~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 23 September 2015

Rangkuman 2 tahun Tak Ber"update"

Assalamualaikum.

Dah lama mak jemah tak update blog. Baru tengok...masya Allah dah dekat 2 tahun tak berupdate. Nampak tak sibuknya macam na.

Kenapa sibuk???

Sibuk menjahit tempahan baju dan tudung. Lepas tu jadi slow down dan dah stop sebab dah tak mampu handle semua dalam satu masa. Sebab??

Mak jemah ada apply untuk sambung study semula. Kira cita-cita atau matlamat yang dah lama nak buat..tapi rasa tidak berkemampuan lagi dulu. Suddenly, apply online untuk sambung belajar (Master in Business Administration-MBA) di USM dan tanpa disangka di panggil untuk sessi temuduga dan berjaya diterima masuk.

Apply pulak untuk full time student dan masa ditemuduga, Dr. Tan yang temuduga mak jemah pulak yang risau sebab mak jemah apply full time ditambah dengan bebanan kerja, family dan tinggal jauh di seberang. Atas nasihat dan keprihatinan Dr. Tan, dia buat keputusan dengan school GSB tukarkan mak jemah dari Full time ke part time.

Disebabkan mak jemah dah ditukarkan ke Part time, kekawan yang lain dapat full time, jadi mak jemah kena bersama mereka p jumpa dekan pusat pengajian untuk minta tukarkan depa ke part time jugak. 

Ingatkan jadi part time student ni, okay la...tapiiiiiii

Hakikatnya, tetap sama!!

Sibuknya tetap sama....cuma.....

Kelas agak kurang sikit di mana mak jemah just amik 3 subjects setiap semester compare to full time yang kena amik at least 4 subjects. Time class..masih sama. Weekday (3 subjects = 3 malam) kelas dari 7pm-10pm.

Maknanya, lepas kerja 6pm...kena rushing terus ke kelas. Habis kelas pukul 10pm dan sometimes, lecturer habis pukul 10.30pm atau 11.00pm. Kadang ada group discussion sebab semua classmate kerja. Jadi after class je dapat jumpa. Depends

Sampai rumah?? 

Pukul 10.45pm....kadang-kadang pukul 11.30pm dan kadang-kadang 12am!! Ohhhh my.....

Belum lagi nak cerita group project....individual project...group presentation...individual presentation...participation dalam class. Semua kena involve dan tak boleh jadi pasif. Ini je cara untuk dapatkan markah.

ohhhhh...sometimes terfikir...betapa mak jemah terjebak dalam kerja gila....urghhhh

Tapi sekali melangkah, kena teruskan jua. Bertabahlah wahai hati.

Lepas balik kelas, anak pun dah tidor. Balik, mak jemah sempat check homework anak je even dia baru kat kindi. Jumpa anak...time mak jemah tak ada kelas..waktu pagi time mak jemah hantar anak pergi kindi...dan weekend je. Tapi time mak jemah nak kena buat assignment yang perlu cari jurnal, nak exam etc..kena la pergi library dan weekend Zara cuma dengan abah (kalau abahnya ada)

Maaf Zara. Doakan mommy habis study on time!!! Aamiin. 

Dalam sibuk, alhamdulillah, mak jemah dah semester 3. Dan doakan mak jemah habis seperti dirancang by 2016.

Dan, sebab lain sibuknya mak jemah...

Jeng...jeng..It's a good news yang tak disangka yang dinamakan rezeki.

Mak jemah pregnant for 2nd baby. Alhamdulillah. Ini pun dah nak masuk 3 bulan baru mak jemah pergi check sebab masa tengah "lain macam", mak jemah tengah busy study untuk final exam semester 2.

Then raya, kira lepas raya baru mak jemah buat buku merah di Hosp. Sampai dah kena warning dengan nurse sebab supposedly kena buat sebelum masuk 3bulan.

Sekarang, kandungan mak jemah nak masuk 5 bulan. Kemudian kena pulak ulang alik refer pakar sebab doktor kesan ada lebihan cecair di kepala baby. Tapi doktor pakar maklumkan ianya normal dan mak jemah harap semuanya ok. Aamiin.

Doakan yang terbaik semua untuk kandungan mak jemah dan pengajian mak jemah. Aamiin.

Haaa...tengok tak betapa mak jemah sibuk... bluerrrkkkk!!!

Sekian update mak jemah. In shaa Allah jika ada kesempatan, mak jemah update lagi ye :)



Wednesday 14 May 2014

Bebas pampers

Assalamualaikum... 

