~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday 9 November 2012

Lady Boss--emosi dan tidak masuk akal

Assalamualaikum...

Hari ni aku rasa macam tak ada mood nak bekerja. Konon sebagai tanda protes. Tapi sekadar bercakap, kerja tetap kena buat. Rasanya lepas aje meeting semalam (dari pukul 5pm-8.45pm) semua staff jadi macam kejam dan mulut puaka aje. 

Sorry...No respecto anymore!!

Actually, meeting semalam adalah satu-satunya meeting yang pernah dilakukan oleh "bos baru". Dan aku pasti, lepas ni dah tak akan ada meeting dengan semua staff. Meeting ni pun terhasil sebab staff yang biasa masuk meeting complaint. "Cik puan boss, kenapa meeting asyik muka yang sama?. Asyik-asyik muka I, si polan, si polan...dan si polan".

Bagi aku, untuk jadi seorang boss, kita kadangkala perlu berada dalam situasi pekerja bawahan untuk dengar pandangan, dengar permasalahan, fahami situasi dan cuba selesaikan masalah. Bukan menambahkan beban staff dengan gaji yang ciput dan bekerja dalam tekanan/ad hoc/date line. Ad hoc dan date line yang aku maksudkan, memo/email keluar jam 4.00petang dan hantar report 4.30petang. So, siapkan kerja dalam 30minit bersama kekangan-kekangan lain. 

Yes, as a boss, you may said/order--"you have to send me a report by --time/date-- OR i want it NOW!!"
Then bila ada mistake/issue....staff disalahkan..padahal, staff buat mengikut arahan boss. Staff plak dah advise boss tentang perkara yang betul dan salah. Tapi boss berkeras untuk buat jugak. At the end, taik lempaq atas kepala staff. Then, function boss untuk apa?

Secara generalnya, aku dan kekawan mungkin kelihatan seperti pekerja tegar yang sering melawan arahan boss, tapiiiiii...

Ada tapinya, bila arahan boss tidak masuk akal dan lebih kepada emosi, tidak professional. Katanya pernah bekerja dalam bidang korporat, dan berpengalaman. Boss cuma pandai bercakap, yang buat kerja staff. Yang berdepan dengan masalah, staff. Yang selesaikan masalah, staff. Yang kena maki dengan parents, staff.

Pendek kata, semua staff. Boss boleh melarikan diri. ESCAPE. Keluar sana, keluar sini. Konon ada appointment. Staff kena obey dengan rules and regulation. 

Tapi boss??? Break the rules dan boleh buat sesuka hati. Then, as a boss, what do u expect from your staffs? Bak kata pepatah melayu, kalau nak ajar anak ketam berjalan lurus, ibu ketam kenalah berjalan lurus dulu. Ini, ibu ketam pun berjalan senget. 

Pada pendapat kami, sebagai pekerja yang ditindas, walaupun yang bekerja adalah fresh graduate dan tiada pengalaman, asal saja dia mahu belajar dan berusaha untuk melaksanakan tugas dengan sehabis baik adalah lebih bagus dari mereka yang berpengalaman bekerja dan hanya pandai berkata-kata. 

Jangan jadi  NATO--no action, talk only.

Mungkin aku sekadar eksekutif cabuk di sebuah company. Dan...pengalaman aku juga seciput gaji aku. Tapi sekurang-kurangnya aku bekerja dan bermula dari bawah. Sebab tu, aku cakap, kadangkala, sebagai boss, mereka perlu letakkan diri mereka sebagai orang bawahan kerana mereka yang jadi "boss" tidak bekerja dari bawah. Mereka tidak fahami apa yang pekerja bawahan alami. Kerja apa yang pekerja bawahan mereka buat.

Actually, sijil/diploma/ijazah etc hanyalah sekeping kertas untuk melayakkan seseorang. Tapi apa gunanya sijil/diploma/ijazah etc kalau tidak menggunakan akal dan tidak bijak membuat keputusan. Tetap nampak ada kebodohan jugak.  

Aku mulakan kerja sebagai kerani HR di dua buah company yang berbeza selepas abis diploma. Dan kemudian kerja sebagai eksekutif di bidang perbankan setelah berijazah. Walaupun bekerja hanya sementara akibat melarikan diri (sektor perbankan). Tak tahan beb. Malah, aku tak masukkan pun pengalaman di bank dalam resume aku. Sebab, aku yang bertanggungjawab atas apa yang aku lakukan. 

Kenapa aku sanggup melarikan diri dari bekerja di sebuah bank dengan gaji yang baik? 

Jawapannya, kerana aku sangat tidak mampu bertahan dengan situasi politik kerja dan situasi kerja yang sangat tidak kondusif. 

