~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday, 30 August 2012

mentua vs. menantu

Assalamualaikum....hi :)



Sekadar berkongsi pendapat tentang mentua vs. menantu.

Cover story nya..kisah mentua dan menantu..(Jgn plak nanti ada yang cakap, kau apa tau sebab kau mana ada mentua--adess.pedih ya ayat itu!!)

Okay..pernah tak angpa semua tengok cerita mentua vs.menantu lakonan Erra Fazira dan Akasyah di Astro Ria sekitar 2009-2010 kot (agaknya sebab lupa-ingat2 lepas aku abis belajar U dl). Konflik betul cerita tu.

Biasanya, masalah akan timbul apabila menantu perempuan dan mak mentua tinggal satu rumah *sangat klise kisahnya*.. Memang sudah sebati dan sejak azali kot, kalau menantu perempuan dan mak mentua dok sekali, sure ada konflik atau perang saudara. Kenapa ya?

Mmmm..jawapannya (agak aku la), maybe sebab menantu perempuan dan mak mentua, kan sama jantina..mula wujudnya perasaan dengki mendengki...sikap berlawan...sikap tak puas hati..maka timbul perasaan yang kurang enak dalam perhubungan seharian...dalam erti kata lain " tak sebulu". Susah jugak kan?

Tapi, ada jugak yang menantu perempuan yang tersangatlah ngam ho dengan mentua..siap leh soping together2 lagi..mm..kau ado? Kira untuk kes yang begini, memang tersangat lah bahagia :)

Itu kisah menantu perempuan vs. mak mentua. Tapi bagaimana kisahnya menantu lelaki dan mak mentua? Sangat jarang la kalau kita nak dengar kisah menantu lelaki vs. mak mentua. Kalau ada, maybe yang kita baca di newspaper yang selalu buat cover up story panas. Tau tak newspaper apa?hehe.

Lazimnya, perhubungan menantu lelaki dan mak mentua neh, semacam ada "chemistry"..nampak ngam je. Kenapa ya?

Pada pendapat aku, "chemistry" yang wujud antara menantu lelaki dan mak mentua adalah disebabkan perbezaan gender dan mereka terdorong untuk tidak memiliki minat yang sama, bercanggah pendapat dari segi soping-soping neh..Maka konflik antara mereka sangat kurang atau tiada langsung.

Dan, lazimnya..orang akan berpendapat. Menantu lelaki kalau dok rumah mentua, tak banyak kerenah sangat. Sebab tak banyak konflik.

Macam mana pulak, menantu lelaki dengan bapak mentua atau biras-beras lelaki? Normally, mereka sangat la sebulu dan boleh melepak bersama minum kopi. Tapi kalau bergaduh boleh jugak sampai bertumbuk :( *minta dijauhkan*.

Kesimpulannya, kita cuba la pelihara perhubungan dan silaturrahim yang ada dengan sebaik mungkin kerana apabila kita berkahwin dengan pasangan kita, maka kita berkahwin juga dengan seluruh ahli keluarganya. Maka, segala buruk baiknya sebuah keluarga itu, kita perlu terima dengan ikhlas *hah!!amik ayat ala2 ustazah* :)

p/s:: peace no war =p




Tuesday, 28 August 2012

Terkejut mak

Pssttt!!!! Nak kongsi satu rahsia...

Dengan dingin hujan lebat waktu ini..baru aku tau yang anak aku sorang ni, Zara Amala rupanya takut hujan lebat. Apa tidaknya, waktu aku tengah tidurkan dia..tak semena-mena *wah-wah ayat..what the poyos*, hujan turun dengan selebatnya beserta angin..anak aku boleh terjaga dan terus melompat memeluk aku.

Terkejut mak jemahss..

So, sekarang tahulah mak kamu wahai anakku yang kamu sangat takut pada hujan lebat. Agaknya kalau dengar guruh/kilat macam mana la kisahnya.. :)

Nak kena ceritakan pada abah Zara gak supaya nanti, abah akan alert bila waktu hujan lebat. Bukan apa, risau..buat waktu tu anak melompat..abah pun melompat sekali sebab tak tahu apa-apa :).

Waktu sekarang, sambil aku menulis entry, bukan saja diiringi denan rintikan hujan tapi juga dengan lagu-lagu merdu yang dinyanyikan oleh sang katak.

Manakala anakku sedang asyik musyuk dibuai mimpi indah..

