~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday 7 December 2012

Turn TWO soon!!!

5 Disember 2012 - Rabu ~~ usia Zara Amala Binti Muhammad Syafiq sudah mencecah 1 tahun 11 bulan. Sekejap aje masa berlalu. Masih terasa aura mengandung dan melahirkan Zara. Mommy masih terasa betapa lembutnya seorang bayi untuk disentuh dan dibelai untuk kali pertama.

Ternyata, sangat sukar dilupakan dan masih segar! Sangat tersentuh dan jatuhnya air mata seorang ibu dan naluri seorang ibu terus terbit secara jujur dan hakiki. Sangat Ikhlas!! 

Mommy masih terasa air mata yang suam mengalir tak kala, kamu; Zara diletakkan di sebelah mommy. Air mata seorang ibu. Ya Allah, saat yang tidak dilupakan :)

And time flies. Next year Jan 2013, genaplah usia Zara 2 tahun. Alhamdulillah, dalam usia Zara sekarang, dia sudah mampu berdikari, mampu sudah baca doa makan, doa tidur dan i'Allah; doa-doa lain akan mommy ajar nanti.

Kamu, semakin membesar, tapi; mommy masih merasakan kamu masih bayi dengan tapak kaki kamu yang sebesar hanya 2 jari. Kini, kaki kamu sudah melangkah laju dan aktif bergerak.

Zara dah tahu apa itu ABC walaupun tunggang langgang. Tapi tak kisah la. Dalam usia macam ni, walau tunggang langgang, dia tahu apa itu ABC dan dah boleh kenal image bila disoal.

Dan, alhamdulillah jugak number 1-10 pun dah tahu. Bahasa Melayu dan Inggeris. Tapi kadang-kadang masih ada tunggang langgang jugak. 

Zara juga sudah boleh jadi peneman pada mommy dan kadang-kadang selalu teman maklang dia keluar. Zara dah boleh dibuat kawan untuk ke mana aje. Tiada lagi gundah gulana di hati mommy. Zara juga sudah boleh dibuat kawan dan teman berbicara. 

Teman abah? Belum lagi sebab mommy tak harap =p

Masuk usia 2 tahun,  mommy kena fikir cara untuk wean off Breastfeeding pada Zara. Alhamdulillah, mommy mampu susukan Zara walaupun tak fully BF. Susu mak dan susu lembu sama banyak masuk dalam perut Zara :)

Tak kisah la apa pun kaedah yang diberikan selagi seseorang itu bernama ibu/bapa, selagi itulah usaha untuk memberi makan pada anak tetap dilaksanakan. Tak kan sangat sampai hati untuk biarkan anak kelaparan. So, apa saja alternatif yang perlu untuk isi perut anak, I'Allah akan diusahakan selagi ia HALAL.

Alhamdulillah jugak, Zara tidak berdepan dengan sebarang masalah yang buat hati mommy runsing. Setakat demam-demam, batuk, selsema etc ada la. Dan mommy berdoa agar Allah permudahkan segala jalan yang baik untuk Zara.




Last but not least, mommy doakan Zara menjadi anak yang baik, solehah. Dan segalanya yang terbaik. Sekiranya tidak mampu menjadi insan terbaik di mata masyarakat, mommy berdoa Zara menjadi umat terbaik di sisi Allah. Amin


p/s: Bukan aku aje, semua mak bapak akan lakukan dan mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Aku sangat percaya itu!!!

No comments:

Post a Comment