~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 7 June 2012

Salah AIMED :((-- Sesuap Nasi siri 1

Salah AIMED...mmmm..adehh..

Al kisah, bermula pergembaraan setiap pagi dan petang untuk berulang alik mencari sesuap nasi. *dengar macam susah aje*.

Kenapa aku cakap "pengembaraan"? Sebab sebelum ni, aku akan naik kereta atau merempit dengan rakan sekerja aku. Tapi disebabkan dia dah resigned memandangkan dia sudah bertemu jodoh. Maka, pasrah lah aku. *bunyi macam sedih lagi*. Biarlah, hanya aku dan rakan sekerja yang lain mengetahui kisah berliku. cewah ayat.

Kenapa tak naik kereta sendiri terus ke opis??!! mmm...memandangkan segala kos mencecah ke angka yg sangat besar bagi aku yg kerja dengan gaji yang ciput sebab al maklum lah aku kan kerja dekat obersea --Penang --bunyi macam wahhhh!!! (penat aje kerja, duit tu buat shopping pun bagus...hehehhe)

Seminggu sebelumnya, en.suami menjadi mangsa sebab terpaksa ambil *(memang t/jawab suami--kalau lah dia baca..minta-minta dia baca..hehhhehe..tapi kalau dia ada la baru boleh hantar, kalau dia tak ada, menapak la aku tunggu bus seawal mungkin)* :) dan waktu balik, aku akan naik bus dan adik aku akan ambil di jeti. Tapiiiii...kisah lain pulak jadi nya--keretaku accident (kisah orange accident akan menyusul kemudian http://nurhasliza-miraclesoflife.blogspot.com/2012/06/cik-orange-kena-lenyek.html), Maka, dengan itu, terpaksa lah aku balik naik public transport.

So, bermula kelmarin, aku kena gunakan public transport sepenuhnya. Pagi, en.suami akan hantar dekat jeti mainland *kalau dia ada di rumah okay*, then aku kena berkejar-kejar naik feri. Sampai aje ke tanah seberang, kena berebut naik bus untuk ke opis. Redha aje.

Petangnya pulak, jalan kaki dari opis ke bus stop. Tahan tangan sambil gawang-gawang nak suruh bus berhenti. Naik la bus dengan segala rakyat dan bersama bau-bauan. Lagi sekali kena redha. Sampai aje di jeti tanah seberang, berkejar-kejar (*anggap aje jogging di waktu petang*untuk sedapkan hati), untuk naik feri. Lagi sekali aku terperosok di celah-celah rakyat jelata.

Sesudah sampai ke mainland, naik pulak bus. Tapi kelmarin (selepas berapa lama tak naik bus kt area maindland), aku salah AIMED.

Dalam mind, aku aimed bus ke "Bukit Mertajam" tanpa tgk nombor kt bus. So, bila nampak aje bus "Bukit Mertajam", dalam hati...YESSSS!!! bus dah sampai. Naik la aku dan terus sedia duit tambang. Sekali bus dah bergerak, aku dah pelik. Kenapa bus ni lalu ke laluan lain. Aduhhh!!! Salah AIMED. Bus ni lalu jalan jauh okay!! Sooo, pukul berapa aku nak sampai rumah ni?! Lagi sekali Redha.


Rupanya, bus yang aku naik ialah "702-Bukit Mertajam", padahal, aku kena naik "701-Bukit Mertajam". Okay tak pa, percubaan pertama, maka hari ini, aku kena betul-betul AIMED "nombor bus". 


PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN--jangan terlalu yakin!!!! Tapi belajar dari kesalahan dan sentiasa berdikari.

Next episode?! to be continued.... http://nurhasliza-miraclesoflife.blogspot.com/2012/06/wahai-bas-dan-feri-tunggu-aku-sesuap.html



4 comments:

  1. WAKAKAKAA HAHAHA PENGEMBARAAN SALAH SEORG RAKYAT JELATA YG CELIK OTAK TETAPI MATA NYE KURANG CELIK..CIANN PENGEMBARAAN NAIK FERRY -BUS-MCM BUNYI JAUH BENooOO BTW SYABAS !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...saya tau ayat 2 ditujukan pada sapa...

      Delete
  2. kalau berulang naik kenderaan seniri moto/keta mahal ka sebulan weh?? penat tu naik public transport...energy n time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xdak moto..moto si nyamuk 2 syafiq guna p kerja...EX5 dia yg lama...dok tersimpan kt umh..moto aku yg dlu ulang alik p kerja masa 1st time kerja dlu..hilang...monthly kos naik keta RM 600-RM700 baru utk minyak+tol+parking..tmpat aku parking berbayar sehari RM6. blm kira kos makan seharian..makan sehari RM20++..bulan2 sanggap gak la..

      Delete