~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday 8 June 2012

Cik Orange kena lenyek

Orange oh Orange...OOO

Orange bukan buah orange yg kita makan. Tapi orange adalah kereta aku yang banyak berjasa dari zaman aku belajar di U sampai lah sekarang.

Banyak jasa...banyak kenangan...banyak cerita.

Dari zaman belajar, aku guna ulang alik p kelas..balik kampung *uishh bunyi mcm jauh gila*... p merayap..
Zaman kerja, ulang alik p kerja. Kenderaan digunakan masa dating dengan bf aku (skrg dah jadi en.suami aku). Masa kahwin, orange dok diam, masa honeymoon pun orange ditinggalkan. Masa mengandung orange adalah transport utama untuk p check up, masa nak beranak, orange jadi "ambulans" pada tuan nya. Segalanya berkenaan orange adalah sesuatu yg berharga, biar pun ramai tanya, "tak mau tukar kereta kah?".

Pada aku, selagi kereta tu boleh berjalan, melindungi kami sekeluarga dr hujan dan panas bila keluar, ia masih lagi berjaya untuk menjalankan tugasnya. 

Tapi, pada hari Isnin lepas (4 June 2012), orange kemalangan. Kisahnnya bermula waktu adik aku amik aku di jeti. Kebetulan waktu tu, aku balik lewat dr opis. So, reached mainland area 9.30pm juga la. Sampai aje mainland, en.suami called minta ke tempat kerja dia dan ajak p makan. 

Elok aje selesai semua acara, bergerak lah aku untuk balik. Waktu nak balik tu la, tragedi getir berlaku. Aku lalu betul-betul berdepan Sunway Carnival Mall untuk masuk simpang. Signal semua dah cantik dok lip lap lip lap, kereta belakang pun slow aje follow. Tetiba.....jeng..jeng..jeng

Ada sebiji moto lalu dengan kelajuan yg entah berapa kilometer/jam, dengan bergayut telefon ala-ala public phone (bubuh celah helmet) melanggar kereta aku. 

Motooooooooo!!!(aku jerit)..sempat lagi drama. BOOoommMM!!!!!!!!!! Pak mat tempe langgar motokar!!!

Mamat India tu melambung, siap terlentuk tepi pintu kereta. Mula cuak, ingat mati ke apa..lepas tu, aku tgk dia slow aje bangun sebab ada kereta dok mai (kalau dia lentuk juga, silap2 kereta tu nanti sagat dia plak).
Lepas mamat india tu bangun, baru la boleh buka pintu kereta dan tengok apa berlaku (padahal orang ramai dah penuh keliling).

Orange remuk teruk di bahagian depan. Speechless~~ dan hanya mampu memandang. Orang keliling yg saksi kejadian semua ckp, mamat ni laju, tapi disebabkan undang-undang di Malaysia, siapa masuk simpang akan jadi pesalah dalam kemalangan. So, redha lagi.

Maka nye, aku ni pun p la tgk mamat india tu, aduhhh...mamat ni minum todi la plak. Patutlah orang keliling yg tanya semua bengang!! Suruh call ambulans/polis, dia tak mau. Boleh plak dia risau moto dia dan siap suruh aku angkat moto dia!! Helloooo..memang aku tak angkat dan siap fight dgn mamat ni kt situ jugak. Tapi memang semua tak bagi aku angkat. Sebab BUKTI!!

Neno..Neeno...Bila ambulans dah sampai, mamat neh tak mau naik ambulans plak. Lagi sekali drama. Ngrrrr...geram aje mak jemah!! Last-last kena hangkut juga naik ambulans.

Then, aku terus ke balai polis buat report. Selesai buat report, kena pulak buat report dengan Sarjan bertugas. *sudah kisah lain plak*.

Sekarang, aku kena tunggu mamat india ni buat report polis dalam masa 24j sebelum aku dijatuhkan hukuman--denda kesalahan lalulintas RM300.

Tapi kalau mamat india tu tak buat report polis dalam masa 24j, kesalahan lalulintas jalan raya akan berbalik kepada mamat india tu. So, selamat lah aku RM 300 dari kena saman.

ni la...keadaan ketika kejadian

no plat moto yg langgar orange

keadaan moto

keadaan orange
Ntah bila la orange boleh kuar dari wad kecemasan.. Sabar.. :((

No comments:

Post a Comment