~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 1 March 2012

Ibu Bekerjaya

budak kecik yang dah rasa besar*makin banyak akal

Salam,

Tetiba hari ni aku berniat nak menulis sesuatu yang agak sensitif. Isu berkaitan dengan anak memang sangat sensitif bagi aku sekarang since bergelar mak-mak.

Seriously, hakikatnya bergelar ibu bekerja sangat la mencabar diri (hanya yang tahu saja mengetahui hakikat sebenar). Tapi kami tidak mampu mengeluh kerana ia adalah ibadah dan tanggungjawab. Namun, apa yang kami luahkan sekadar luahan (bukan mengeluh) dengan harapan berkongsi cerita suka duka, jerit perih dan kegigihan kami sebagai ibu bekerja (bukan juga untuk tagih simpati--harap maklum).

Ibu manakah yang tidak mahu melihat anak membesar depan mata dan terus menguruskan keluarga tercinta?. Tapi hakikatnya, kami; ibu bekerja masih perlu mencari sesuap nasi--namun ia juga demi keluarga. Lagipun, untuk apa lah segulung ijazah (bukan untuk menjadi riak) yang selama ini dikejar sehingga sanggup bersengkang mata jika tidak digunakan sebaik mungkin. Malah sepanjang belajar, kami telah bersusah payah menghabiskan duit ibu bapa, PTPTN dan sebagainya. Jadi, segala hasil pengorbanan ibu bapa juga perlu kami bayar. Walau hanya mampu memberi sepuluh dua RM, tapi ia cukup memuaskan hati. Dalam masa yang sama, kami turut membantu suami untuk mencari sesuap nasi. 

Bila bergelar ibu bekerjaya, adat lah bila perlu hantar anak ke nursery atau pengasuh (dalam kes aku, alhamdulillah anak aku dijaga oleh mak aku sendiri--tapi perlu di ingat bahawasanya bayaran tetap sama seperti pengasuh yang lain). Namun, kami tiada pilihan lain. Sebab sememangnya, itulah satu-satunya pilihan yang ada (tak kan nak bawa anak mai opis--sah-sah kena maki kot. kalau sesekali bawa, bolehla..tapi kalau dah hari-hari--melampau lah kan)

Bergelar SAHM "stay at home mom" memanglah sangat "heaven". SAHM, *seriously am dreaming*. 
Bergelar ibu bekerjaya pula, seriously benar-benar mencabar kewibawaan dan amat memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Memang "superb+supermak".

Inilah hakikat sebenar ibu bekerjaya. Pernakah anda tahu, yang ibu bekerjaya sangat tiada masa untuk diri sendiri *pheww. Sebab???. Sangat terjangkau dek akal dan aku sendiri tak terfikir hal yang sama jadi pada aku. Tambah lagi kalau mr.suami tiada disisi untuk sama membantu anda menguruskan keluarga. Tambah plak lagi, jika anda berkesempatan berjumpa dengan mr.suami hanya hujung minggu--panggilan telefon aje mengeratkan hubungan. Anda mampu?! *sign. Lagi tak terjangkau bila ada suara-suara "enak" memerli dan menghukum tanpa mengetahui bagaimana kami menguruskan keluarga.

Untuk kes saya, sebagai ibu bekerjaya dan hanya berjumpa mr.suami pada hujung minggu (waktu kerja  berbeza membataskan kami berjumpa) sahaja. Cuba bayangkan, anda perlu bangun seawal yang mungkin untuk menguruskan anak. Kadang balik dari kerja, saya perlu bersama anak sepenuhnya. Rutin harian aku sangat memenatkan tapi aku masih perlu kuat untuk anak dan keluarga. Pernah anda terfikir, memandu sambil anak berada di atas riba (gara-gara tak mahu duduk dalam car seat--time anak tgh banyak akal) lepas tu, tetiba anak nak susu dan sangat mengantuk--perlu dodoikan anak sambil memandu), mengacah anak dalam car seat sambil memandu, pernah terfikir bagaimana membawa anak ke shopping mall bersama stroller dan barangan yang dibeli (time anak tak mahu duduk dalam stroller, kena dukung anak, tolak stroller dan barangan letak dalam stroller). Pernah terfikir, keluar makan bersama anak berdua (masa tu, ada mata-mata sumbing yang memandang--entah apa dalam fikiran mereka *seal your mouth, plz). Belum lagi, time nak mandi, solat, nak terken**ng, nak terbe**k.

Itu baru kes di rumah.

Di opis, jangan cakap la. Bertimbung dengan kerja-kerja yang tidak diduga. Ad-hoc task lagi sangat mencabar. *sick.

Rutin aku bermula seawal; 

6.30am -8.00am--- bangun pagi, solat, mengemas apa yang patut, menguruskan anak (walaupun dijaga oleh mak aku--tapi masih perlu uruskan bagaimana mak-mak lain yang hantar anak pd pengasuh).

8.00am -- p kerja (betapa tekanan kalau jambatan jammed. *LETIH)

9.00am-6.00pm --- aku bergelar pekerja

6.00-7.30pm --- sementara menguruskan saki baki kerja. Bersiap untuk menapak balik ke seberang (tekanan lagi. Jambatan jammed *LETIH*MIGRAIN*PENGSAN)

7.30pm --- sampai rumah *heaven--setenang mungkin bila tgk anak tersenyum sambut kepulangan aku.

7.30-8.00pm --- bermain-main dengan anak (kalau belum mandi--mandikan anak dulu, menyusukan anak, bagi anak tidur--kalau dia dah merengek untuk masuk dalam buai; ngantuk, kalau xmau tidur, so mommy perlu gigih buat kerja--mandi,solat etc sepantas mungkin)

8.00-9.00pm --- kemas rumah, basuh baju, makan (dalam keadaan kelam kabut)

9.00-11.00pm --- anak bangun dari tidur dan minta masa untuk diluangkan dengan dia. Story telling, read a book, belajar ABC, kira 123 etc.

11.00-12.00am---anak dah tidur, tapi aku, masih belum tidur. Kena membasuh/melipat dan apa aje kerja yang patut.

Lepas tu, antara pukul 3-5am, pasti anak akan terjaga sekali/dua-tiga kali. Untuk?! nak menyusu, tetiba bangun ajak main/stalker.

*Rutin ini akan berlaku setiap hari--masa untuk aku??!! *just forget it, OK

So, tepuk dada tanya selera. Anda nilai la sendiri. Yang penting aku sentiasa motivated diri sendiri *dancing*party*wink*be happy*SMILE.

Sekian

mengusung Zara bila ada event luar--perlu gigih




4 comments:

  1. sabo lah siti.. huuu... sedih pulak aku...

    ReplyDelete
  2. bkn apa lynn..people tend to judge and always jump into conclusion. diorg xtanya dan xpernah tahu bgmn org cm aku uruskan family.
    isu lain plak, siapa yg xsuka klo blh jaga ank dan tgk ank mmbesar dpn mata, tp apa kn daya...

    ReplyDelete
  3. yang takde anak pun penat..ni ade anak..ermm tgjwb..kan..wat to do

    ReplyDelete