~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday 20 July 2012

Isteri::Remind yourself that it's okay not to be perfect

sentiasa merenung masa depan dan melihat ke hadapan

Assalamualaikum..

Mukaddimmah....

Salam Jumaat dan selamat berpuasa. Hari ini adalah hari terakhir bulan Syaaban dan esok semua umat Islam akan mula berpuasa. Malam ini semua masjid dan surau pasti meriah dengan takbir terawih.

Ya Allah..indahnya Ramadhan..semoga Ramadhan ini lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya dan bukan Ramadhan yang terakhir untuk kita semua..Amin

---------------------------------------------------------------------
Actually, entry kali ni bukan berkisar tentang Ramadhan. Aku sebenarnya nak menulis tentang suara hati sebagai isteri.

Isteri...satu gelaran yang sangat indah untuk kita pegang dan ia bukan lah suatu gelaran sahaja tapi ia merupakan satu tanggungjawab dan amanah.

Bila bergelar ISTERI...anda tidak semestinya perlu dimanjakan 24/7....bergelar isteri, tidak semestinya anda harus berada di sisi suami 24/7...bergelar isteri, tidak semestinya anda sentiasa bergantung pada suami 24/7.

Segalanya tentang isteri tidak bermakna kita adalah insan lemah yang sentiasa harapkan suami. Sorry, saya tidak mengatakan suami tidak berfungsi atau tidak memainkan peranan. Tapi rasanya ada pandangan yang sangat sempit setelah bergelar isteri. *terfikir tentang cakap-cakap seorang teman yang mengatakan setelah bergelar isteri, perlu dimanjakan, berada di sisi suami dan segalanya..setiap masa 24/7*

Setelah bergelar isteri.. saya lebih memahami dan mengetahui fungsi sebenarnya. Sebab???

Dimanjakan setiap masa 
Memang bila bergelar isteri, kita mahu dimanjakan. Tapi selama mana kita perlu dimanjakan seperti budak kecik? Agak-agak, nanti dah lama suami bosan tak? Itulah persoalan para isteri. Mmmm...

Mungkin tiba suatu ketika, bila kita sudah punya anak, kasih suami akan beralih pada anak. Dan sejujurnya, kita sebagai isteri pasti tergugat. Saya merasai nya dan biasanya dengan segera saya mengalihkan perasaan itu jauh-jauh kerana sepatutnya anak diberikan kasih sayang oleh ibu bapa.

Di sisi suami setiap masa
Bila bergelar isteri, pasti kita impikan saat kita bersama suami setiap ketika dan masa. Tapi dalam arus masa kini, tidak semua isteri merasai perkara tersebut kerana pasti yang perlu berkorban dengan tinggal berjauhan dan cuma berjumpa pada hujung minggu gara-gara tuntutan kerja. *No comment, siapa tahu, dia akan rasai sendiri. Sukar!!!*

Tapi rasanya dalam Islam (saya tidak terlalu arif), keperluan isteri di sisi suami bukan bermakna, kita kena melekat terus dengan suami, tapi menurut Islam, seorang isteri perlu berada di sisi suami sama ada ketika suami berada dalam keadaan susah mahupun senang..ketika lapang mahupun sempit. 

Tapi entah di mana silapnya, bila seorang teman pernah berkata pada saya yang dia mahu berada di sisi suami setiap masa *tapi pada sangka saya, dia memahami dari konsep dan konteks yang lain* . Menurut fahaman kenalan saya, isteri perlu berada di rumah, tika suami keluar bekerja. Isteri perlu menanti suami selama 8j suami keluar bekerja. Kalau 8jam, kalau suami kerja 12jam? Mmmm... Maaf, saya tidak mampu untuk jadi sebaik itu. (berlaku sedikit perdebatan tentang isu ini).

Isteri perlu bergantung pada suami
Ya...memang menjadi seorang isteri, kita perlu bergantung pada suami dan setiap perkara perlu mendapatkan persetujuan suami. Tapi bergantungnya seorang isteri, rasanya perlu melihat pada keadaan dan situasi pada ketika itu. Tak kan lah kalau anak sakit pun nak kena tunggu suami untuk bawa ke klinik atau hospital. Agak-agak la kan..... 

Adakala, seorang isteri juga perlu bijak membuat keputusan bila berada dalam keadaan terdesak yang memungkinkan segala kemungkinan. Sebab?? sila bayangkan anda berada dalam keadaan darurat, seperti berlakunya kematian atau sebarang keadaan yang memerlukan kita membuat keputusan dan jika kita menanti suami kemungkinan besar, ia akan membawa malatepaka atau sebagainya. So, kita kena buat keputusan!!!

Isteri juga perlu berdikari
Menjadi seorang isteri perlu ada sikap berdikari. Sebab ada ketika, seorang isteri itu perlu kuat dari segi fizikal dan mental. Alasan?? Menjadi seorang isteri, kita kena bijak mengimbangi masa untuk diri sendiri, suami dan anak.*tapi sila percaya, bila anda bergelar isteri, bekerjaya dan punya anak:: anda pasti tiada masa untuk diri sendiri* Menjadi seorang isteri, kena banyak berdikari. Kerana ada banyak perkara yang kita perlu lakukan tanpa suami di sisi. *syahduuu* :((

Isteri perlu banyak menjaga hati insan lain
Menjadi isteri perlu ada sikap bertolak ansur dan sikap memaafkan. Kenapa? Dalam banyak hal, isteri yang paling banyak makan hati..makan jantung..dan isteri adalah insan yang paling biasanya terluka *bagai di tusuk dengan pisau* aduuhh!!

Kesimpulannya, seorang isteri memang memerlukan seorang suami di sisi. Tapi seorang isteri perlu bijak mengurusi masa, keadaan dan sikap.

ISTERI::belajar untuk memuaskan hati semua pihak
dan paling penting sentiasa tersenyum 


"Remind yourself  that it's okay not to be perfect"

No comments:

Post a Comment