~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Tuesday 17 July 2012

Anda pemandu wanita??

Assalamulaikum..

Adakah anda pemandu wanita? Jika "YA", jom kita kongsi antara saat kecemasan yang kita sendiri tidak jangka.

Kenapa entry kali ni berkaitan dengan pemandu wanita. 
  • First and foremost adalah kerana; aku adalah pemandu wanita (surely lah!!).
  • Kedua, aku antara pemandu wanita yang pernah mengalami saat kecemasan dan bakal mengalami kecemasan (mohon di elakkan..amin)

Sebagai pemandu wanita, pandangan sinis terhadap cara pemanduan pemandu wanita, membuatkan aku rasa kurang senang. Sebab??!

Bagi aku tidak semua pemandu wanita itu "lembap", "terhegeh-hegeh", "terkemut-kemut", etc. Kerana, ada juga pemandu lelaki yang mengalami situasi yang sama seperti di atas. 

Untuk apa jika anda memandu laju membelah jalan sekiranya anda membahayakan keselamatan pemandu lain. Untuk apa jika anda begitu cekap memandu walau menggunakan sebelah tangan pusing stereng jika anda mementingkan diri. Kemudian, boleh pulak, masuk simpang ke atau hendak memotong, tak reti nak bagi signal. 

Memandu bukan melihat kepada skill yang ada, tapi lebih kepada konsentrasi dan pemanduan berhemah. Tapi jangan la sampai terlalu berhemah sampai kan bawa kereta di jalan biasa pun 30km/j. Itu bukan lagi berhemah, tapi menyusahkan.

Sebagai kesimpulan, tidak kira anda pemandu lelaki atau wanita...yang penting sikap dan cara pemanduan semasa kita berada di jalanraya. Mmmmm..tepuk dada tanya selera.
_________________________________________________________________

Kecemasan!!!! Pernahkah anda mengalami saat kecemasan sewaktu memandu. Kecemasan merangkumi pelbagai aspek termasuk lah rasa hendak membuang. 

Dalam kes aku, dah banyak kali juga lah aku merasa saat kecemasan, dan apa yang aku lakukan? Jom kita check...adakah apa yang aku lakukan betul atau salah. 
  1. Bila berhadapan dengan kemalangan (minta simpang dari sebarang kemalangan jiwa)
Sudah 2 kali aku berhadapan dengan kemalangan. Kemalangan yang teruk juga, cuma tidak melibatkan kemalangan jiwa (selisih malaikat 44). First, masa pertama kali dapat lesen memandu. Aku bawa kereta abang.Kereta habis remuk...Kedua, kereta aku sendiri(http://nurhasliza-miraclesoflife.blogspot.com/2012/06/cik-orange-kena-lenyek.html), pun remuk juga. 

Semuanya dengan penunggang motosikal. Untuk 1st case, aku biayai semua belanja perubatan dan kos membaiki motosikal apek tu. 2nd case, penunggan senyap sunyi--sebab kemungkinan penunggang tak ada lesen, motosikal tak ada roadtax.

Untuk situasi begini, apa yang anda perlu lakukan, JANGAN PANIK. sebab lagi anda panik, anda mungkin di pengaruhi oleh segala lalat-lalat hijau (yang geng tarik kereta accident) yang akan sentiasa push to max. Mereka akan siasat segala macam yang membuatkan anda berasa lagi tension dan gabra. Belum lagi kisah polis soal siasat. Fuhhh..

Pastikan TELEFON anda berfungsi. Macam kes aku, bateri telefon pulak nyawa-nyawa ikan. Aduhh.."jangan panik". Aku gunakan telefon hingga ke titisan terakhir (dah macam nak berperang). Telefon laki aku, abah aku, abang aku (ha..telefon semua yang lelaki). Kemudian bila telefon sudah tidak mampu lagi beroperasi, dengan muka selamber, aku pinjam telefon mamat lalat-lalat hijau. Lantak lah apa soalan pun diorang nak tanya, mana aku mampu jawab, aku jawab lah.

JANGAN ALIHKAN sebarang bahan bukti!!! Ingat!!! sebab?? bahan bukti adalah penting. Macam kes aku, ada ke patut penunggang motosikal tu minta aku angkat moto dia? 

      "Opppsss...sorry,I tak akan angkat moto u, biar polis sampai dulu dan tengok keadaan semasa kejadian".
Itu antara ayat yang aku cakap lah. (konon berani, tapi serius aku kecut perut gak). Sebab dengan lokasi dan cara pelanggaran, polis boleh kenal pasti tahap kelajuan semasa berlaku kemalangan. Iya la, secara logik, kalau kereta yang melanggar moto, surely la moto yang teruk. Tapi, apa kes, kalau kereta yang teruk?! So, sah-sah lah yang motosikal tu dipandu laju. 

