~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 21 June 2012

Bicara Sendiri

Assalamualaikum.......

Mmmm..Bagaimana untuk dimulakan cerita tentang bicara hati sendiri........

Kehidupan adalah sesuatu yang sukar digambarkan dan kehidupan tidak lah seindah yang dibayangkan....
Itulah hakikat sebenar kehidupan dan cereka di sebalik cerita kita. Setiap manusia diduga dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Yang penting kekuatan kita untuk menghadapinya. Wallahuallam...

Kalau berbicara tentang hal rumah tangga, pasti yang setuju bahawa kita bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga berkahwin dengan seluruh ahli keluarga pasangan kita.

Dan....setelah bergelar isteri/suami, kita secara automatik menjadi sebahagian dari keluarga kepada pasangan kita. Bila menjadi sebahagian dari ahli keluarga, maka kita boleh berkongsi apa sahaja sama ada suka atau duka.

Jika pasangan lain berkahwin, angpa mesti ada mak mentua, bapak mentua atau sekurang-kurangnya mesti ada salah seorang... 
Mak mentua atau bapa mentua.
Tapi tidak bagi aku. Jujurnya...aku teringin punya mentua. Tapi apakan daya.. Allah lebih menyanyangi mereka.
Tapi bagi yang mengetahui kisah aku, depa mesti sangka,

"syoknya xdak mentua...xpayah berebut utk balik beraya".

Tapi hakikat sebenarnya, jauh di sudut hati...hanya Allah memahami.
Sekurang-kurangnya, kita boleh bercerita dengan mentua..sebab tidak semua benda kita kena cerita dengan mak kita. Dan tidak semua benda kita boleh berkongsi dengan ipar duai.

Tapiiii...banyak yang aku dengar.. "lagi bagus tak ada mentua". 
mmmm...no komen..

Tapiii...ada jugak yang mengadu masalah dengan mentua.
Ngeri pulak dengar.
no komen jugak!!

Tapiii... bagi aku, syok nya angpa semua pakat ada mentua, salam-salam especially time-time raya.

Boleh soping-soping raya dengan mentua, pilih-pilih kuih raya, p bazar ramadhan, p berterawih bersama..... Syok aje dengar. 

Aku pula di anugerahkan suami yang sememangnya anak emak dan anak bongsu lagi.
Jadi saat kehilangan emaknya--sampai satu saat, dia sudah "LOST".
aku faham jiwa nya KOSONG.
Even sekarang, aku faham jiwa suami aku yang mahu berkongsi saat suka dukanya bersama emaknya.

Seperti aku, pasti ada perkara yang dia perlu kongsi dengan mak dan tidak dengan isteri.
Ada perkara yang boleh berkongsi dengan kakak--abang tapi tidak dengan isteri.
Dan...ada perkara hanya boleh diluahkan pada isteri.
*sob...sob...sob*

Kekadang, aku turut LOST bersama dengan laki aku, tika dia menangis mengenangkan arwah mak/abahnya. 
Aku turut merasai rasa hatinya. Kisah duka suami aku. Siapa tempat dia perlu mengadu rasa hatinya.

Kisah Zara pulak, kalau angpa, anak angpa mesti rasa syok ada tok kt 2-2 belah side. Tapi tidak bagi Zara. Kalau angpa, mesti 2-2 belah excited untuk beli barang ke, bawa jejalan ke, mengusung/dukung ke atau apa sahaja keterujaan tentang perihal anak.
Tapi tidak Zara. 
"Zara, jauh di sudut hati, mommy kesian dengan Zara sebab tak sempat rasa kasih sayang mak tok kulim"

Bila kami melawat kubur arwah,
Suami aku akan cakap, "mak/abah...ni anak/isteri pit. Zara dah besar"
adehhh...serius tacing dan aku akan meleleh air mata saat tu jugak. Suami aku jangan cakap la..memang dia akan menangis sakan.
*sob...sob..sob*

Ceritanya bukan kisah mentua sahaja. Sebenarnya banyak kisah yang sukar aku ceritakan di sini. Tapi kisah kami yang seperti orang yang kehilangan kasih sayang dan hilang sebelah kekuatan. Kami juga hilang sebelah sayap untuk berkongsi cerita dan rasa. Kami banyak BICARA SENDIRI tentang rasa hati. 

mmm...entah la..sukar la nak tulis pasal entry neh. *Serius*



No comments:

Post a Comment