~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Monday 12 March 2012

Kek Puding Karamel Pelangi

MASAK-MASAK time!!!!! actually sesangat happy dis time dan tetiba ada mood nk buat sesuatu untuk familia..

Actually, saya tidak la terlalu pandai dalam masak-memasak *seriously* tapi saya sangat enjoy untuk baked cake untuk famili. Saya paling enjoy untuk buat kek, pastry dan biskut. Bab masak-memasak lauk pauk neh, sangat la tidak gemar *leceh*, tapi still blh masak untuk sendiri makan *tidak la terlalu sedap sampai tahap marvelous*.

So dalam beberapa hari yang lalu, saya memang buat kek yang sama iaitu kek puding karamel pelangi. Alkisah, saya rajin terjah dari 1 blog ke 1 blog resepi untuk intai resepi dan terus mencuba.

Dan kisahnya, bila try buat kek puding karamel ni, dah macam 1 sumpahan yang belum berakhir. Sebab masa 1st time buat, mmg struktur kek sangat la messy *semak* tengok. Maybe sebab warna untuk kek nye kurang menarik.. Sudah lah warna kek yang kurang menarik, ditambah pulak dengan karamel yang tidak menjadi --cair *tak masak*. So tersangat lah kecewa.


karamel nya tidak menjadi--kek banjir dengan karamel--warna kek juga tidak menarik



Setelah sumpahan pertama berlaku, saya memang tidak putus asa walaupun kecewa. Terus keesokkan nya, terus semangat untuk cubaan kali ke-2. *moga sumpahan berakhir*. Tapi................ternyata *out of service*. Cubaan kali ke-2 juga tidak berhasil. Tidak tahu di mana silapnya sebab saya memang dah betul-betul ikut resepi yang disediakan dari blogger-blogger masakan. #sebab resepi dan cara memasaknya sama aje#. Cuma kali ni, struktuk kek nya nampak cantik la juga. Tapi...karamel nya masih tidak menjadi *pheww*. Kek ni sangat memerlukan #skills# yang betul sebab sangat sensatif. Walau karamel nya kurang menjadi, ternyata kek nya masih sedap--sama kek dengan cubaan pertama--terasa macam makan kek bersama aiskrim.

adunan yang siap untuk dimasukan dalam oven


warna kek cantik dan rasa macam makan kek bersama aiskrim


Masih tidak menjadi--so saya decide untuk cubaan ke-3 dan--sumpahan masih belum berakhir. Apa silap lagi. Sampai kan en.suami--Mr. Syafiq minta saya jangan buat lagi--katanya membazir sebab kek tidak menjadi walau rasanya sedap.*bukan saya sorang yang ckp sedap--karang ada yg cakap perasan plak*.

So, saya hentikan dulu dari buat kek ni, *saja nak tengok sumpahan berakhir ke belum*. Jadi, lepas balik dari kerja Jumaat lepas, terus saya ke kedai kek untuk cari bahan dan semangat untuk buat lagi. Kali ini, saya nekad dan buat pun hampir tengah malam. Setelah tidurkan puteri kesayangan, saya mula masuk dapur dan buat kek ni lagi sekali. Nasib zara tak terjaga walau mommy dok bising di dapur.

Kali ini cubaan untuk kali ke-4, *minta-minta la jadi--bismillahirahmannirahim*

Adun la kek ni sorang-sorang di kala tengah malam. Lepas tu, satu hal pulak menunggu kek ni masak--sampai pukul 2pagi jugak la. *terlalu gigih saya nak buat kek ni*. 


siap nak masuk oven dengan lukisan di atas nya--harap-harap menjadi


Kali ni, harapan nya sangat menggunung tinggi nak tengok kek ni menjadi. Konon boleh la dijamu pada en.Syafiq. Kali ini, setiap kali adunan, nak masuk dalam oven, segalanya, saya mulakan dengan #bismillahirrahmannirahim.

nampak macam jadi---tapiiiii kena tunggu sejuk sikit untuk nak potong--kalau masa nak terbalikkan kek, kek tidak melimpah macam air banjir, so kek ni menjadi
ni la hasilnya--teruja nak potong
tiada limpahan air banjir--agak-agak jadi la kan?!


Akhirnya sumpahan kek puding karamel pelangi telah berakhir--gila eksaited sorang-sorang di kala dini hari. Tidak sia-sia bersengkang mata keseorangan sebab terlalu gigih nak buat kek ni. Maknanya--masuk kali ke-4 barulah kek menjadi kenyataan. 

So, apa lagi, terus potong kek malam tu jugak walau sorang-sorang sebab nak tengok hasil nya setelah siap dimasak. *HAPPY*!!!!

inilah hasilnya--sangat teruja
sorry!! sebab platting saya sangat the commooottss

kek yang sempat dibaham sorang-sorang
sangat suka sebab kek menjadi--so tgh malam tu jugak makan

Ternyata, nak buat kek puding karamel pelangi sangat memerlukan konsentrasi dan kesabaran yang tinggi. Syukur sebab sumpahan menjadi.

*HAPPY..lets enjoy the cake!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment