~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 6 June 2012

Bantal Busuk vs. "Getah Busuk"


Dipercayai tabiat mempunyai bantal busuk menjelang tidur bukan disebabkan oleh faktor genetik mahupun personaliti sesebuah keluarga. Ia suatu perbuatan yang sudah terbiasa sejak kecil lagi.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, bantal kegemarannya ini berfungsi sebagai transitional object. Ia seolah-olah memberi perlindungan dan anak-anak akan merasa selamat apabila objek ini berada di sisinya.

”Mereka telah biasa dengan bau dan rupa serta selesa dengan bantal itu apabila hendak tidur. Jika dibasuh atau diganti dengan yang lain, anak tidak mudah tidur dan sering teringat dengan bantal busuknya,” katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.
Menurut Dr. Wan Salwina, transitional object tidak semestinya bantal, boleh jadi objek lain seperti anak patung kegemaran anak-anak, selimut dan sebagainya.

”Sebagai contoh, sejak kecil ibu bapa telah membelikan anak patung sebagai permainan anak perempuan mereka. Disebabkan itulah maka anak itu lebih gemar bermain anak patung berbanding permainan yang lain dan kebanyakan kanak-kanak perempuan gemar menjadikan anak patung yang lembut dijadikan teman ataupun dipanggil ‘bantal busuk’,” ujarnya.
Ada juga berpendapat, selimut dan kain napkin yang digunakan juga sering dijadikan bahan heretan ke mana sahaja anak ini pergi.

Justeru itu, boleh dikatakan setiap kanak-kanak mempunyai transitional object yang tersendiri bagi membuatkan mereka berasa selesa dan selamat walaupun ketika berjauhan dengan ibu bapa.



BANTAL BUSUK!!! hehehee...mendengar namanya sahaja, kita dah tahu yang baunya mestilah sangat "harum". Tapi, ini adalah fenomena biasa yang selalu kita tengok. :)

Kira bantal busuk, kita boleh kategorikan sebagai objek transitional yang digunakan oleh kanak2 sebagai pelindung/penyelamat bagi mereka. Secara jujurnya, objek ini merupakan teman setia dan tanpa objek2 neh, surely mereka akan gelisah, menangis dan tak boleh tidur. Objek ni sangat lah sukar untuk dipisahkan dengan mereka. 

Aku bercerita hal "bantal busuk" kerana, hal yang sama terjadi pada anak aku. Cuma bezanya, Zara tidak gunakan bantal utk dijadikan "bantal busuk", tapi Zara gunakan getah ikat rambut sebagai "bantal busuk". So, aku anggap ia sebagai "getah busuk". :)
ini lah "getah busuk" Zara yang asal dan hilang dari pandangan
polka dot in da house
Getah ni aku pulak, kena bawa ke mana-mana sahaja sebab kalau tak bawa, akan bagi masalah pada aku balik masa Zara nak menyusu atau nak tidur.

Aku sendiri pun tak tau macam mana Zara boleh berkenan dengan getah tu sebab mulanya aku beli getah tu untuk aku ikat rambut. Tapi xsempat aku guna, Zara yang berkenan dan terus aku bagi Zara. Maybe sebab tekstur kain satin yang lembut buat Zara berkenan. I don't know.

Al-kisahnya, bila "getah busuk" ni hilang, jenuh jugak aku nak pujuk Zara untuk tidur malam tu. Sampaikan ke pukul 3.30am, Zara belum mau tidur sebab cari getah.

"Tah..tah..tah".. itu lah ayat nya. Sayu aje aku dengar. Jenuh aku tawaf satu rumah cari getah dan ulang alik cari dalam kereta (kot-kot ada). At last, berjaya jugak pujuk Zara supaya tidur. Tapi untuk seketika aje, sebab dia akan terjaga untuk cari getah dia. Memang malam tu, Zara tidur tak jerap langsung. Asal jaga, mesti nangis cari getah. Sebab normally, Zara akan stalker dan cari getah atas katil sebelum dia menyusu dan sambung tidor. Malam kejadian, segalanya jadi caca-merba. :(

Keesokkan harinya, aku gigih p ke Jusco untuk cari getah baru. Keluar masuk area Jusco, Vince&Co dan kedai yang jual aksesori wanita. Tapi tak ada satu pun yang berkenan di hati Zara. Balik la mommy dengan keadaan hampa. :(

Malamnya, merayap pulak ke Sunway Carnival Mall dengan tujuan yang sama dan kali ni, aku nekad untuk beli juga sebab Zara sangat memerlukan "getah busuk". Zasssss....sambar je yang mana lebih kurang sebab kalau nak cari sama sebiji memang lah sangat mustahil. Sebab aku beli getah tu kat Chemelon, Prangin Mall. Kalau nak tunggu cari kat situ jugak, kena la mommy meredah jambatan Pulau Pinang. Tapi masa tidak mengizinkan. Jadi malam nye macam mana Zara nak tidur?! Sudah la, minggu ni; minggu cuti sekolah--banyak undangan kenduri. Bingung+pusing..aduhhh!!!

ini pulak rupa getah Zara yang baru--hampir sama tapi x serupa.
very the polka dot jugak
At first, Zara memang tak mau, tp dah masuk 2-3 hari ni, she's trying to adapt slowly dengan "getah busuk" yang baru.

Sebenarnya, Zara ada banyak koleksi untuk dijadikan bantal busuk, tapi entahlah, tak ada satu pun yang dia berkenan untuk dijadikan bantal busuk.
bantal looney tunes--tapi Zara sangat tidak suka bantal. Tidur pun tak guna bantal. yang sebelah 2 adalah "getah busuk" yang menjadi pooojaan hati Zara 
ini "DumDum" yang teman Zara masa kecik, tapi  tetap tak mendapat tempat di hati Zara
cik Blue yang teman Zara sewaktu Zara dalam pantang. Tapi tidak juga mendapat tempat di hati Zara :(



2 comments: