~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Monday 19 March 2012

2 tahun sudah??

Alhamdullilah...perkataan pertama yang keluar sebaik tepat pukul 12.00am, 17 March 2012. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, genap sudah 2 tahun usia perkahwinan aku bersama en.suami. Walaupun 2 tahun adalah satu tempoh yang belum boleh diukur dalam sebuah perkahwinan, namun aku bersyukur kerana sepanjang tempoh ini, kami sudah menempuh pelbagai dugaan dan bersedia untuk memikul pelbagai cabaran alam berumahtangga.

Dalam tempoh 2 tahun ini, kami masih terus mengenali dan mencari keserasian dalam mengimbangi alam rumah tangga yang sememangnya kami tahu cukup berliku dan penuh cabaran.

Tepat pukul 12am, aku dan en.suami hanya berbalas mesej dan berbual di talian aje (dah macam orang bercinta) hehehe..begini lah kan bila kita berkahwin dan tidak semestinya kita harus bersama sepanjang masa dan ketika. Tapi bila berjauhan atau jarang berjumpa, rasa diri lebih dihargai dan diingati *pendapat aku lah* sebab terasa seperti zaman bercinta. (^_*)

Walau mesej dari en.suami sangatlah simple, tapi ia sudah cukup untuk menggambarkan kegembiraan aku. *setengah pendapat berkata, suami hanya akan mengingati ulangtahun perkahwinan pada usia 5 tahun pertama*--tapi aku berharap agar, en.suami mengingatinya sampai ke akhir hayat usia perkahwinan kami.

Untuk ulangtahun perkahwinan yang ke-2 ni, tidak seperti kebiasaan yang kami lakukan--macam celebrate hari-hari istimewa lain kat luar. Tapi bagi aku, kali ni lebih istimewa sebab aku nak celebrate dengan sesuatu yang lebih kepada air tangan aku sendiri sebagai isteri, ibu dan anak *sebab semua orang boleh merasainya*. So, aku decide untuk buat sendiri kek dan semua boleh rasa.

Dan kami sambut ulangtahun perkahwinan dengan cara paling ringkas tapi bermakna untuk kami. Tapi lepas tu, tetap keluar gak, sebab weekend aje masa kami dapat bersama sekeluarga--sangat la berharga bila waktu hujung minggu--jarang dipersia2 kan. 

cara kami celebrate hari istimewa--simple tapi sangat istimewa dgn home made pavlova yang aku buat sendiri untuk tersayang

Al-kisahnya pasal nak buat kek pulak, punya la bersemangat nak buat kek dan surprisedkan en.suami, so that, bila dia balik, tengok ada sesuatu. HeHEeHHee...*wink wink*

Disebabkan kebetulan ulangtahun kali ni jatuh pada hari Sabtu, so apalagi--hari Jumaat lepas balik dari kerja, aku pun usung lah Zara ke Jusco untuk cari barang-barang keperluan nk buat kek--plan nk buat pavlova.

Memang bersungguh la shopping barang-barang nak buat kek--gigih dan bersemangat. Zara pun bila cakap nkp mall dan naik kereta *aku dok sembang dgn dia dan dia pun dengar macam faham aje*, eksaited terus cari kasut dan pegang kepala--cari hairband. hahahah

Aku dan Zara memborong lah segala strawberry, kiwi, buah naga, anggur, epal dan segala barang keperluan lain juga. Nasib Zara tak terlalu banyak ragam kalau dibawa masuk mall atau jejalan sebab memang hobi dia. So, senang lah aku membawa dia meronda. Abahnya memang sah-sah tidak bersama kami.

Balik dari Jusco--terus tidorkan Zara dan aku mulakan operasi *masuk dapur*. Sudah lah dengan semangat nya buat, bila keluarkan dari oven --luluh hati *pavlova tak menjadi--kuciwa*. Dalam hati, abis la surprised aku sebab sekali aku yang terkena surpised. HahHaa..Bila dah tersangatlah larut malam, masuk bilik sambil BF kan Zara terus search youtube dan search - How to make pavlova. Baru lah tau kisah nak buatnya.