Tersenyum aku seketika melihat aksi anak ini tidur dengan tenang..setenang air di lautan..Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai dengan harta benda..

masa takut..bangun dan terkedek-kedek cari mommy

bila dah ok..macam ni la gaya tidor...acara tidor bebas


Monday, 27 August 2012

Keheningan Syawal

Assalamualaikum..... 

Mood puasa dah habis..mood raya masih segar...tapi mood kerja??...mmmm

KAMI
Raya pertama, kami berkumpul di rumah mak (sah-sah la rumah mak aku sebab memang aku tak ada mentua). Paginya, selepas menunaikan solat sunat aildilfitri (aku sah-sah tak berkesempatan nak solat sunat aidilfitri memandangkan budak kecik tak ada sapa nak jaga), kami berkumpul adik beradik dan bersama mengambil giliran untuk bermaafan dengan mak, abah dan adik beradik. 

Selepas sesi bermaafan selesai, tiba sesi berfoto. Waktu sesi berfoto, pintu rumah kami tutup (=p) dulu sebab kalau tak, tak sempat la nak snap sana, nak snap sini. 

inilah potret keluarga kami
Selesai sesi snap-snap, kami sekeluarga berkumpul dan menziarahi kubur opah. Balik dari menziarahi kubur opah, baru lah kami mengalukan kedatangan sesiapa aje datang beraya. Dan, dalam masa yang sama, kami pun pergi la beraya juga. 

menjamu selera sambil melayan tetamu di pagi raya
Dari pagi hingga malam kami beraya dan kami memang tak sempat nak melawat kekawan pun. Maaf ye kekawan!!!(serious aku ingat angpa, tapi aku tak sempat nak melawat angpa atau ajak angpa mai rumah aku..ampun :(

Raya kedua, bermula seawal pagi, kami bertolak ke Kulim (bunyi macam jauh aje). Seawal pagi, kami menziarahi kubur mak dan abah suami aku. *sesi tacing tetap ada dan ayat biasa juga keluar dari suami aku*

Kemudian selesai menziarahi kubur, kami menjenguk pulak ke rumah yang telah lama kami tinggalkan dan terus menjengah ke rumah jiran tetangga. *Jejiran semua pakat memanggil dan dari satu rumah ke satu rumah kami atur memandangkan kami la tuan tanah kedaung yang terlalu lama meninggalkan rumah. Ramai ingat kami menghilang ke mana* :)

Terus pulak ke rumah BIL dan malamnya ke rumah SIL (sebelah suami, memang rumah SIL adalah tempat kami berkumpul). *beg baju memang siap tersedia dalam kereta*

Raya ketiga, menjenguk lagi ke rumah BIL yang lagi sorang. Kemudian terus ke rumah sedara sebelah suami pulak.

Dalam kemeriahan raya, malam raya ketiga, kami digemparkan dengan berita yang abang sulung suami aku sakit tenat di Hospital Serdang. Dan.... raya ke-4, berita mengejutkan yang abang sulung suami aku meninggal dunia. Innalillahiwaillahirajiun...

Keesokkan hari nya, raya ke-4, jam lebih kurang 12.30pm, kami dan adik beradik suami aku bergerak ke KL. ingatkan perjalanan ok..tapi sebaliknya. Dengan jalan jammed bukan dek accident tapi sebab kereta terlalu banyak yang dah bergegas pulang ke kota metropolitan dan hujan yang mengiringi sepanjang perjalanan kami bagai mengerti rasa hati setiap dari kami. Sedih.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 4-5 jam menjadi sehingga lebih 10jam. MasyaAllah..pasrah dan redha. Malah jenazah yang sepatutnya dikebumikan lepas Zohor dianjakkan ke Asar. Dan, akhirnya..jenazah perlu juga disemadikan tanpa menunggu kami memandangkan sewaktu Asar, kami semua masih berada di Ipoh. 

Kami selamat sampai di rumah arwah lebih kurang jam 10.30 pm. Dan, setibanya kami di sana, hanya surah Yassin yang kelihatan memandangkan majlis tahlil pun dah selamat dijalankan dan orang ramai pun semakin beransur pulang. Dengan segala keletihan dan kesedihan kami pasrah kerana tidak sempat melihat arwah untuk kali terakhir, namun doa mengiringi perjalanan arwah ke alam barzakh. 

Semoga roh abang caq ditempatkan kalangan orang- orang beriman.

DaripadaNya kita datang, dan; kepadaNya kita kembali...Al-Fatihah

Keesokkannya, kami menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan UPM, Serdang. Dan sejurus menziarahi arwah, kami bergegas pulang ke Penang dengan iringan doa untuk arwah. 

