~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Monday 27 August 2012

Keheningan Syawal

Assalamualaikum..... 

Mood puasa dah habis..mood raya masih segar...tapi mood kerja??...mmmm

KAMI
Raya pertama, kami berkumpul di rumah mak (sah-sah la rumah mak aku sebab memang aku tak ada mentua). Paginya, selepas menunaikan solat sunat aildilfitri (aku sah-sah tak berkesempatan nak solat sunat aidilfitri memandangkan budak kecik tak ada sapa nak jaga), kami berkumpul adik beradik dan bersama mengambil giliran untuk bermaafan dengan mak, abah dan adik beradik. 

Selepas sesi bermaafan selesai, tiba sesi berfoto. Waktu sesi berfoto, pintu rumah kami tutup (=p) dulu sebab kalau tak, tak sempat la nak snap sana, nak snap sini. 

inilah potret keluarga kami
Selesai sesi snap-snap, kami sekeluarga berkumpul dan menziarahi kubur opah. Balik dari menziarahi kubur opah, baru lah kami mengalukan kedatangan sesiapa aje datang beraya. Dan, dalam masa yang sama, kami pun pergi la beraya juga. 

menjamu selera sambil melayan tetamu di pagi raya
Dari pagi hingga malam kami beraya dan kami memang tak sempat nak melawat kekawan pun. Maaf ye kekawan!!!(serious aku ingat angpa, tapi aku tak sempat nak melawat angpa atau ajak angpa mai rumah aku..ampun :(

Raya kedua, bermula seawal pagi, kami bertolak ke Kulim (bunyi macam jauh aje). Seawal pagi, kami menziarahi kubur mak dan abah suami aku. *sesi tacing tetap ada dan ayat biasa juga keluar dari suami aku*

Kemudian selesai menziarahi kubur, kami menjenguk pulak ke rumah yang telah lama kami tinggalkan dan terus menjengah ke rumah jiran tetangga. *Jejiran semua pakat memanggil dan dari satu rumah ke satu rumah kami atur memandangkan kami la tuan tanah kedaung yang terlalu lama meninggalkan rumah. Ramai ingat kami menghilang ke mana* :)

Terus pulak ke rumah BIL dan malamnya ke rumah SIL (sebelah suami, memang rumah SIL adalah tempat kami berkumpul). *beg baju memang siap tersedia dalam kereta*

Raya ketiga, menjenguk lagi ke rumah BIL yang lagi sorang. Kemudian terus ke rumah sedara sebelah suami pulak.

Dalam kemeriahan raya, malam raya ketiga, kami digemparkan dengan berita yang abang sulung suami aku sakit tenat di Hospital Serdang. Dan.... raya ke-4, berita mengejutkan yang abang sulung suami aku meninggal dunia. Innalillahiwaillahirajiun...

Keesokkan hari nya, raya ke-4, jam lebih kurang 12.30pm, kami dan adik beradik suami aku bergerak ke KL. ingatkan perjalanan ok..tapi sebaliknya. Dengan jalan jammed bukan dek accident tapi sebab kereta terlalu banyak yang dah bergegas pulang ke kota metropolitan dan hujan yang mengiringi sepanjang perjalanan kami bagai mengerti rasa hati setiap dari kami. Sedih.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 4-5 jam menjadi sehingga lebih 10jam. MasyaAllah..pasrah dan redha. Malah jenazah yang sepatutnya dikebumikan lepas Zohor dianjakkan ke Asar. Dan, akhirnya..jenazah perlu juga disemadikan tanpa menunggu kami memandangkan sewaktu Asar, kami semua masih berada di Ipoh. 

Kami selamat sampai di rumah arwah lebih kurang jam 10.30 pm. Dan, setibanya kami di sana, hanya surah Yassin yang kelihatan memandangkan majlis tahlil pun dah selamat dijalankan dan orang ramai pun semakin beransur pulang. Dengan segala keletihan dan kesedihan kami pasrah kerana tidak sempat melihat arwah untuk kali terakhir, namun doa mengiringi perjalanan arwah ke alam barzakh. 

Semoga roh abang caq ditempatkan kalangan orang- orang beriman.

DaripadaNya kita datang, dan; kepadaNya kita kembali...Al-Fatihah

Keesokkannya, kami menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan UPM, Serdang. Dan sejurus menziarahi arwah, kami bergegas pulang ke Penang dengan iringan doa untuk arwah. 

Al-Fatihah abang caq, semoga kamu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.

Dan, perjalanan kami diteruskan dan kami adik beradik berpisah di Sungai Perak memandangkan kami meneruskan perjalanan ke Taiping untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah aku yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Jadi, kami sekadar pergi memehuni undangan walaupun sampai Taiping lebih kurang pukul 11.30pm dari KL. Kenduri dah habis, jadi sua muka dan tidur semalaman di Taiping sebelum pulang ke Penang keesokkan paginya. 

Sampai aje di Penang, kami ke rumah mak-mak sedara sebelah suami dan berhimpun di rumah SIL pula.

Ahad, raya ke-8, kami ke rumah mak-mak sedara sebelah aku pula. Dan, Isnin...kembali bekerja. 
Raya tahun ini, segala perasaan bercampur dalam hati kami....Segalanya sudah ditentukan Allah..



No comments:

Post a Comment