~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Monday 25 June 2012

GiGi

Assalamualaikum...

Kali ini, aku nak kongsi sedikit perkembangan Zara. Zara dah masuk 1 tahun 5bulan. 
Lagi beberapa hari, umur Zara cecah 1 tahun 6bulan.
ALHAMDULILLAH...syukur..
Maknanya lagi 6bulan aje masa untuk Zara BF, then Zara kena continue dengan FM (lepas ni, dah tak ada lagi istilah campur susu "FM+BM")
"Sorry Zara, mommy tak mampu nak fully BF Zara".
Itu saja yang mampu mommy buat. 

Tapi...bukan itu cover up story kali ini...
:))
Yang aku nak story mory adalah kisah pertumbuhan gigi Zara.
Masuk usia Zara sekarang, Zara dah naik 3 gigi geraham sekaligus.
2 gigi geraham di bahagian atas
dan
1 gigi geraham di bahagian bawah.


ni aje yang sempat snap sebab sangat susah kot nak snap pic budak kecik neh

Gigi Zara yang lain memang dah naik banyak. Sekali naik terus 4 bahagian atas dan 4 bahagian bawah.
Terus demam untuk 8 batang gigi yang naik serentak.
Tapi sekarang, selain dari gigi geraham, gigi susu yang lain pun dah menunjukkan bayang nak tumbuh lagi.

Alhamdulillah, sekarang Zara dah boleh gosok gigi sendiri sebab dari first time gigi pertama tumbuh, aku memang dah ajar dan biasakan Zara dengan berus gigi.

ini adalah berus gigi pertama Zara. Setiap kali mommy ajar Zara gosok gigi, sure Zara gigit jari mommy. Tapi tak sakit la sebab memang berus ni direka untuk elak jari comel mak2 dari kena gigit selalu.
Untuk berus gigi ke-2 Zara, sorry; aku tak snap pic pulak--tapi dah berbatang utk senang Zara pegang dan gosok gigi sendiri.
Fakta-fakta tentang pertumbuhan gigi yang aku search >untuk tambah pengetahuan<

Tahap Pertumbuhan Gigi


·         
Gigi seri bagian tengah bawah (pada usia enam bulan)
·         
Gigi seri bagian tengah atas (pada usia enam setengah bulan)
·         
Gigi seri bagian samping bawah (pada usia tujuh bulan)
·         
Gigi seri bagian samping atas (pada usia delapan bulan)
·         
Gigi geraham pertama bawah (pada usia sepuluh bulan)
·         
Gigi geraham pertama atas (pada usia empatbelas bulan)
·         
Gigi taring bawah (pada usia enam bulan)
·         
Gigi taring atas (pada usia delapanbelas bulan)
·         
Geraham kedua bawah (pada usia dua tahun)
·         
Geraham kedua atas (pada usia dua tahun)


Kenapa gigi perlu terus diberus?
memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk mendapat  fluorida yang membantu menguatkan gigi. Penjagaan awal memastikan anak anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.

Mengapa memberus gigi itu penting?
memberus gigi sehingga bersih penting untuk:

mencegah penyakit gusi
membantu menguatkan dan mencegah kerosakan gigi (sekiranya ubat gigi berfluorida digunakan)

Bila anak anda sepatutnya mula memberus gigi?
Ibu bapa dinasihatkan memberus gigi anak mereka sebaik sahaja tumbuh gigi. Tanamkan tabiat penjagaan dari kecil untuk mendapatkan kesihatan mulut yang baik.

Bagaimana cara untuk menjaga kebersihan gigi?
untuk bayi 
gunakan tuala lembab atau basah untuk membersihkan mulut dan gusi selepas setiap kali penyusuan.  Boleh gunakan juga "tooth tissues" neh.
Untuk kanak-kanak
berdiri atau duduk di belakang kanak-kanka dan dongakkan kepalanya ke atas supaya semua permukaan gigi dapat dibersihkan.
>untuk kes aku; aku akan buat perkara yang sama dan akan buat "iklan" gigi untuk Zara...
"Zara perlu bersihkan gigi untuk dapatkan kekuatan enamel dan gigi yang kuat seperti harimau"
>ada macam iklan tak?siap membebel sorang-sorang setiap kali nak gosokkan gigi Zara<


Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke bawah;
Berus gigi anak anda sekurang-kurang 2x sehari, terutama selepas makan dan malam sebelum tidur.
Ubat gigi berfluorida tidak perlu digunakan.

Nasihat untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 2 tahun ke atas;
Selia atau bantu anda memberus gigi sehingga mereka berumur 6-7 tahun. Gunakan ubat gigi berfluorida untuk kanak-kanak sebesar biji kacang soya sahaja.
Berkumur dan berludah selepas memberus gigi


info dari  
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/kanak-kanak/MemberusGigikanak.php




No comments:

Post a Comment