Esok pagi nya (17 March 2012) terus bangun awal dan semangat masuk dapur. En.suami yang baru balik terus terkejut dan rasa pelik sebab tetiba bini dia rajin masuk dapur seawal 7.30am. *sebab kalau hari biasa kami memang tak pernah breakfast bersama -never-. Kalau weekend pulak, kami akan breakfast kat luar--tu pun pukul 10am macam tu lah.*

Memang terus tak surprised sebab kena explain satu persatu pada en.suami apa yang jadi dan tunjukkan hasil pavlova yang tidak menjadi. *en.suami cakap xpayah buat dan ajak celebrate-makan2 kat luar-tapi aku menolak sebab konon nk tunjuk skill buat kek dan konon perasan teror di hari istimewa*

Kali ni--yeeehaa!! pavlova menjadi. Terus excited nak menghias pavlova dan hati terus berbunga-bunga riang ria lah. Ternyata pavlova sangat senang untuk buat cuma ia sangat lah costly sebab bahan-bahan yang diperlukan. Tapi apalah sangat harga yang dibayar untuk bahan-bahan yang dibeli berbanding hari istimewa.

Kali ni, terus rasa berbaloi dengan usaha yang aku buat dan happy sebab en.suami sangat suka dan request untuk buat lagi. Katanya, tak kan nak tunggu celebrate apa-apa majlis baru nak buat kek. *terus tersipu malu*blushing*

antara bahan hiasan yang diperlukan
strawberry, kiwi, anggur
buah naga dan epal belum potong lagi

pavlova yang siap dihias
nak tambah choco untuk hiasan

yehaaa!! ni lah pavlova yang siap dihias sepenuhnya
walau nampak *semak* tapi rasanya tetap sedap

pandangan pavlova dari dalam
sepotong sangat lah tidak mencukupi
*ada request lagi dari en.suami*

ni pavlova yang ke-2 yang aku sempat buat. atas permintaan en.suami yang suka makan

Ternyata, hidangan yang ikhlas dari hati nurani dan penuh kasih sayang, sangatlah tidak mengecewakan. Dan kami menyambut ulangtahun perkahwinan dengan cara kami sendiri. 

Kami juga berdoa agar terus diberi kekuatan oleh Allah agar, keluarga yang dibina terus berkekalan hingga ke akhir hayat dan memenuhi tuntutan agama.


Ya ALLAH,
Kami berdoa agar rumahtangga yang kami bina,
terus mendapat keberkatan Mu,
terus mendapat sinar Nur Mu,
terus dilimpahkan rahmat dan rahim Mu.

Ya Allah,
Kami berdoa agar rumahtangga yang kami bina,
mengikut syariat dan ajaran Mu,
melahirkan zuriat yang soleh/solehan dan mengikut ajaran Mu.

Ya Allah,
Kami berdoa agar rumahtangga yang kami bina,
terus berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat,
terus dilimpahi kasih sayang dan tidak melupai Mu,
dan
terus berpijak dan berpaksi pada ajaran Mu.

Ya Allah,
Kami berdoa agar rumahtangga yang kami bina,
atas dasar kasih sayang,
bahagia selamanya,
tanpa sedikit pun kami lupa kepada anugerah Mu,

Ya Allah,
Engkaulah Yang Maha Agung,
yang sentiasa berada paling atas dalam hati kami.
ingatkan kami jika kami lalai dan hindarkan kami dari terus melupai Mu.

Amin amin Ya rabbalalamin.


"When a husband and wife look at each other with Love, Allah looks at both with Mercy" 
[Bukhari 6:19 & Tirmidhi 14:79] 

To love is nothing, to be loved is
something but to love and to be loved by the one you love, that is EVERYTHING.
Never take love for granted 

No comments:

Post a Comment