~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Tuesday 23 October 2012

ex5 class vs honda c70

Assalamualaikum.

Coretan hari ni just nak sharing kisah aku. Di kalangan kita dugaan dan cabaran hidup adalah berbeza.

Itu lah kehidupan. Masing-masing ada hal atau perkara yang perlu ditempuh. Cuma bagaimana untuk kita mengawal keadaan pada waktu kejadian. >cewahhh pandai plak cakap, masa kejadian...mmmmmm :(<

Sepanjang aku kerja, apa aje yang belum aku tempoh. Rasa dah macam-macam dan dah tak sanggup. Dugaan Allah, kita tak tahu bila, di mana dan apa akan berlaku. Aku pernah kehilangan moto >keluar aje dari opis, after opis hour, tengok moto kat parking dah tak ada. P mana pulak, tak kan la bergerak sendiri? dok ingat colleague saja sabotaj...tapi memang realiti moto hilang<   :(

Pernah kena ragut, tapi peragut tak dapat apa-apa hasil sebab aku melawan, cuma tali handbag putus. Lepas balik, kena marah dengan abah sebab, abah kata, baik peragut tu amik beg dari jadi apa-apa yang tidak diingini. Betul juga. Kalau jadi apa-apa, tak kahwin la aku sekarang.

Keadaan di opis yang mana ada orang bermulut puaka, depan baik. Belakang Ya Rabbi. Biarlah. Sebab sejauh mana kita nak bagi orang sukakan kita, tetap ada slack yang buat orang tetap tak suka kita. Just ignore those people like this!!! Selagi kita buat apa yang kita rasa mampu buat, buat lah yang terbaik.

Then, cerita Jumaat lepas. Incik somi hantar aku p kerja. Tengah asyik masyuk bawa moto atas bridge, tetiba, moto stuck!!! Terus berhenti.

Bau, dah hangit semacam. Incik somi try jugak start balik moto. Ternyata cubaan dia tak berjaya. Tiada cara  lain, melainkan tolak. >Dalam hati. OMG, kena tolak moto? dengan berbaju kurung dan ber"heel", tapi apakan daya, nasib aku jenis manusia yang slamber. Follow aje la belakang dan laki aku menolak moto<

Dalam hati, dugaan apa lagi ni. Sudah la scooter nyamuk pun masuk bengkel jugak. Sekarang....ex5 pulak buat pasal. Sabar...sabar...sabar...Inilah dugaan.

Jauh jugak nak tolak moto. >bayangkan lepas dari pertengahan bridge menghala ke Georgetown, tapi memandangkan dari lorong tepi nak melintas ke lorong tengah menghala ke Georgetown adalah sangat mustahil sebab banyak kenderaan di pagi hari<

Maka, kami decide untuk menghala ke Gelugor. Tetiba ada sorang hamba Allah menegur dan bersedia untuk membantu. Alhamdulillah. Allah memberikan kita ujian, dan Allah tetap memberikan kita jalan keluar. Abang yang baik hati tolong kami, sanggup tolak moto, walaupun keadaan moto dia pun kurang baik. Tapi sedaya upaya dia membantu.

Bengkel moto memang tak buka lagi seawal pagi. So, sampai di satu selekoh, incik somi ingin menghulurkan sedikit duit sebagai balasan sebab abang tu dah menolong kami, tapi, dengan rendah diri, abang tu menolak dan beritahu dia menolong ikhlas lagi pun buat pahala di hari Jumaat. Dalam hati, aku berfikir, Ya Allah baik sungguh hambaMu.

Kedai moto jauh lagi, so, abang tu cakap, tak apa, dia tolak lagi memandangkan masih jauh. Incik somi cakap pada abang tu, "tak apa la, sebab abang pun nak p kerja, nanti lewat". Abang tu reply "takpa. saya nak tolong orang".

Dan, abang tu terus menolak moto kami >bayang kan menolak moto yang tidak mampu bergerak dengan muatan dua orang manusia dewasa di atas moto tersebut<

Sampai di lampu isyarat (memang dah dekat dengan bengkel), abang tu terus berlalu tanpa sapaan. Dan kami, tidak sempat pun nak ucapkan terima kasih. Ternyata, dia tersangat ikhlas menghulurkan bantuan.