Al-Fatihah abang caq, semoga kamu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.

Dan, perjalanan kami diteruskan dan kami adik beradik berpisah di Sungai Perak memandangkan kami meneruskan perjalanan ke Taiping untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah aku yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Jadi, kami sekadar pergi memehuni undangan walaupun sampai Taiping lebih kurang pukul 11.30pm dari KL. Kenduri dah habis, jadi sua muka dan tidur semalaman di Taiping sebelum pulang ke Penang keesokkan paginya. 

Sampai aje di Penang, kami ke rumah mak-mak sedara sebelah suami dan berhimpun di rumah SIL pula.

Ahad, raya ke-8, kami ke rumah mak-mak sedara sebelah aku pula. Dan, Isnin...kembali bekerja. 
Raya tahun ini, segala perasaan bercampur dalam hati kami....Segalanya sudah ditentukan Allah..



Wednesday, 15 August 2012

Jiwa tersentuh



--Ramadhan almost over--

Seriously, iklan ni sangat tacing-tacing..tetiba bila tgk iklan neh. Otak aku, terus terarah ke suami aku. Sebab penghujung cerita ni, sama dengan apa yang biasa kami lakukan..Ziarah kubur.

Cuma bezanya, iklan ni plak melibatkan kanak-kanak istimewa yang ditinggalkan di rumah anak yatim. Tapi pendekatannya, hampir sama dan yang pasti sangat menyentuh jiwa.

Memang nampak sangat aku semacam over dengan kisah suami yang kehilangan kedua orang tua..tapi sejujurnya, aku cuba berada dalam situasi dia dan sedikit sebanyak aku terkena tempias suami yang selalu kenang pada kedua arwah mak abahnya.

Paling tersentuh, bila dia berkali-kali cakap pada anak kami, Zara Amala...yang Zara tak sempat jumpa maktok/tok ayah macam kazen-kazen Zara yang lain. 

Dan dengan aku plak, suami aku akan cakap, ayat yang lebih kurang sama, aku berkahwin dengan orang yang tak ada mak/abah, tak sempat merasa ada mentua, dan; kalau arwah mak/abah ada lagi, kita kena dok sekali dengan diorang..tak apa kan...

"Abang...kita kena pasrah dan redha dengan ketentuan Allah..Allah ambil kedua mereka, tapi Allah berikan abang pengganti; iaitu, isteri dan anak yang perlu abang jaga dan ambil berat. Mungkin peranan kami dengan arwah tak sama, tapi kami kini sebahagian dari kehidupan abang."

Itu saja kata-kata yang mampu aku ucapkan bila suami aku terkenang/teringat arwah. Itu belum lagi bila dia ada masalah. Dia lebih tegar simpan sendirian dari bercerita dengan aku sebab dia sudah terbiasa bercerita dengan arwah mak dia. Sampai la, aku kena tanya, baru la..diluahkan. Sedihkan...

Wednesday, 8 August 2012

Tindik

Semangat raya mommy mai lagi sebab tetiba p window shopping dengan maktok, tetiba idea mai p singgah masuk kedai emas *ting...ting*

Actually, dah banyak kedai mommy p melawat, kedai pertama masuk--ramai orang, sampai nak lalu pun tak boleh *ok, fine!!*

Masuk kedai kedua-- "kami tarak buat untuk budak...sorry aaa"  *ok, frustrated*

Dah malas nak buat, then tetiba lalu depan satu kedai, maktok bersuara..."jom try p tanya kedai ni pulak, tapi kalau tak buat jugak, kita balik lah"..*maktok pun dah macam orang frust*
So, mommy pun tanya dan sekali tengok-tengok emas. *tengok je la*

Bila dah tanya kedai yang ketiga, amoi comey tu cakap, "yes, ada..."
So, mommy just senyum sambil angguk kepala, OK.

Tapi sebelum bertindik, mommy called abah dulu minta kebenaran dan yes, abah bagi green light.
Abah cakap, "OK gak, since orang selalu cakap Zara macam boy sebab tak ada rambut".

