~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 18 July 2012

Jika ada poket masa "Doraemon"

Assalamualaikum...

Sewaktu entry ni ditulis, budak kecik ada di sebelah sedang tidur nyenyak gara-gara penangan ubat demam. Susah hati aku di opis hanya Allah saja yang mengetahui. Sebab waktu malamnya, memang Zara dah demam. Tapi tuntutan aku sebagai pekerja juga perlu aku jalankan. Dalam hati, I'allah tiada apa-apa berlaku, lagipun Zara dijaga oleh mak. 

Sampai je di rumah selepas seharian di opis..aku tengok Zara...Ya Allah, kesiannya. Yang pasti Zara bila dia demam,dia akan duduk baik dan senyap aje--maybe sebab dia tahu yang mommy/abah keluar bekerja,so jangan menyusahkan maktok..she is very independent and good girl. 

Tapi, bila aku sampai rumah..dia dah start merengek--minta di manjakan. Suhu badan sangat tinggi untuk malam ke-2. I was in worried mood since her abah memang tak ada di rumah *biasalah,tuntutan kerja membatas banyak perkara..so,mommy handle sorang diri*mmmmmmm....redha dan pasrah.

Paling tak tahan,bila Zara start muntah-muntah. Kesian aku tengok. Orang dewasa muntah pun seksa,apatah lagi kanak-kanak. Tika itu,air mata mengalir. Tapi sempat aku membisikkan "Zara,kena kuat!!Zara muntah aje..mommy tak kisah kalau baju mommy atau baju Zara kotor sebab kita boleh basuh, tapi mommy tak sanggup tengok Zara muntah"

Zara hanya pandang aku dengan mata sayu. Kemudian, aku kena pujuk Zara, "Zara jangan nangis-nangis, nanti Zara pening kepala+demam lambat sembuh", dan....Zara terus berhenti menangis. 

Terus, lepas basuh semua bekas muntah Zara,terus telefon Syafiq.."Abang.....*sob..sob..kesian Zara...". Tak perlu diteruskan, Syafiq dah memahami apa yang aku cuba sampaikan. Tetiba kami sama-sama menangis di talian. Masing-masing terdiam, dan...kemudian, Syafiq bersuara..if apa-apa, cepat bawa Zara ke klinik dan immediately call dia. 

Tak berhenti aku jerlum towel dan letak/lap badan Zara selain tempek "cool fever" di dahi Zara. Lebih kurang 1 1/2jam, aku tengok badan Zara dah mula berpeluh dan suhu panas sudah berkurang. 

Alhamdulillah.. Disebabkan suhu badan yang terlalu panas, Zara diberi ubat yang dimasukkan ke dubur. Di nasihatkan, selepas ubat tersebut dimasukkan, Zara tidak dibenarkan makan apa-apa ubat selama lebih kurang 8jam. 

Alhamdullilah, ketika ini keadaan Zara makin membaik dan panas badan juga sudah berkurang. Cuma sepanjang entry ni ditulis, sudah berapa kali Zara terjaga dan meracau. Bila, dah dipujuk-pujuk, tertidur semula. 

Begitu lah yang terjadi pada malam sebelumnya. Zara terus kuat dan aku perlu berada di sisi dan terus support Zara dalam keadaan apa sekalipun. "Mommy doakan, Zara cepat sembuh..then kita boleh sembang/call abah" 
*zara akn panggil aku, "mie..mie" dan bila Zara cakap dengan Syafiq, "abah..abah"

Keadaan Zara--1st night demam
Sayu aku tengok

Keadaan Zara-- 2nd night demam
Aku terus menangis..uwaa..uwaa :((

*jika ada mesin masa atau poket Doraemon, mahu aje mommy tukarkan kesakitan Zara..biar mommy yang rasa sakit itu sampai Zara sedia menerimanya. Tapi inilah takdir Allah untuk uji umatNya dan selama mana kita bertahan*

No comments:

Post a Comment