Sampai bengkel, bengkel belum buka. Iya la..awal pagi lagi. So, mencanggung kami dua orang depan kedai moto. Then, incik somi dah bising cakap lapar. Apa lagi, dari dok menongkat dagu tunggu kedai moto buka, melintas la kami ke seberang jalan dengan mengusung helmet. >moto tinggal dibengkel sekejap<

Bersarapan lah dulu (sambil aku kalut called opis cakap kena amik EL).

Selepas makan, bila melintas semula ke bengkel moto, tengok kedai dah buka dan moto-moto dah bersusun. Moto kami?? Incik somi dah mula cuak. Aku?konon cool. Padahal risau gak mana la apek ni lempaq moto kami. :(

Rupanya moto kami pun disusun sama dengan geng-geng moto rosak. Fuhhh...selamat.

Bila dah apek moto tu belek-belek, ada kerosakan enjin apa ntah. Aku kurang arif. Moto kena tinggal bengkel. Tapi kami nak balik macam mana?? 

Incik somi p tanya apek, "moto boleh tinggal sini, tapi apa macam kita mau balik? Lu kasi moto pinjam la".

Apek moto reply, "ok, tapi lu kena kasi no ic/lesen sama cengkeram mau bayar moto la". Then, incik somi reply, "ok".

Apek bagi moto apa tau bagi pinjam? jeng...jeng

Moto honda c70. Serius old school gila. :) gelak mengekek kami dua orang. Tapi apa boleh buat.

Incik somi dah maintain duduk atas moto. Aku? dok terkulat-kulat lagi nak panjat moto. Bila dah naik moto, sudah!! kaki aku sebelah kanan nak letak mana plak. Sebab?? stand tak dak. Aduhhh...

Bila bagi tau incik somi, dia cakap.. "pandai-pandai lah.darurat ni". :(

Apek tu pesan lagi sebelum kami beredar. "Lu nanti jangan lupa isi minyak ooo, RM2 pun sulah cukup ma".

Berhenti di stesen minyak, pulak satu cerita. Kat mana kunci nak buka seat. Macam biasa kan tank minyak bawah seat. Punya la incik somi dok gelabah mencari sambil pusing satu moto. Sambil tu, pakcik stesen minyak tu boleh pulak tengok kami dengan sinisnya. Dan sambil perli bercakap.....

"Ni bukan tempat kunci nak buka ka? tak kan moto sendiri tak tau kot". Alamak ayat. Makan dalam jugak la.

Incik somi reply, "mana saya nak tau pakcik, bukan moto saya". Takkan pulak nak grand-mother story kat pakcik dari A-Z kan? Pakcik pun, jangan la menilai orang dengan pandangan sinis sangat.

"Nak isi berapa?". Incik somi reply "RM2".

Cukup la kan RM2, isi minyak moto je pun, tak kan nak isi sampai rm20-30 kot. Agak-agak la kan. Pakcik stesen minyak masih pandang sinis.

Lepas isi minyak, perjalanan bermula. Dan aku?

Dengan berbaju kurung, tudia angkat kaki letak kt engkol starter moto (jangan tanya macam mana aku buat, melainkan hampa rasa sendiri) memandangkan pedal untuk letak kaki tak ada. Lenguh???? Jangan cakap la...

Cuba hampa bayangkan pandangan dari belakang. Seorang perempuan memakai baju kurung dan sebelah dari kakinya terangkat tinggi sikit ke atas. Sambil kekadang, melepaskan kaki tergantung ke bawah dengan rasa lenguh. Lucu kan bila lihat pandangan dari belakang. Aku yang rasa, jangan tanya la. Dengan nak tergelak, sedih dan lenguh. Segalanya bercampur baur.

Akhirnya, kami sampai juga di rumah dengan selamatnya.

Mmmmmm...begitu la ceritanya. Pengalaman yang kadang-kadang buat kita rasa sakit, rasa down, rasa happy dan rasa mencabar. Inilah hidup.

No comments:

Post a Comment