~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 15 December 2011

bertungku ketika berpantang

Amalan bertungku ni merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. tak lengkaplah kalau berpantang tapi  tidak bertungku. tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. tapi xsemestinya lah gunakan besi--berat kot...sbb batu sungai atau anak lesung pun boleh digunakan. kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku kena dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita (tapi kalau xdk kain cita neh--guna je la kain batik ke--kain pelekat ke~~janji berlapik-kalau x, jenuh kot terbakar kulit) yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. sedap aje bila kepanasan meresap dlm badan..

Amalan bertungku ini of coz tersangat lah penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

No comments:

Post a Comment