~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 4 April 2013

Run A Way Project is on the way :)

Assalamualaikum dan Hiiiiii....
Inilah langkah kami. Tiada lagi langkah ke belakang.
Takut kena #pancung# ngeri

Entry kali ni nak highlight sikit berkenaan "Ratu Ayshaa"

Terwujudnya Ratu Ayshaa adalah secara kebetulan di mana aku dan anak sedara (sebelah suami) memikirkan apakah bisnes yang boleh kami buat. Tetiba, "ting...ting" (sambil petik jari).

Butik!!!

Kemudian, kami plan untuk bagi nama yang sesuai untuk butik. Terwujudnya nama "Ratu Ayshaa" adalah dedikasi nama tersebut kepada arwah mentua dan maktok mereka "Hajjah Siti Aishah". Tapi untuk membuka sebuah butik, nama komersial diperlukan dan kami ubah sedikit ejaan "Aishah" kepada "Ayshaa".

Lepas dah terfikir untuk buka butik, dapat nama yang sesuai, kami terus cari masa untuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk buat pendaftaran syarikat.

Sebab apa-apa perancangan, daftar niaga tersebut sangat penting.

Kemudian, terus aku terfikir untuk ada logo yang sesuai. Idea terus mencurah-curah. Dan, tercurahnya logo (aku buat-buat macam pandai aje design logo. Iya la, budget belum banyak untuk minta designer design). 

Hasilnya,
First Design

Second Design

Third Design

Fourth Design dan diguna pakai

Fifth Design with Registration No dan diguna pakai juga
Lepas daftar aje SSM dan dalam minggu yang sama juga, kami terus travel ke Kuala Lumpur untuk cari stok dan kami cuma ambil dalam kuantiti yang kecil dulu sebab nak "test market".

Mr. Lovely driver yang harus drive kami ke KL. TQ

budak terlentok sebab keletihan ikot mak pak dia. kesian..kesian
Untuk first batch, stok agak terhad. So, nantikan stock untuk batch-batch seterusnya. Buat sementara waktu, kami hanya beroperasi secara maya, online/offline dulu. Then, next plan untuk buka butik. Nantikan sebab segalanya perlu diwar-warkan kemudian. Butik Ratu Ayshaa is on the way.

Kami menumpukan pada koleksi pakaian wanita, aksesori, tudung, shawl, telekung dan barangan lain yang relevan.

Kami juga dalam perancangan untuk menghasilkan pakaian, tudung, telekung atas jenama kami sendiri, "Ratu Ayshaa". So, nantikan.

Semoga Allah memberkati hasil usaha kami.

Antara koleksi buat masa ini;





Tunggu next update berkenaan pembikinan butik pula :)

Amin, semoga segalanya berjalan lancar. Tidak boleh menoleh ke belakang dan masa untuk terus maju ke hadapan. Takut kena #pancung# ngeri.


Bila berjumpa dengan pemenang Anugerah Jutawan Muda 2012, Saudara Han Lee yang baru berusia 19thn. Menjadi konsultan/coach kepada para usahawan.


Kata beliau, "walaupun saya sgt "selamber" sbb mungkin usia yg masih muda, tapi cara yang "gila-gila" dan bersahaja inilah yg membuatkan saya berjaya."


So, utk buat bisnes, cara mengendalikan perniagaan perlu serius, tp cara berurusan sama ada dengan pelanggan/supplier perlu "selamber" dan bersahaja. 


:mode: semangat tengah membara dan hilang sedikit malu (walaupun mula-mula rasa tebal muka)

Lepas ni kena fikir interior dan dekorasi butik, collection terkini dan lain-lain hal yang berkaitan. chaiyok!!!!!
Semoga segalanya barakah :)

4 comments: