~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Monday 5 March 2012

Berkhatan untuk bayi perempuan

Salam,

Entry kali ni nk bercerita berkenaan berkhatan bagi bayi perempuan. Biasanya, keraian akan dibuat bagi majlis berkhatan untuk kanak-kanak lelaki. So, bagaimana pula untuk bayi perempuan? Perlukah berkhatan?

Jujurnya, saya betul-betul kurang arif mengenai berkhatan untuk bayi perempuan. *serius NO IDEA*. Sebab kebiasaannya, saya biasa hanya mengetahui perihal berkhatan bagi kanak-kanak lelaki. Alasan? Sama seperti di atas, kerana ada keraian untuk majlis berkhatan kanak-kanak lelaki.

Setelah melahirkan Zara, mak saya ada beritahu yang saya perlu khatan kan Zara. Khatan untuk Zara? Waktu itu, dalam kepala terfikir nak berkhatan Zara di mana?Untuk budak perempuan kena berkhatan waktu bayi ke? Nak kena buat keraian gak ke? Macam-macam soalan bermain di minda.

Terus terpacul macam-macam soalan pada mak saya. Mak hanya jawab. "Budak perempuan berkhatan bukan macam budak lelaki sampai kena berpantang/tak boleh berjalan semua, budak perempuan lepas berkhatan terus boleh berjalan". *dalam minda saya, OWH...macam 2 ker*.

Terus saya bertanya pada sesiapa aje yang ada baby girl untuk nak tau informasi tentang proses berkhatan dan di mana perlu berkhatan untuk bayi perempuan. *Sebab tak banyak klinik yang buat proses berkhatan untuk bayi perempuan*.

Setelah puas bertanya dan mencari, saya terus ke klinik yang menyediakan perkhidmatan berkhatan untuk bayi perempuan. Banyak kali pergi ke klinik, tapi tak boleh juga berkhatan untuk Zara sebab Doc ada shift dan hari bekerja nya. So, just dapatkan maklumat dari pembantu klinik. 

So, hari Sabtu lepas (3 March 2012), Zara selamat berkhatan dengan Dr. Munirah Iskandar--serius cantik Dr. ni walau bertudung litup dan berjubah--nampak wajah keibuan--saya dan mak terkesima masa Dr Munirah sendiri keluar dan panggil Zara Amala masuk (dengan senyuman manis dia jemput).

Sebelum proses berkhatan, pembantu klinik sapukan ubat tahan sakit --untuk elakkan sakit masa proses berkhatan. Lepas sapu ubat tahan sakit, kami menunggu di ruangan menunggu hampir 15min (sebab ada bayi lain nak berkhatan--so tunggu ikut giliran). Masa menunggu, dengar baby girl (dalam 3-4bulan --sebab tengok sangat kecil dan lembut lagi) menangis. Terus, saya jadi gementar takut Zara akan menangis sebab Zara dah berumur setahun baru nk berkhatan--sure2 lah dia akan nangis kuat. *worried*

Next, giliran Zara, *mommy dup dap dup dap* sambil berdoa, Zara jangan nangis sebab nanti sure bergegar klinik ni. Siap pesan pada mak supaya get ready (am going with my mak bcoz my hubby tak ada-kalau hanya berdua saja dgn Zara, risau pulak).

Jeng jeng jeng!!! Zara Amala masuk--sempat bisik pada Zara supaya jangan nangis. Masuk aje, Dr dan pembantu klinik sempat bantu saya untuk tidurkan Zara atas katil dan buka pampers Zara, sekali dengan sepantas kilat gak Dr.Munirah jalankan tugas *cut immediately*. Mommy memang xsempat tengok. Zara pun just bunyi erk...erk...erk..*alhamdulillah Zara tidak menangis. Tengok-tengok dah siap dan dengar Dr. just inform,"balik nanti tanam"

Saya tanya, "Dr. dah selesai ke?", dan Dr hanya jawab "yes". jawapan yang tepat dan padat!!

Saya keluar dan hanya bagi pujian pada Zara sebab itu salah satu cara untuk motivate Zara dan untuk keyakinan diri Zara. "Zara, good girl...u did a great job".

Bila keluar, mak saya terus tanya dah selesai ke? Sebab sangat cepat dan saya sendiri tak sedar. Maybe dengan cara ini untuk elak dari bayi terus menangis.

Keluar dari klinik, Zara terus diberi ganjaran atas kejayaan peribadi *wahhh..ayat mommy, sangat bangga sebab Zara sangat KUAT!!



Ini di antara hadith dan alasan saintifik kerana bayi perempuan juga perlu berkhatan. 


Berkhatan bagi bayi perempuan ialah memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya dari sudut perubatan, berkhatan tidak mencacat atau mengganggu perkembangan fisiologi kanak-kanak perempuan kerana apa yang dilakukan hanya melukakan sedikit bahagian klitoris. Khatan kanak-kanak perempuan hanya dilakukan oleh doktor perempuan, iaitu dengan melukakan bahagian klitoris untuk mengeluarkan setitis darah. Luka yang sedikit akan cepat sembuh dan tiada komplikasi penyakit. Khatan ke atas kanak-kanak perempuan biasanya ketika masih bayi atau pada peringkat usia kanak-kanak. Malah, sunat dikhatankan anak pada hari ketujuh kelahirannya, andai tidak dapat pada hari ketujuh, sunat dikhatan pada hari ke-40. Usia bayi(kurang setahun) adalah usia yang paling baik untuk dikhitankan kerana kulit yang nipis selain luka cepat sembuh.

Tujuan berkhatan kanak-kanak perempuan untuk menstabilkan syahwatnya. Ia juga bertujuan untuk membersihkan kemaluan, memperelokkan, mencantikkan bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin dan mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada mengalami penyakit kelamin, kanser dan lain-lain penyakit.

9 comments:

  1. mommy yg seriau + seram..alhamdulillah dia x nangis walau sikit

    ReplyDelete
  2. kat mana klinik tu mommy..?

    ReplyDelete
  3. Boleh tau klinik tu kat mana? Sebab kebanyakkan klinik x terima kanak-kanak/bayi bawah setahun.
    Thanks :)

    ReplyDelete
  4. Boleh tahu klinik mana? Email saya fatinrazali@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. Nak tau jugak kat mane klinik tu..harap tak keberatan share

    ReplyDelete
  6. Dekat permatang pauh, penang..berdekatan politeknik seberang perai

    ReplyDelete
  7. Boleh sy tau nama klinik?caj pula berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat permatang pauh...dekat politeknik seberang perai. Klinik Dr. Munirah..caj dlm rm45++ sy dh igt sbb 4thn lepas

      Delete