Setiap ibubapa mahu anak yang
soleh/solehah,
Tapi bagaimana
ajaran yang dibawa mereka.
Setiap ibubapa
mahu anak yang cerdik pandai,
Tapi bagaimana
didikan yang diberikan.
Setiap ibubapa
mahu anak yang beradap dan sopan,
Tapi bagaiman cara
asuhan yang diajarkan.
Setiap ibubapa
mahu anak yang bijak berkata-kata,
Tapi bagaimana
cara elok peribahasa.
Setiap ibubapa
mahu anak yang mendengar kata,
Tapi bagaimana
cara pesanannya.
Setiap ibubapa
mahu anak yang lestari jiwanya.
Tapi bagaimana
cara telus ajarannya.
Setiap ibubapa mahu terasuh minda anaknya,
Tapi bagaimana cara adaptasi mindanya.
_____________________________________________________________
Jika mahu soleh/solehah anaknya,
Ajarkannya tentang ilmu agama.
Jika mahu anak yang cerdik pandai pemikirannya,
Didik anak dengan pengetahuan dunia dan akhirat sedalam-dalamnya.
Jika mahu beradap dan sopan anaknya,
Asuhankan dia dengan budi pekerti mulia.
Jika mahu anak bijak berkata-kata,
Peliharalah setiap tutur kata.
Jika mahu anak mendengar kata,
Sampaikan pesan yang seindah bahasa.
Jika mahu anak mendengar kata,
Sampaikan pesan yang seindah bahasa.
Jika mahu lestari jiwa anaknya,
Terapkan nilai rohani dan jasmani yang mulia.
Jika mahu terasuh minda anaknya.
Jagalah setiap tutur bicara, pelihara setiap bual bicara dan harmonikan setiap perkara di minda.
___________________________________________
Apa pun jua caranya, setiap ibubapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jika elok cara didikannya, maka elok juga hasilnya.
Saya tidaklah pandai dalam hal keibubapaan, tetapi bila ada pesanan dari orang yang lebih berpengalaman, saya jadi terfikir sendiri apa yang ibubapa mahukan dari anak masing-masing.
Bagi ibubapa yang telah berjaya melihat kejayaan anak-anak masing, mungkin ia hasil dari didikan yang betul dan rezeki Allah.
Tapi bagi ibubapa yang tidak berhasil melihat kejayaan anak-anak, mungkin ada silapnya dan sukar dibendung malah ia juga rezeki Allah kerana Allah lebih mengetahui segalanya.

Harapan itu satu impian,
Didikan itu satu tanggungjawab
dan
Melaksanakannya satu amanah
No comments:
Post a Comment