Sekadar nak sembang-sembang update cerita Zara. Alhamdulillah, anak ini membesar dengan sihat dan bertambah akalnya. Dialah kawan mommy, dia juga kawan bergaduh mommy. Sunyi kalau dia tak ada. 

Zara Amala sekarang berusia 3 tahun. Cepat masa berlalu

Sepanjang tumbesarannya, Alhamdullilah kerana normal sahaja, melainkan demam biasa. Zara sekarang sudah pun 3 tahun, sekejap je masa berlalu, rasa macam baru melahirkan. Tahun depan dah 4 tahun dan masanya untuk ke sekolah. Kami masih mencari sekolah yang sesuai, dan banyak faktor kena ambilkira. Siapa yang tidak mahu yang terbaik. Yang penting, kami perlu memikirkan urusan transport Zara nanti almaklum la, aku kerja di Penang, Zara dijaga oleh mak dan tentunya sekolah nanti area rumah mak... Atau yang terdekat untuk urusan ulang alik ke sekolah. Nak minta abah Zara  amik dan hantarkan? Macam impossible unless sekali sekala saja. Nak harapkan transport yang disediakan oleh sekolah nanti? Owh tidak, bukan rasa tidak yakin tapi biar lah memikirkan sekarang dari mendatangkan masalah di kemudian hari sebab di usia seawal 4 tahun nanti, tentunya dia belum mampu menjaga keselamatan diri sendiri. 

Perlukan perbincangan dengan mr. Suami dulu....mmm

Tukar cerita lain pulak :)

Zara sekarang dah totally free diapers. Maknanya sekarang, Zara memang dah tak pakai pamper sama ada siang atau pun malam. Kalau sebelum ni, Zara cuma pakai pampers waktu malam je...tapi dalam masa 2 minggu sebelum ni, mommy dah berjaya train Zara supaya tak pakai pampers lagi. Kalau dulu nak elak Zara pakai pampers waktu siang, mommy kena train setiap 30 minit atau 1 jam, kena bawa Zara ke toilet..tapi sekarang, mommy kena train Zara ke toilet sebelum masuk tidur dan kejut (kalau tak jaga, mommy terus dukung je) seawal pukul 6 pagi untuk ke toilet. In shaa Allah, rutin itu akan berterusan. 

Free diaper. So, tiada lagi stok pampers dalam beg baju Zara
Alhamdulillah, setakat hari ni menguruskan Zara sangat tidak banyak kerenah. Semasa anak ceraikan Zara dengan puting ajaib (pacifier), mommy tak perlu nak susah payah sorokkan atau dimomokkkan dengan cerita penglipurlara kerana Zara sendiri yang tak mahu lagi di usia 1 tahun.

Begitu juga dengan susu badan, mommy tak perlu pening cara untuk wean off breasfeed dari Zara sebab genap 2 tahun, Zara automatik tak mahu tetapi bukan terus berhenti kerana Zara masih  hisap cuma kekerapan makin berkurang bila mana menginjak ke 2 tahun setengah. Elok saja mencecah 2 tahun  setengah, Zara terus berhenti sepenuhnya dan cuma consume dengan susu formula sehingga sekarang. Setakat perkembangan Zara, Zara hanya sesuai dengan 3 jenis susu formula iaitu Lactogen, Enfagrow A+ dan Frisolac. (Dalam ketiga- tiga susu ni, ikot suka anak dara tu nak pilih susu mana masa mommy/abah nak beli susu sebab, dia akan pilih sendiri susu yang dia rasa nak minta kami belikan).

Alhamdulillah setakat hari ni segalanya baik-baik saja :) dan moga berkekalan...amin






Hari Ibu~ Sambutnya setiap hari

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi cerita berkenaan Hari Ibu. Memang diakui yang hari ibu bukan hanya disambut pada setiap hari tertentu sahaja, malah hari ibu sepatutnya disambut setiap hari kerana tugas seorang ibu berjalan setiap hari tanpa kenal erti jemu, penat dan sebagainya. Cuma kemeriahan 11 May itu lebih membahang dan meriah.  Setelah bergelar ibu, aku mula memahami bahawa seorang ibu itu tabah, kuat, cekal dan segalanya kekuatan yang dipikul itu terletak pada sebuah gelaran yang membawa seribu satu makna yang sukar digambarkan. Apa sahaja gelarannya. Mak, Umi, Mama, Mommy dan sebagainya... Mereka adalah Wanita Hebat!!!

