~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Tuesday 6 November 2012

"Harta", usahlah dibandingkan...




Budak kecik dah cecah umur 1 tahun 10 bulan. Alhamdulillah kerana menganugerahkan "harta" untuk kami. 

Bila bercakap hal budak, especially toddler, (nanti anak dah sekolah, bandingkan keputusan periksa plakss) pasti ada yang membandingkan dan bertanya tentang perkembangan Zara. Honestly, Zara membesar sama seperti anak yang lain. Adakala, meragam, kurang sihat, banyak akal, buat mommy sentiasa senyum..kadangkala buat mommy marah etc.

Bagi aku perkara normal. Anak-anak akan membesar mengikut perkembangan, persekitaran dan cara didikan. So, tak usah la membanding..."eh, anak hang dah boleh buat apa? anak aku dah boleh bla...bla...blaaa~ ~".

Pada aku perkara begini tak perlu berlaku, kerana perkembangan anak-anak adalah normal. Ada setengah budak berjalan dulu, then baru tumbuh gigi. Ada setengah budak, rambut dah panjang lebat, dan setengah budak, rambut dok lagu tu jugak. Macam Zara :)

Tapi pada aku itu bukan perkara besar, walau kadang-kadang aku ada gak bercakap pada Zara, "rambut tak naik lagi...tapi tak pa..ni rambut halus..nanti dah besar naik la tu".

Pada aku, parents yang selalu membandingkan anak dia dengan anak orang lain adalah parents yang tidak menerima apa jua kemampuan anak dia. 

soalan : kenapa kita perlu membandingkan anak kita dengan anak orang lain? 
jawapan : supaya nampak anak kita lebih hebat atau gah?
kesimpulan : sangat tidak masuk akal kerana kebolehan anak berlaku mengikut perkembangan usia.

soalan : kenapa kita perlu bercerita itu ini mengenai kehebatan/kemampuan anak kita?
jawapan : supaya orang lain mula merasakan kekurangan pada anak mereka.
kesimpulan : jangan risau kerana perkembangan dan tumbesaran anak-anak adalah berbeza

soalan : kenapa kita perlu bertanya kemampuan/kebolehan anak orang lain?
jawapan : konon, untuk nampak kita terlalu concern. padahal kita saja nak busy body dan nak membandingkan.
kesimpulan : sangat buang masa. lebih baik tanya, "anak ang sihat ke atau comelnya anak ang?" kan lebih baik bertanya khabar dan memuji sebab anak-anak ni, muka depa memang bersih dan sejuk mata memandang kerana depa ni masih suci dari sebarang dosa.

soalan : kenapa kita mesti menyatakan kelemahan anak orang lain. cth: "laa..anak ang tak boleh berjalan lagi ke?anak aku dah berjogging pun".
jawapan : saja nak cakap, awat anak ang "slow atau lemmmb.. sesangat?"
kesimpulan : kau yang bodoh sebab ilmu belum cukup di dada, tapi sentiasa nak condemn orang. motif? so, kita dapatkan nasihat orang yang lebih arif dan membina pendapatnya.


Dan yang paling penting, tak perlu nak membandingkan anak kita dengan anak orang lain kerana kita sebagai ibu bapa lebih tahu tentang perkembangan dan kebolehan anak kita. Unless kalau dari pemerhatian kita, kita dah tahu anak kita agak slow based on umur dan perkembangan mengikut usia, memang kita patut risau dan cepat-cepat dapatkan nasihat professional okay..jangan dok p tala kat dukun, pawang dan sebagainya.

Contoh, dalam usia anak dah cecah 1 tahun, sepatutnya anak dah boleh berjalan, tapi belum berjalan. So, kena cepat-cepat lakukan sesuatu. 

Alhamdulillah, setakat ni perkembangan Zara sangat memuaskan dan aku belum berhadapan dengan sebarang masalah. Malah Zara mampu buat mommy pening sebab sekarang Zara dah boleh bercakap walaupun ada pelatnya. Malah dah pandai pilih baju sendiri untuk dipakai. Kalau shopping, dah pandai pilih baju yang berkenan di hati dan lepas tu minta mommy atau abah bayarkan. Dengan alasan, "Aa, adak uwit" (Zara tak dak duit).

Zara juga tidak berhadapan dengan kesihatan yang teruk-teruk. Setakat demam-demam biasa, perkara normal. Alhamdulillah. Bagi susu apa pun minum. (hal ni terjadi bila kes mommy lupa bawa balik susu formula kalau balik kampung. sebab Zara menyusu badan, so, mommy macam suka sangat lupa). Sebab mommy tau, Zara selalu minum susu formula untuk melepaskan gian aje. Lepas tu, dia akan menyusu badan.

Next phase, mommy kena fikir cara untuk wean off breastfed sebab target mommy untuk susukan Zara sehingga 2 tahun bakal berakhir. Walaupun mommy tak mampu nak fully breastfed Zara, mommy akur dan tetap bersyukur kerana Allah tetap berikan Zara rezeki. (masa mengandung dulu sangat berazam nak fully breastfed tapi tak mampu, so bersyukur aje dengan rezeki anak). AMIN

Apa yang penting, sebagai ibu bapa, kita perlu yakin dengan kemampuan anak kita dan berbangga dengan kemampuan anak kita. TAPI....jangan sampai orang naik meluat sebab sikit-sikit anak kau aje yang hebat jah!! So, yakin dan berbangga lah dengan anugerah Allah. (peringatan untuk diri sendiri dan minta dijauhkan dari sikap takbur).

Malah, aku juga masih terus berusaha memenuhi ilmu di dada dalam perkembangan dan pembentukan sahsiah anak. Tidak semua orang sempurna, tapi tidak salah jika kita berusaha mencuba dan mencari kesempurnaan. Jom kita sama-sama, membentuk dan berkongsi ilmu tentang ilmu keibubapaan. Sharing is caring :)

Perbandingan yang positive adalah baik untuk memotivasikan diri, 
...............dan perbandingan yang negative buat kita sesak. Last-last, "ada aku kisah?"


p/s::Semoga Zara terus menjadi anak yang solehah dan mampu memikul tanggungjawab yang baik sebagai seorang anak dan muslimin.


No comments:

Post a Comment