Di sini, aku mampu bertahan walaupun kerja nya macam gampang, tapi sangat mencabar. Sangat!!

Mencabar minda dan akal fikiran yang waras. Surely ada yang kata, kalau dah macam tu jangan komplen!! 

Masalahnya, lately aje environment, tukang ampu boss dan politik di tempat kerja oleh orang-orang tertentu macam gampang walaupun kerja sama aje. Tapi, hebatnya, kami di sini bekerja macam adik beradik. Stress? YES memang stress tapi kami masih lagi boleh berdepan dengan date line/ad hoc task/kerja kelam kelibut macam orang gila... dan... lagi satu cara hilangkan stress, gunakan medium social network sebagai cara melampiaskan amarah, stress dan segala meroyan.

Bebanan kerja boleh lagi bertahan, cuma bekertahanan kerja dengan boss yang suka buat pandai dan bagi arahan yang tidak mengikut akal fikiran yang waras membuatkan semua staff frust!! At last, dia pun tak ada jalan penyelesaian. Dan....staff juga selesaikan.

Again....jangan jadi NATO!!

Sebagai seorang boss, anda perlu fikirkan tentang turn over pekerja. Apa jadi sekiranya turn over pekerja terlalu tinggi untuk setiap tahun? Maybe sebagai boss, anda boleh bercakap begini, "when one monkey left the company, I can get 10 monkeys more". Terus staff disamakan dengan monyet. Huh!!

Memang sebagai boss, anda memikirkan akan mendapat 10 orang lagi untuk menggantikan tempat staff anda, tapi adakah yang datang dapat maintain kerja yang sediaada, dapat adapt dengan situasi dan workload  yang ada, dapat tahan maki dan terkejar ke sana ke sini?

Fikirkan la sendiri wahai boss. Jangan jadi boss kalau orang bawahan yang terpaksa pantau kerja boss. Eh? terbalik kod!! Jangan jadi boss kalau campurkan hal kerja dan personal sekaligus. Professional konon!! Jangan jadi boss kalau hang cuma duduk tang situ...lepas tu tai chi kerja. Jangan jadi boss kalau asyik blame staff kemudian staff sama staff mempertahankan kerja mereka, sedangkan boss lepas tangan. Jangan jadi boss, kalau bagi arahan, tapi hang tak tau arahan hang masuk akal atau relevan tak dengan kerja hang sekarang. Jangan jadi boss, kalau hang nak bandingkan tempat kerja lama dengan tempat kerja baru, kalau hang tak boleh buat pembaharuan. Jangan jadi boss, kalau hang menipu dan cakap seperti tong kosong. Jangan jadi boss kalau kena gertak dengan staff pun jadi senggal.


Jangan jadi Boss kalau sentiasa emosi dan tersangat fukirista!!!!

At last, ending meeting semalam. 
Staffs : "miss boss, you tunggu sehingga hujung tahun ni, kalau masih tiada apa-apa perubahan, next year, you akan dapat staff baru". 
Miss boss : "why?"
Staffs : "semua akan berhenti kalau sama aje".

Gulp...miss boss hanya mampu telan air liur.

Kesimpulannya, tidak mudah menjadi seorang BOSS!! bunyi mungkin bagus, so, kerja pun kena bagus dan tip top. Jangan bunyi aje bagus, tapi kerja macam sampah!! 

Aku lagi respect pada mereka yang tiada sebarang  kelayakan sama ada sijil/diploma/master/phd etc tapi mampu menjadi boss yang bagus. Mampu mengawal staff, mampu membawa pembaharuan, mampu bekerja bersama staff, mampu mempertahankan staff, mampu menjaga kebajikan staff, mampu berkomunikasi dengan staff, mampu menyelesaikan masalah berkaitan kerja/staff, mampu membuat keputusan yang bijak dan mampu untuk bersuara dan menegakkan keadilan staff dan pelbagai perkara demi memperjuangkan staff.


p/s:: kami bekerja secara berdikari dan bekerja tanpa pengawasan sebab boss tak pernah amik peduli. yang penting sale...........dan, kami hanya tunggu sehingga hujung tahun ini sebab sekarang, company telah diambil alih oleh badan berkanun. So, kita tunggu la. 

Jangan tanya pasal increment atau bonus, kerana kami TIDAK PERNAH merasa. Gaji lambat? Owh sudah biasa, so jarang melatah. Kalau awal bulan pun belum masuk gaji, gunakanlah saki baki gaji yang ada walaupun tinggal syiling. Claim?? bulan ni hantar, tunggu lagi 5-6 bulan baru approve. Itupun kalau dapat. silap-silap dapat surat amaran/penjelasan dari HQ kenapa tak dapat claim.... Belum lagi hal kerja lebih masa atau bekerja pada hujung minggu. 







4 comments: