~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday 25 November 2011

menyayat hati

Ini lah kisahnya...........

Aku pernah post di wall FB aku  mengenai kebaikan ibu tidor bersama bayi...
Tapi ni bkn kisah yang nk aku story mory di sini...

Topiknya adlh :


Ibu harus Kongsi katil dengan bayi selama 3 tahun

Wall Photos
BERITA BURUK UNTUK SI BAPA! BAYI HARUS BERKONGSI KATIL IBU SEHINGGA 3 TAHUN

Berita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.


Cuma ia berkaitan dengan sorg kenalan FB yang kehilangan isteri (isteri beliau meninggal selepas melahirkan ank ke-2---anak berusia 2 bln)...

Aku xtau cmna hamba Allah ni blh baca wall aku mengenai topic yg aku post kn (atau dia menggunakan isterinya--sbb isterinya merupakan kenalan FB juga junior aku masa zaman sekolah)...

Tetiba ada soklan dr hamba ALLAH ni yg buat aku terus terkedu...(tp dlm fikiran,aku kena jwb soklan ni dgn berhemah supaya dia tidak terus tersinggung atau berkecil hati wlaupun mulanya rasa nk mrh sbb aku xkenal hamba ALLAH ni..dan dlm fikiran dok rasa -- dia ni mesti condemn aku)

soklan ni buat aku terfikir utk nk jwb atau terus biarkan.......tp xsampai hati jugak...dan ini je jwpn yg aku ada..(nasib baik aku pernah satu ceramah agama di radio masa otw blk dr vacation bersama suami dan ank).

Bagi aku..inilah CINTA dan ANUGERAH Illahi....


  • Hamba ALLAH :  mcm mana lak,, kalau ibu dia pergi dulu...
    November 2 at 6:40pm · 


  • Saya :  Saudara Hamba ALLAHi :: saya pernah dgr 1 syarahan agama dlm radio...jika ibu pergi dlu..ayah blh ambil alih peranan tersebut sama seperti ibu lakukan..byk para ayah yg tidak tahu ttg hal tersebut....seperti juga menyusukan ank...mmg seorg ayah tidak boleh menyusukn bayi mereka..tp masih blh menggunakan botol utk menyusukan si anak..maka, ribakn anak ats pangkuan si ayah...dan teruskn menyusukan seperti seorg ibu menyusukan ank...kerana degupan jantung anak--ayah akan terus berhubung seperti degupan jantung anak--ibu...jadi..anda tidak perlu risau kerana..anda boleh mengambil perana ibu dgn menidurkan si kecil anda di dada anda juga...i'ALLAH..dgn niat yg sama..maka perhubungan anda akn rapat juga...jgn anggap anak yg tiada ibu..akn terus kehilangan kasih sayang..i'ALLAH...
    November 2 at 6:46pm ·  ·  3
  • Hamba ALLAH :  thanks,,,
    November 2 at 6:47pm ·  ·  1
  • Saya :  saya memahami perasaan anda..maka saya galakkn anda terus mencari artikel utk membina diri utk terus jadi positif ttg mendidik anak tanpa ibu....kerana kasih ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah sepanjang masa...i'ALLAH...
    November 2 at 6:52pm · 
  • Kenalan FB si A:  dengar tu Saudara Hamba ALLAH.... jgn sesekali bersedih degan pemergiannya.... cuba buat yg terbaik untuk zuriat yg sama2 terbina selama ni. insyaAllah akan dipermudahkan... amin...
    November 2 at 6:53pm · 
  • Hamba ALLAH : ye.. baik cik kenalan FB si A, saya akan cuba,,,
    November 2 at 6:54pm ·  ·  1
  • Hamba ALLAH : bersedih tu tk dapat lari,,, krn ia direntap semasa dalam keadaan bahagia,,, tp tak tahu bila nk bangun semula...
    November 2 at 6:56pm · 
  • Saya : jgn menidakkn kuasa ALLAH...kerana ALLAH pasti sediakan yg terbaik utk umatNYA...keadaan mungkin memaksa...dlm masa yg kita perlu redha...i'ALLAH..biarkn dia tenang di sana...doa anda bersamanya...
    November 2 at 6:58pm · 
  • Kenalan FB si B : weh...mcm mn ni...aku ngn anak aku tido asing...mmm....
    November 2 at 10:40pm · 
  • Saya : Kenalan FB si B..babe..so skrg ko kena tdr ngn yusuf dh la....
    November 3 at 10:10am · 
  • Kenalan FB si B : tap ank aku tido lena je...lama lak tu...hehehe
    November 3 at 10:13am · 
  • Saya :  hakikatnye mmg lena...tp degupan jantung ank tidak dekat pada ibu....aku dgr ni dr syarahan agama di radio...
    November 3 at 10:16am · 

No comments:

Post a Comment