~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 12 January 2012

Baby Learning

salam,
Entry kali ditulis sebab nak share beberapa info berguna dgn parents tentang pembelajaran bayi. Aku tidak la terlalu pandai dalam hal-hal ni, tapi maybe sebab aku rajin search dan explorer segala benda pasal parenting, so; i think its good if i can share the knowledge about parenting with u guys. Sharing is caring. Apa yg kita tahu, kita share.Malah aku pun masih mencari dan mendalami ilmu keibubapaan.
Jom kita masuk bab2 "baby learning" ni.
Untuk para ibu bapa, sometimes bila kita tgk bayi kita just berbaring, berimaginasi (senyum/cakap "jerman" sorg) dan macam-macam feel..jangan terlalu risau. When she/he sticks out his tongue, actually its not for fun (utk kita yg mendengar-aku sangat pasti kita tersangat lah terhibur). Bila bayi kita buat macam tu, dia bukan sedang bermain atau sesaja nk goofing--actually bayi kita tengah belajar!!!. Secara normalnya, ia adalah proses pembentukan minda (brains development) dalam tempoh usia 12 bulan pertama, kemudian ia akn diserap masuk ke otak bayi sebagai new skill atau pemahaman mereka dari interaksi bayi dengan parents (kita lah tu) dan keadaan sekeliling mereka.
Bagaimana bayi kita belajar
Hurm, dulu aku pun tertanya-tanya soalan yang sama --"bagaimana baby belajar". Sekarang aku dah mula tahu yang baby belajar menggunakan segala deria yg mereka ada. Kira macam instinct mereka la. Malahan mereka sudah mula belajar since mereka dari dlm mommy's belly lagi.  Sebab tu dalam islam ada garis panduan/amalan utk ibu mengandung. Tapi sekarang kita nak kongsi ttg perihal pembelajaran bayi. Bayi belajar melalui;
Pendengaran : actually dalam Islam ada menyatakan yang suara ibu adalah suara yg paling merdu utk bayi kita (so, to all moms--do not worry about picthing..suara ala2 katak ke..sbb baby kita memang akn suka dengar suara kita--hahaha). Malah apa yg kita cakap merupakan ilmu utk dia (so, kena la ckp elok2)--so, kita kena la concern tentang banyak perkara bila bercakap --how language works, apa maksud perkataan yg kita cakap, bagaiman berinteraksi dan macam-macam lagi. Since baby prefers the voices of people she/he cares about to those of strangers, so semua ayat/perkataan yg kita cakap adalah "great power to teach". Betapa powernye kita sebagai ibu bapa kan?
Pemerhatian :  babies watching the world go by -- tapi bukanlah nak suruh pusing satu dunia semata-mata nk ajar anak kita--tapi kalau mampu apa salahnye. Malah, masa kita dalam kereta, kedai runcit sekali pun; bayi kita masih belajar. Macam mana dia belajar? Tak la maknanye kalau kt kedai runcit dia belajar cara nk membeli barang bagai--tapi bayi kita belajar dalam sense diaorg seperti bentuk, warna, dan macam-macam lagi. Kemudian mereka berimaginasi tentang perkara tersebut dan bagaimana ia bertindak balas dengan pemikiran mereka.
Sentuhan : kita selalu tengok baby kita suka mengutip barang-barang esp yg bersepah kt lantai atau mana saja. Bayi akan amik, pegang, belek-belek, goncang-goncang, masukkan dalam mulut (ni yang paling mommy risau--kena selalu perhati sebab kadan-kadang benda yang diorg masukkan dalam mulut maybe berbahaya atau sebagainya). Sebenarnya, apa yang kita tengok adalah perkara biasa pada bayi sebab ini lah cara mereka belajar mengenai sesuatu objek seawal usia mereka 1 bulan lagi. Mereka cenderung untuk nak tahu bagaimana objek tu kelihatan, rasa, berbunyi, bau dan rasa. Mereka juga mula nk tahu bagaimana ia berfungsi (does it make a funny noise when it's shaken or what?)--sebab tu, kalau kita bagi something yang berbunyi, kalau menarik perhatian diaorg--diorng akan senyum, gelak etc dan diorg juga belajar perbezaan sesuatu barang (macam kalau sentuh metal-- they will feel colder and smoother than wood) -- macam Zara pernah sekali dia tersentuh benda panas--then sekarang bila tunjuk benda yang sama, memang dia xsentuh sebab dia tahu yg benda tu panas.
Bermain : Salah satu cara pembelajaran bayi adalah dengan bermain. Picking up blocks, shaking a rattle etc. Actually, perkara-perkara ni sangat menghiburkan mereka dan ia adalah penggalak utama kepada minda bayi. 
Time Out : Actually, downtime is crucial to a baby's development. Disebabkan ia penting untuk perkembangan bayi, So, bayi memerlukan masa untuk setiap perkara baru. Terutama dalam first few months.