AMBIL GAMBAR selepas berlaku kemalangan sebab dengan cara ini, anda menyimpan segala bukti kukuh semasa kejadian (korang kan sekarang pakai telefon canggih-canggih..hehehe). Bukan apa, if let say..ada yang gatal-gatal tangan nak mengubah kedudukan kenderaan atau sebarang alasan lain, so...no worries sebab anda dah simpan BUKTI.

Jika kes terpencil (kes biasa, setakat calar), selesaikan secara baik. Tapi kalau kes macam aku, pastikan anda berbincang dulu dengan kenalan/saudara mara yang on the spot datang sesama kejadian selepas anda telefon mereka. Tanya samaada buat REPORT POLIS atau tidak. Tapi...(kes yang kita tidak kenal siapa pun semasa kejadian), maka jalan terbaik, tanyalah geng lalat hijau *terpaksa*. Tapi bagi aku, kalau nampak teruk, terus call ambulans dan call polis (kebiasaanya, geng lalat hijau lagi cekap bab-bab neh). Dalam kes aku, geng lalat hijau dah call polis dan aku call ambulans. 

 2.   Bila memandu, tetiba lampu tak menyala. Apa nak buat??!

Okay situasi begini mungkin terjadi. Yes!! boleh immediately p repair..tapi jika berlaku nya semasa anda memandu di tengah malam and surely, kedai kereta tak buka. Dalam kes aku, tetiba fius lampu terbakar dan aku perlu juga memandu memandangkan aku balik kampung (tanpa suami). So, cara yang aku lakukan, bawa kenderaan dengan kelajuan yang sederhana, berada di lorong kiri (sebab lorong kanan untuk lorong memotong) dan aku nyalakan lampu kecemasan. Maka bernyala dan berlip lap lip lap lah kedua signal kereta. Itu sahaja cara yang ada, sebab kalau nak pasang lampu tinggi, kesian pulak pada pemandu yang dari arah bertentangan kerana silau. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi.


3.   Bila memandu, tetiba anak kat sebelah menangis...uwaaa..uwaaaa :((

Hah!!! untuk kes seperti ni, aku tersangat pasti yang mak-mak semua akan rasa. kan...kan.. So, penyelesaiannya.......hurmmm.. okay, jika anak anda masih bayi, rasanya kalau diletakkan dalam car seat, surely, baby comel kt sebelah akan terlena. Tapi, kalau lah menangis..aku dulu kalau nak drive, aku memang dah siapkan susu dan bila baby menangis, aku bagi la susu. Bila anak dah besar sikit, aku sediakan mainan sebanyak mungkin. So waktu menangis, aku beri lah segala mainan yang ada. Bila anak peringkat toddler pulak, aku akan main-main, sembang-sembang. Tapi bila menangis sampai tahap tak hinggat, aku akan suruh anak aku bangun dan duduk di riba aku *bahaya!!!jangan tiru aksi ini*, pernah banyak kali juga kejadiannya, bila anak aku tak mahu duduk dalam car seat, maybe sebab dah boring ke hapa, aku tak pasti..aku buka seat belt, aku suruh anak aku bangun, duduk/pangku di riba dan menyusukan dia sampai terlena. (tetiba masa kejadian, anak aku tak mahu susu botol, nak juga cik B..so terpaksa lagi) *bahaya!!!jangan tiru aksi ini jugak*,then, aku bagi signal dan slowly berhenti. Berhenti di tepi bahu jalan @ area yang selamat, aku pujuk bagi tidur dulu kemudian baru aku sambung pemanduan.

*Keadaan berlaku bila kita tak sempat nak berhenti gara-gara tetiba anak menangis dan di belakang kita ada pemandu lain yang rapat. Kalau bagi signal dan terus berhenti..kan ke bahaya*

4.  Bila memandu, anda membawa anak, tetiba anak anda nak membuang dan situasi di mana anda tidak jumpa stesen minyak @ tempat membuang yang sesuai @ jammed yang teruk.

Untuk kes ni, memang belum terjadi pada aku, tapi...pada kakak ipar aku. Apa yang dia buat, dia memang dah sediakan botol, kencing dalam botol. Sampai aje di mana-mana destinasi, terus buang lah botol tu. (haishhh..jangan la dok simpan--haiyakkk!! pengotor) *memang nampak macam pengotor, tapi dalam keadaan terdesak, lagi selamat keadaan ni jika dibandingkan kalau anak kencing/berak dalam kereta*. Tapi kes nya banyak nak terkencing. Nak terberak???!! Tahan juga.

*KE SEMUA KES DI ATAS ADALAH KES YANG MELIBATKAN PENGALAMAN AKU DAN IA ADALAH KES KECEMASAN YANG TIDAK DIDUGA/TIDAK LANGSUNG DIMAKLUMKAN SEMASA KITA MENGAMBIL LESEN MEMANDU. MUNGKIN BOLEH DIKONGSI SEBAGAI PENGAJARAN DAN PERINGATAN. JADI, BERHATI-HATI DI JALANRAYA. INGAT ORANG TERSAYANG*

No comments:

Post a Comment