penamaan calon. Dan ia sebahagian dari tugas aku sebagai "Student Affairs".

So, kali ni, proses pemilihan dan penamaan calon berjalan lancar di mana mereka perlu menyiapkan manifesto dan mula "menjual diri" kepada pelajar lain dengan membentangkan manifesto masing-masing. Prosesnya berjalan sama seperti pilihanraya di luar cuma bezanya, pilihanraya yang betul adalah 5 tahun sekali, manakala pilihanraya kampus perlu dilaksanakan setiap tahun.

introduce yourself
why we should vote you
beri taklimat
perang poster
seal kotak undi
manifesto
janji kepada pelajar
Bermula proses penamaan calon;





Manifesto bermula.....jeng...jeng...jeng...


Proses kotak undi
calon-calon
calon memeriksa kotak undi--telus



 Hari pilihanraya


my boss tengah briefing calon
aku cakap apa ye?? 
sabar...sabar

sebahagian yang datang...yang lain...biasa la petang-petang skit baru mai
candidate
one of MPP (Majlis Perwakilan Pelajar) candidate
plilihanraya dan pemberian voucher buku/kad siswa kepada pelajar.
mari....mari....
 

suka depa :)

tekun...check nama betul-betul ye
 Hari pengiraan undi
nak bocorkan kotak undi..bodyguard ramai
calon-calon yang berdebar tunggu keputusan
ni la President MPP-- undian terbanyak
ni la advisor MPP yang sewel ;p

serasi pelajar dan staff
ni la calon yang dipilih pelajar