~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Sunday 10 February 2013

Dalam Kenangan

Assalamualaikum.... 

10.2.2013--- genap 4 tahun pemergian arwah mak mentua. Manakala usia perkahwinan aku baru mencecah 3 tahun manakala Zara berusia 2 tahun. 

Seingat aku, pemergian arwah hanya selang 2 hari dari tarikh ulangtahun aku. Jadi, selepas aku berkahwin dengan suami, tarikh itu seakan tersemat di minda.

Aku masih ingat sewaktu arwah sakit dan ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, suami (ketika itu kami sedang berkawan), selang beberapa minit, dia menghubungi aku memaklumkan "emak" sudah meninggal dunia.

INNALILLAH. 

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, yang hidup perlu teruskan hidup. 

Selepas aku menjadi sebahagian dari keluarga suami, aku mula terbiasa dengan situasi ini, di mana kakak ipar/abang ipar akan SMS dan memperingatkan kami tentang tarikh arwah meninggal. 

Sebenarnya, aku sentiasa ingat kerana seperti aku nyatakan di atas kerana tarikh yang hanya selang 2 hari, cukup memperingatkan aku. 

Sama seperti tahun-tahun yang lepas, apabila kakak ipar SMS, aku pasti menjadi sayu. Sukar aku gambarkan. 

Sayu aku makin menjadi(mungkin kerana aku kini sebahagian dari mereka) dan bila terkenangkan Zara yang langsung tidak mengenali bahkan langsung tidak merasai kasih sayang mak tok/ tok ayah sebelah abah. 

Menangis aku. Suasana hiba dan sebak. Suami aku bagaimana agaknya? Sudah pasti merasa sedih dan dia tidak mampu meluahkan pada aku kerana waktu kami bertemu sangat terhad.

Mengenali arwah sebelum kami berkahwin mungkin itulah takdir Allah. Masa dan kesempatan itu dipinjamkan oleh Allah kepada kami.

Tiada siapa menduga kan. "Pertemuan singkat" antara kami dapat memesrakan kami. Sekurang-kurangnya, aku biasa bersama arwah dan sedikit rasa terkilan berkurangan walaupun rasa kasih sebagai menantu tidak langsung aku rasai.

Jujurnya, arwah amat baik. Mengenali arwah sebelum bergelar menantu adalah saat terindah yang sempat aku rasai.

Allah pinjamkan aku saat itu kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah temukan kami ketika kami belum punya sebarang hubungan kekeluargaan yang erat kerana Allah Maha Mengetahui bahawasanya kami tidak akan seerat menantu-mentua. 

Walau apapun, aku sentiasa mendoakan arwah agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. AMIN

AL-FATIHAH untuk arwah mak mentua HJH. SITI AISHAH BINTI MD.ZAIN. 

Amin


p/s:: Mengenalimu seketika sudah cukup untuk aku rasai kasih sayang mu, kehadiran mu sentiasa dalam ingatan.

No comments:

Post a Comment