Peranan kita sebagai ibubapa : Sebenarnya ada pelbagai cara utk meningkatkan pembelajaran bayi (just bear in mind--there are no educational videos or special tools necessary!!)

  • Bercakap tentang apa yg kita sedang nampak dan kita buat :: sampaikan maklumat yg kita nampak dan kita buat ("Sekarang kita dalam kereta, mommy npk ada lori warna merah"). Mungkin ia nampak simple bagi kita, tp ini lah cara utk stimulate baby's brain, membantu baby belajar/bahasa--yang kita gunakan--terpulang sama ada kita nk cpk melayu, english, chinese etc) dan dalam masa yang sama ia menunjukkan perhubungan antara perkataan dengan objek tersebut. Petua dia:: jgn rasa malu -- because it may seen like we are talking to ourselves, but hanging on every word.
  • Perbualan :: cuba biarkan baby kita bercakap juga. Tindakbalas mereka mungkin hanya tersenyum atau bercakap ikut bahasa mereka--macam Zara selalu ckp bahasa "Jerman",  malah bayi yang berusia seawal 3 bulan sudah mampu memahami apa yg kita cuba sampaikan. Even masa kita nk tukar diaper baby pun, kita leh mula kan conversation (cakap la apa pun tp biar la berkaitan - "mommy kena salin diaper, sebab sayang kencing" etc). Simple conversation pun masih membantu dalam perkembangan minda bayi. 
  • Membaca bersama :: BUKU adalah benda yang menarik utk dikenalkan pada bayi (color yg menarik, bukan jenis yg kertas--sebab baby suka mengunyah dan masukkan dlm mulut) dan melalui buku, ia mengajar bayi kita pelbagai perkataan. Dengan membaca bersama, bayi kita akan tahu bagaimana sebuah buku bertindak, maksudnya dari sebuah buku--mengandungi sebuah cerita --beginning, middle and end of story). Pastikan jangka masa utk membaca tidak terlalu lama--sebab bayi hanya blh bertahan selama lebih kurang 5-10min je--aku tgk zara--macam cepat bosan gk, so kena tukar buku lain plak then aku suka biarkan zara main-main dengan buku dia --baby belajar dengan cara menyentuh juga mendengar.
"My baby loves it when I fold clothes on her tummy and talk to her about them. She gets to feel the different textures, and I actually get the laundry done  -- even if it's not the quickest way to do it."
 -- Lani Axman, Springville, UT

  • Rutin Harian :: lakukan sebagai rutin, sebab dengan cara ni bayi kita belajar utk organize, membuatkan mereka selamat dan bijak!! (pagi :: breakfast, mandi - hias/dandan elok-elok etc). Tapi--sekiranya ada sedikit perubahan--kita just beritahu dan explain "hari ni Zara kena cucuk vaccine for 12months. Zara is going with abah--so make sure Zara behave yourself ye!!coz mommy not with u". 
  • Biarkan bayi kita meneroka :: memandangkan bayi belajar melalui permainan, so, why not kita biarkan mereka meneroka ikut cara mereka. Tidak semestinya kita perlu belikan bayi kita dengan macam-macam toys even a wooden spoon is as fun as something yg kita beli di toy store. Cuma make sure, bayi kita didedahkan dengan pelbagai object  yang selamat plus differenct textures and functions that she can experiment with. Biarkan dia -- dan bayi kita akan have more fun with that way--macam anak mat salleh--uiishhh, mommy feeling ala mat salleh mom gitu..hahhahah
Cuba plak pembelajaran dengan permainan yg mudah dan menarik!!!dengan cara ni, kita ajar anak kita cause and effect, memory skills and also social skills. Dengan cara usapan pada bayi, sentuhan lembut pada bayi, tepuk tangan,  pillow play (normally, kita org melayu neh, org tua-tua xbagi main kusyen/ bantal --pantang), main nyorok-nyorok (permainan ni leh develop memory skill jugak).

"Clap your hands, one, two, three
Play a clapping game with me
Now your hands have gone away
Find your hands so we can play!"
lepas nyanyi lagi ni, sorok tangan kita dalam blanket ke apa. then suruh baby kita cari
Secara ringkasnya, boleh la kita katakan yang keluarga adalah mereka-mereka yang membekalkan great education for baby--especially parent. Malah, bayi kita TIDAK memerlukan segala permainan yang mahal atau any advanced class utk belajar tentang perkara yang patut bayi kita belajar--even object disekeliling rumah kita sudah sangat membantu utk membentuk perkembangan minda bayi. Kita sebagai ibu bapa adalah guru utama dan nadi kepada pembelajaran anak (cewahhh--ayat) dan boleh aku cakap kat sini, baby's classroom adalah di mana dia berada dan apakah ilmu yang kita bekalkan.

No comments:

Post a Comment