~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 10 May 2012

Syukur



setiap manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri/suami dan anak yang baik.

Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha. AMIN


Sebelum aku terjumpa petikan ni, terus terang aku katakan, aku sentiasa merungut tentang sesuatu. Tapi, sesungguhnya petikan ni betul-betul membuka mata dan minda aku untuk terus bersemangat dan sentiasa berfikir positif.

Sebab tu, ada yang cakap "ulat dalam batu pun boleh hidup", ni maknanya--setiap yang bernyawa, pasti sudah ditentukan rezekinya oleh Allah. Jadi tiada istilah mengeluh atau merungut tentang rezeki kerana rezeki kita dalam pelbagai bentuk dan cara.

Alhamdullillah sebab rezeki yang dijanjikan oleh Allah adalah dalam pelbagai bentuk dan cara. Tidak semestinya dalam wang ringgit $$$$. Kini, aku lebih bersyukur kerana rezeki kami sekeluarga adalah dalam bentuk kesihatan yang baik, kebahagiaan >gaduh-gaduh manja tetap ada<, kami juga dikurniakan rezeki yang paling berharga iaitu kehadiran Zara--alhamdulillah, dia membesar dalam keadaan terurus dan membesar sama seperti anak-anak lain. Malah kehadiran Zara buatkan kami berdua lebih bersabar dan semakin berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

Alhamdulillah juga kerana kami diberikan kesihatan yang baik >sakit-sakit biasa seperti deman dan selsema, biasalah<, ketenteraman jiwa dan perkara-perkara lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tidak semestinya mereka yang naik kereta besar, rumah besar dan duit yang banyak itu bahagia dan tenteram jiwanya. Jadi sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah.

Sentiasa ingat setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan. Sebagai manusia juga, kita perlu tahu bahawa setiap manusia itu pasti akan lebih satu, dan kurang satu.

Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu. Amin

Sekian







No comments:

Post a Comment