~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 26 March 2014

Kisah Siti Situ Sana Sini

Assalamualaikum...

Dah agak lama saya tidak menulis. Kekangan masa sangat membataskan saya untuk menulis. So, kesempatan yang ada ni...saya curi-curi masa sekejap.

Anak pun dah tidur. Seriously, untuk 3 hari ni, saya  terpaksa menjadi SAHM (stay at home mom) atau full time house wife sebab mak saya yang sememangnya menjadi pengasuh Zara terpaksa ikut SIL yang berkursus sebab baby SIL tak mahu pada orang lain.

So, I have decided to take EL---rugilah cuti saya :(

Tetapi sememangnya sangat mencabar menjadi suri rumah kerana segalanya perlu di uruskan bermula  dari pagi hingga malam okay!! So, lepas ni kalau ada yang cakap, it's better to be SAHM, sebab kerja senang...teeetttttttttt.....teeetttttt seriously, u are wrong man!!!!!

Salute dan tabik springgggggg pada those yang berjaya bergelar SAHM.. Gua caya sama lu beb!!!

Untuk senangkan kerja saya yang bergelar SAHM untuk 3 hari, saya kena la bawa anak saya (ni baru sorang dah penat :( ) keluar menikmati "keindahan alam".

Bawa budak ni keluar.  Dalam kereta, selfie and edit her photo by herself :)
Untuk hari ni, it's not about SAHM sahaja, tapi pelbagai cerita untuk dikongsi.

Buat masa ini, negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Pelbagai cerita dimomokkkan, ramai yang menjadi keyboard warriors.. Banyak pihak menghentam dan tidak kurang juga yang terus mendokong dan memberikan semangat. Ternyata, ramai yang mendoakan dan terus menanti kepulangan MH370 #prayformh370

Nukilan abah saya :(

#PrayForMH370

Kisah MH370 terus menyayat hati dan sanubari tatkala diumumkan dan disahkan secara rasmi bahawasanya ia telah pun tergenggelam di dasar Lautan Hindi pada 26 March 2014. Pada ketika ini, hanya doa mengiringi mereka semua kerana mereka pergi meninggalkan kita tanpa pusara. Ya, Allah lebih menyayangi mereka. 

Jika kita yang tiada sebarang pertalian darah pun, tersentuh hati dan merasai kesedihan dan kehilangan, apatah lagi ahli keluarga. Moga yang pergi tenang di sana dan yang masih ada,  terus panjatkan doa mengiringi pemergian mereka. 


Al-Fatihah.

Al-Fatihah

Maka tragedi ini pasti diingati sentiasa.

Dalam pada kejadian sedih yang menimpa negara, 17 March pula merupakan ulangtahun perkahwinan saya dan suami yang ke-4. Ketika ini, kami baru memasuki alam pertama perkahwinan kerana orang tua-tua cakap, 5tahun pertama adalah fasa pertama...iaitu baru membina keluarga,  mengukuhkan kedudukan dan keadaan. Semoga segalanya Barakah. Amin

Saja nak gedik-gedik manja sebab bukan selalu husband saya dapat hantar saya ke office. So, say "yeah"

Usia perkahwinan yang nak kata baru setahun jagung (jagung la sangat kan :P ) membawa kami ke pelbagai onak dan duri, pahit dan manis. Semoga ikatan ini terus ke Jannah. Amin

Alhamdulillah, dan mohon agar  kami terus diberikan kekuatan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 

Alhamdulillah juga kerana dikurniakan permata hati penyeri kehidupan kami berdua. Next???? Nantikan, in shaa Allah. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. 

Alhamdulillah, she grows pretty well as a young lady in our heart. May Allah grant an ease to her and be strong, passion girl. Mommy and Abah always pray the best for you, Zara Amala.







No comments:

Post a Comment