Gambar pertama: beliau adalah mak saya. Sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Terima kasih mak!!!
Gambar kedua: beliau adalah arwah mentua saya. Tidak banyak yang mampu saya ucapan kerana saya hanya berkenalan dengannya sebelum saya bergelar menantu. Saat saya bertunang mahupun saat saya diijabkabulkan dengan anak bongsu beliau, beliau tidak sempat meraikan apatah lagi saat kelahiran Zara. Namun, saya tahu arwah juga wanita hebat...Al- Fatihah
Gambar ketiga: beliau adalah kakak ipar saya (memegang mikrofon saat di wawancara) yang saya jadikan inspirasi. Ya, beliau adalah wanita beraspirasi yang memberikan inspirasi. Beliau berjaya melawan penyakit no 1 wanita iaitu kanser payudara. Menghadapi kimoterapi dan radiotherapy dengan jayanya. Mengharungi kesakitan dengan kegigihan dan senyuman. Betapa red hanya beliau dengan dugaan Allah. Saya petik kata-katanya sewaktu di wawancara, " Alhamdulillah saya dilahirkan sihat dan sempurna, saya membayangkan bagaimana seseorang yang dilahirkan tanpa tangan/ kaki atau kekurangan anggota lain, mereka lebih kuat kerana mereka kehilangan dari saat dilahirkan, namun saya tidak terasa kehilangan, tetapi mengembalikan semula apa yang Allah pinjamkan kepada saya, jadi saya sedikit pun tidak merasai kehilangan".  Apa yang mampu saya katakan, beliau sangat kuat.

Zara pun nak bagi mommy bunga :)


Sambutan hari ibu yang ala kadar.  Thanks :)

Saturday 29 March 2014

Zaraliz Leinen/ Ratu Asyhaa

Hi Saturday...

Hari ni nak promo sikit pasal Zaraliz Leinen... Actually Zaraliz Leinen ni pun salad satu business online yang saya buat.

Lebih tumpukan pada custom made shawl, blouse dan lain-lain yang seangkatan dengannya... Tapi nowadays,  saya lebih tumpukan pada ready made shawl sebabkan kekangan masa sangat terbatas.

Ratu Asyhaa?? Apa jadi?

Ratu Asyhaa sebenarnya masih wujud, cuma penumpuan terhadap online business agak perlahan kerana saya dan team Ratu Asyhaa lebih menumpukan pada offline business.

Cuma sekarang Ratu Asyhaa sibuk dalam mengumpul koleksi untuk kedai / butik kami. Nantikan.. In shaa Allah, early next year 2015.

Kenapa 2015? Sebab kami in shaa Allah akan berada di bangunan kami sendiri.. In shaa Allah. Doakan. Amin

Jadi, Ratu Asyhaa dan Zaraliz Leinen akan terus bergabung dan berusaha memberikan yang terbaik. Amin

Ready stok shawl pertama dan Zaraliz Leinen ialah plain shawl dan long shawl...di ikuti oleh Zara Shawl

I pakai long shawl in pink
Wearing wide shawl
Wearing plain shawl
Bawal Square Jameela
Ready stok Zara Shawl



Custom made halfmoon in progress

Walau bagaimanapun, untuk custom made shawl/ halfmoon masih diteruskan based on customer's request.

Ok. Nanti saya update cerita lain pulak :)

Wednesday 26 March 2014

Kisah Siti Situ Sana Sini

Assalamualaikum...

Dah agak lama saya tidak menulis. Kekangan masa sangat membataskan saya untuk menulis. So, kesempatan yang ada ni...saya curi-curi masa sekejap.

Anak pun dah tidur. Seriously, untuk 3 hari ni, saya  terpaksa menjadi SAHM (stay at home mom) atau full time house wife sebab mak saya yang sememangnya menjadi pengasuh Zara terpaksa ikut SIL yang berkursus sebab baby SIL tak mahu pada orang lain.

So, I have decided to take EL---rugilah cuti saya :(

Tetapi sememangnya sangat mencabar menjadi suri rumah kerana segalanya perlu di uruskan bermula  dari pagi hingga malam okay!! So, lepas ni kalau ada yang cakap, it's better to be SAHM, sebab kerja senang...teeetttttttttt.....teeetttttt seriously, u are wrong man!!!!!

Salute dan tabik springgggggg pada those yang berjaya bergelar SAHM.. Gua caya sama lu beb!!!

Untuk senangkan kerja saya yang bergelar SAHM untuk 3 hari, saya kena la bawa anak saya (ni baru sorang dah penat :( ) keluar menikmati "keindahan alam".

