~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday, 10 February 2012

Tribute kepada arwah mak mentua

Assalamualaikum...

Hari ni 10 Februari 2012--genap 3 tahun pemergian mak mentua aku. 

Banyak kenangan bersamanya. Walaupun waktu itu, aku belum lagi bergelar menantu kepada arwah, tetapi kami masih boleh menghabiskan waktu bersama. 

Mengimbau kembali kenangan bersama arwah, mungkin ianya sukar di bentangkan dengan kata-kata kerana ia adalah perhubungan yg terus tercetus dari hati. Kami pernah pergi bercuti bersama, makan berkongsi pinggan dan sebagainya. Segalanya berlaku suatu waktu dan aku belum lagi menantu beliau.

Beliau meninggalkan alam yang fana ini, kerana kanser usus. Aku melihat sendiri penderitaan beliau. Malah aku juga pernah menemani beliau sewaktu menjalani kimioterapi. Aku melihat bagaimana arwah letih lepas menjalani kimioterapi, bagaimana arwah tidak lalu makan selepas menjalani kimioterapi.

Tapi, arwah sangat kuat semangat sewaktu menjalani hari-hari beliau. Tidak sedikit pun beliau merungut malah semakin kuat semangat. Malah beliau masih boleh memandu ke sana ke sini. Ternyata beliau "kuat".

Aku sebagai menantu
--Benar, aku tidak terlalu mengenali beliau secara rapat, tapi kami tetap pernah bersama melalukan pelbagai aktiviti. 

--Benar, aku tidak terlalu akrab dengan beliau -- tapi cukup bagi aku untuk mengimbau segala kenangan bersama beliau.

--Benar, aku tidak bergelar menantu beliau ketika itu -- tapi cukup untuk aku merasai nilai kasih sayangnya.

Benar, aku tidak pernah duduk di dapur memasak bersamanya -- tapi cukup bila kami pernah makan sepinggan walau sepinggan mee goreng.


Zara Amala--cucu arwah
--kisah seorang bayi yang dilahirkan tanpa pernah melihat dan menerima sentuhan air tangan maktok kulim. Tapi syukur masih ada gambar untuk budak kecik mengenali arwah maktok kulim. Kami tidak pernah lupa bercerita tentang kisah maktok kulim. Malah kami bawa juga Zara untuk melihat kubur dan sentiasa berpesan pada anak ini supaya sentiasa berdoa dan mengingati maktok kulim. 

--Jika maktok kulim masih ada, pasti beliau gembira melihat telatah Zara yang semakin membesar. Telatah Zara yang suka berceloteh walau sepatah perkataan tidak di fahami.

--Jika maktok kulim masih ada, pasti beliau terhibur melihat Zara berlari dan berjalan ke sana ke sini. Telatah Zara memanjat sofa, bermain masak-masak, bermain patung.


Segalanya kenangan, kini beliau tiada lagi. Namun segala kenangan bersama beliau tetap segar di ingatan. Semoga doa untuk arwah dari menantu dan cucu yang tidak sempat menerima seluruh kasih sayang nya tetap sampai kepada arwah.

Semoga ALLAH memberikan syurga Jannah utk arwah. Semoga ALLAH menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman. AMIN



AL-FATIHAH




No comments:

Post a Comment