~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 30 August 2012

mentua vs. menantu

Assalamualaikum....hi :)



Sekadar berkongsi pendapat tentang mentua vs. menantu.

Cover story nya..kisah mentua dan menantu..(Jgn plak nanti ada yang cakap, kau apa tau sebab kau mana ada mentua--adess.pedih ya ayat itu!!)

Okay..pernah tak angpa semua tengok cerita mentua vs.menantu lakonan Erra Fazira dan Akasyah di Astro Ria sekitar 2009-2010 kot (agaknya sebab lupa-ingat2 lepas aku abis belajar U dl). Konflik betul cerita tu.

Biasanya, masalah akan timbul apabila menantu perempuan dan mak mentua tinggal satu rumah *sangat klise kisahnya*.. Memang sudah sebati dan sejak azali kot, kalau menantu perempuan dan mak mentua dok sekali, sure ada konflik atau perang saudara. Kenapa ya?

Mmmm..jawapannya (agak aku la), maybe sebab menantu perempuan dan mak mentua, kan sama jantina..mula wujudnya perasaan dengki mendengki...sikap berlawan...sikap tak puas hati..maka timbul perasaan yang kurang enak dalam perhubungan seharian...dalam erti kata lain " tak sebulu". Susah jugak kan?

Tapi, ada jugak yang menantu perempuan yang tersangatlah ngam ho dengan mentua..siap leh soping together2 lagi..mm..kau ado? Kira untuk kes yang begini, memang tersangat lah bahagia :)

Itu kisah menantu perempuan vs. mak mentua. Tapi bagaimana kisahnya menantu lelaki dan mak mentua? Sangat jarang la kalau kita nak dengar kisah menantu lelaki vs. mak mentua. Kalau ada, maybe yang kita baca di newspaper yang selalu buat cover up story panas. Tau tak newspaper apa?hehe.

Lazimnya, perhubungan menantu lelaki dan mak mentua neh, semacam ada "chemistry"..nampak ngam je. Kenapa ya?

Pada pendapat aku, "chemistry" yang wujud antara menantu lelaki dan mak mentua adalah disebabkan perbezaan gender dan mereka terdorong untuk tidak memiliki minat yang sama, bercanggah pendapat dari segi soping-soping neh..Maka konflik antara mereka sangat kurang atau tiada langsung.

Dan, lazimnya..orang akan berpendapat. Menantu lelaki kalau dok rumah mentua, tak banyak kerenah sangat. Sebab tak banyak konflik.

Macam mana pulak, menantu lelaki dengan bapak mentua atau biras-beras lelaki? Normally, mereka sangat la sebulu dan boleh melepak bersama minum kopi. Tapi kalau bergaduh boleh jugak sampai bertumbuk :( *minta dijauhkan*.

Kesimpulannya, kita cuba la pelihara perhubungan dan silaturrahim yang ada dengan sebaik mungkin kerana apabila kita berkahwin dengan pasangan kita, maka kita berkahwin juga dengan seluruh ahli keluarganya. Maka, segala buruk baiknya sebuah keluarga itu, kita perlu terima dengan ikhlas *hah!!amik ayat ala2 ustazah* :)

p/s:: peace no war =p




2 comments:

  1. sukarnye MIL menerima kelemahan DIL..telah belajar tp ttp gagal..usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
  2. biasa la kan..saya kurang pasti sebab saya tak ada MIL..cuma sy melihat dr perseptif MIL dan menantu lelaki (SIL)

    ReplyDelete