Bawa budak ni keluar.  Dalam kereta, selfie and edit her photo by herself :)
Untuk hari ni, it's not about SAHM sahaja, tapi pelbagai cerita untuk dikongsi.

Buat masa ini, negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Pelbagai cerita dimomokkkan, ramai yang menjadi keyboard warriors.. Banyak pihak menghentam dan tidak kurang juga yang terus mendokong dan memberikan semangat. Ternyata, ramai yang mendoakan dan terus menanti kepulangan MH370 #prayformh370

Nukilan abah saya :(

#PrayForMH370

Kisah MH370 terus menyayat hati dan sanubari tatkala diumumkan dan disahkan secara rasmi bahawasanya ia telah pun tergenggelam di dasar Lautan Hindi pada 26 March 2014. Pada ketika ini, hanya doa mengiringi mereka semua kerana mereka pergi meninggalkan kita tanpa pusara. Ya, Allah lebih menyayangi mereka. 

Jika kita yang tiada sebarang pertalian darah pun, tersentuh hati dan merasai kesedihan dan kehilangan, apatah lagi ahli keluarga. Moga yang pergi tenang di sana dan yang masih ada,  terus panjatkan doa mengiringi pemergian mereka. 


Al-Fatihah.

Al-Fatihah

Maka tragedi ini pasti diingati sentiasa.

Dalam pada kejadian sedih yang menimpa negara, 17 March pula merupakan ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-4. Ketika ini, kami baru memasuki alam pertama perkahwinan kerana orang tua-tua cakap, 5tahun pertama adalah fasa pertama...iaitu baru membina keluarga,  mengukuhkan kedudukan dan keadaan. Semoga segalanya Barakah. Amin

Saja nak gedik-gedik manja sebab bukan selalu husband saya dapat hantar saya ke office. So, say "yeah"

Usia perkahwinan yang nak kata baru setahun jagung (jagung la sangat kan :P ) membawa kami ke pelbagai onak dan duri, pahit dan manis. Semoga ikatan ini terus ke Jannah. Amin

Alhamdulillah, dan mohon agar  kami terus diberikan kekuatan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 

Alhamdulillah juga kerana dikurniakan permata hati penyeri kehidupan kami berdua. Next???? Nantikan, in shaa Allah. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

Alhamdulillah, she grows pretty well as a young lady in our heart. May Allah grant an ease to her and be strong, passion girl. Mommy and Abah always pray the best for you, Zara Amala.







Tuesday 19 November 2013

Dunia jahitan bermula

Assalamualaikum...

Hiii...am back. Dah lama tak menulis. 

Actually, sedikit sibuk dengan tugas harian (ayat klise) hahaha.. Kali ni, saya nak curi-curi masa sikit nak menulis tentang aktiviti terbaru saya.

Kehidupan mak-mak, as usual, sibuk uruskan anak dan suami (macam kau sorang je ada anak dan laki jah). Oppssss!!!

Ni la anak dara mommy :)
Zara Amala?? dia pun dah semakin besar dan cerdik. Alhamdulillah. Semakin petah berkata-kata sampai kadang-kadang, mommy dan abah yang terkena balik.

Ok, untuk update cerita lain, saya sibuk dengan business online (macam niaga besar aje...over tau!!!). Untuk business online kali ni saya lebih tumpukan pada customize shawl...halfmoon dan tailor made baju kurung. Dalam masa yang sama, saya sedang merancang untuk customize benda lain juga.

So, far alhamdulillah. Bermula dengan tempahan custom made shawl dan halfmoon, sekarang saya memberanikan diri untuk tailor made baju kurung dan baju kurung moden. Tu yang tak sempat nak menulis. 

At first place, macam mana boleh mulakan proses menjahit ni? ha!!! semuanya bermula secara tidak sengaja di bulan Ramadhan.

ini lah projek pertama--baju ibu dan anak serta shawl
Bermula kisah waktu guna mesin jahit arwah mak mentua. Rosak, pergi then, pergi repair. Jahit punya jahit...rosak lagi...hantar p repair. Ok balik..jahit lagi, lepas rosak lagi. Sekali apek repair mesin cakap, dari you asyik repair dah berapa kali, baik you beli mesin baru.

Then tak terfikir lagi. Esoknya, balik dari office, terus pergi kedai mesin..cakap apek mesin Singer tu. I mau angkat itu mesin, berapa harga?

Apek tu pun kira la p balik...tekan calculator..lepas tu, dia confirm balik, "Lu butoi ka mau angkat itu mesin?, kalau lu butoi mau angkat itu mesin, lu kena bayar itu deposit, hari Sabtu, gua p kasi antar rumah sekali ajar macam mana mau guna."

Masa tu, aku terus reply, "ya, I mau angkat la, sebab ada baju raya mau jahit". Tanpa fikir panjang, aku pun terus bayar deposit yang macam apek tu beri tahu.

Isi particular jual beli nya agreement, sign.. siap, hak milik mesin bertukar tuan. Hari Sabtunya, delivery ke rumah.

Dari situ, bermulanya alkisah. Beli dulu, then baru bagi tau husband. Sebelum bagi tau, minta ampun dulu. Hehehehe...nasib tak kena marah.

Lepas aje Ramadhan, saya teruskan usaha menjahit shawl dan baju kurung sendiri, then suddenly, colleague nak juga shawl..dan yang lain-lain terus repeat orders. Jadi, saya berfikir kenapa tidak saya teruskan kerja ni--customize shawl/halfmoon dan tailor made baju--
Yang ni pulak, Shawl pertama yang dijual :)
Baju Kurung Moden pertama dijahit kepada customer, sebelum saya cuma buat baju kurung untuk diri sendiri dan family je
Alhamdulillah, business online/offline ni...tak la sebesar mana, tapi rezeki Allah tu luas. Amin. Dan boleh dikatakan, saya sudah ada regular customer untuk shawl/halfmoon dan tailor made baju kurung. Alhamdulillah. Selain dari tu tumpuan pada custome made dan tailor made, Zaraliz Leinen turut menjual pakaian kanak-kanak/blouse/casual ware/handbag dan lain-lain.

Ratu Asyhaa?? Masih ada, cuma kurang di online dan hasrat untuk buka butik masih dalam perbincangan. In shaa Allah, jika diizinkan Allah, semoga Ratu Asyhaa dan Zaraliz Leinen terus berkembang. Amin

Jom view fanpage kami di https://www.facebook.com/ZaralizLeinen 

review dari customers
cara kami packging untuk delivery
banyak habiskan masa dengan material--nak cari idea baru.
Normally, tuan tanah kedaung la kena pakai dulu

ada yang nak shawl/halfmoon ala-ala retis.
paksa adik I untuk jadi model tak berbayar
ni set combo. hahahah
baju ibu dan anak
review dari Zaraliz Leinen's customer


tailor made Baju kurung moden

glitter bergemerlapan



Friday 21 June 2013

Jom Mengajar

Assalamualaikum... dah lama tak ber update blog neh.

Bukan apa...agak sibuk dan tak cerita sangat yang dikongsi. Normal life.

Hari ni, actually...aku berdebar sikit. Bukan sebab apa...tapi sebab nak mula mengajar. Hahahhaa..

Tapi jangan fikir aku dah tukar kerjaya. Masih lagi handle "Student Affairs", tapi sekarang, dalam masa yang sama, aku akan mengajar juga.

Actually, aku dah lama ada permit mengajar untuk Institusi Pendidikan Swasta. Cuma selama hari ni, permit tu, tak pernah digunakan. After 3 years, baru permit tu macam berfungsi. Ye la sebab permit tu dibuat dr tahun 2010.

Kenapa aku mengajar? Sebab kena ganti lecturer yang berhenti mengejut. Dan kebetulan, subjek yang diajar oleh lecturer tu, termasuk dalam senarai subject yang di senaraikan kepada KPT masa nak mohon permit mengajar.

So, lagi a few hours, aku akan masuk kelas yang pertama dengan jumlah student seramai 40 orang. Kelas pertama yang aku kena mengajar-- Critical and Creative Thinking. #owh, my....kena jadi seorang berpemikiran kritis sat#
#preparation#study#understand#takot#

Bila dah mengajar, haruslah kan...aku kena study untuk faham dulu sebelum masuk kelas. #Preparation# Penting tahu!!!!

Subject lain....taraaaaaa... ala-ala surprise gitu :)

Dalam masa yang sama kerja admin dan urusan pelajar tetap kena laksanakan. #Phewww#

Takot okay!!!!! Jangan ada student complaint cakap tak faham sudah... again...takottttttttt

Budak kolej private ni, tak macam budak local U...sangat spoon feed dan siap parents datang complaint. #lagi sekali takooottt...nebes...gabra#

Harap segalanya berjalan lancar...Amin

p/s: lecturer sebelum ni dah tinggalkan amanat...utk kelas aku yang pertama ni...dia suruh student buat presentation