*memang ramai akan tanya, "lelaki ke perempuan", even mommy pakaikan Zara baju kembang-kembang+hairband.*
Menci tau!!! tak kan la nak marah orang yang selalu bertanya. ::Mode:: sabar..sabar..sabar

So, mommy dengan senyuman menjawab, "of course la girl..kan pakai baju kembang dengan hairband".
*haishh...orang yang tanya pun tengok la dulu sebelum tanya soalan tak logik, tak kan lah boy pakai baju gown+hairband...kan

peralatan untuk tindik telinga
pen-untuk menanda
ubat kebas
pistol untuk menindik telinga
subang

amoi comey tengah menanda telinga Zara
masa ni, Zara still maintain "macho"

baru selesai sebelah telinga, nangis sampai bergegar kedai sebab terkejut. so, mommy bawa p pusing-pusing dulu. Lagi pun, amoi comey pun macam faham aje bila tindik subang untuk toddler macam Zara.
Bila dah diam, baru tindik lagi sebelah

Dah selesai!!! tapi masuk dalam kereta, terus senyap sunyi.  Merajuk la tu. Kalau tidak, mulut dia bising macam berteh jagung. *pot...pet...pot...pet*

sampai aje rumah terus minta masuk buai "amie...amie...waiii..waii *buai*"
*roti sebagai umpan untuk mommy bodek suruh diam :))*


p/s::Lepas aje selesai bertindik, terus balik rumah. Mommy dan maktok dah tak berani nak pusing-pusing berwindow soping. Takut Zara amuk.

Tuesday, 31 July 2012

Gigihnya mommy!!!

Sejak-sejak ada anak neh, mommy gila eksaited dan gigih buat persediaan untuk anak. Sebenarnya benda ni adalah perkara normal untuk semua parents.

Last year, adalah raya pertama my sweetie pie sementara tahun ni adalah tahun ke-2.

Eksaited nye mommy bukan sahaja dalam hal soping-soping raya (kalau tak raya pun, mommy memang jenis eksaited bab-bab soping untuk budak kecik--normal), tapi eksaited nye mommy dalam hal menjahit sendiri baju untuk budak kecik. Gila punya semangat dan kegigihan melampau.

Kalau last year, mommy jahitkan baju kurung berpesak untuk budak kecik--agak macam senget benget..lepas tu, buat sampai dua helai, tapi biasa lah..budak kecik mana reti complaint. tapi sebenarnya..okay aje baju nya sbb masa budak kecik pakai, betul-betul terletak elok, cuma mommy yang belum confident

ni adalah baju raya last year. 1st time mommy menjahit baju kurung dan gila eksaited. Time neh, budak kecik baru pandai merangkak. walaupun 1st time menjahit, tapi sekali jahit 2 helai. gigih kan?

Raya tahun ni, mommy try buat baju ala-ala kurung moden pulak. Kali ni rasanya mommy agak mahir sikit  adehh!!perasan kejap =p

Mula-mula, mommy siapkan senarai check list. Iya sebab mommy bukan profesional. So, haruslah gigih buat research. =)

✔cth/rekaan baju sbg rujukan--siap!!

✔material--siap!!
ni la material dan tema warna--hijau!!
another one is -- pink plak (tp pink belum siap)
~printed Italian chiffon~
✔tema/warna yg dipilih--siap!!

 pola/tulang baju

pola kain mommy buat dengan newspaper aje
disebabkan mommy belum arif untuk memotong kain yg selembut chiffon  neh, mommy minta pertolongan maktok
"maktok owh maktok...please...." =)


potong kain ikut rekaan
ikot contoh ukuran baju tahun lepas, tapi perlu dibesarkan sikit

jahit tepi


 cantuman setiap pesak baju


 proses menjahit

gigih dengan pelbagai peralatan menjahit
~ribbon, benang, gunting, beads etc~

 proses menambah labuci/beads yg sesuai utk kanak2

ni la rupa baju Zara yang dah siap.
SIAP fitting 
tudia...punya fitting..masa mula suruh pakai..jenuh pujuk..bila dah pakai, sampai tak mau buka..
Zara dok mengusung baju tu bersama hanger dan...
"amie..amie...antik..antik" sambil pusing satu rumah--dia pun eksaited agaknya.
suka dia dengan baju ni--mommy agak lah..hehehe..
tp agak seksisss la Zara sebab chiffon kan nipis. kena pakai inner neh..hahhah..so,  nanti  mommy beli singlet yg nipis-nipis untuk disesuaikan dengan baju neh dan tak panas bila Zara pakai nanti.
tak boleh too seksiss meksiss sgt.
✗ dipakai di pagi raya!!!! kena tunggu pagi raya lah

::nota kaki:: waktu entry ni tulis, mommy dah berjaya siapkan sehelai baju untuk Zara dan mommy bersedia untuk proceed ke projek ke-2!!!


Untuk projek ke-2, mommy tak boleh reveal la corak dia --just hint, pink okay!!
Then, design dia pun..mula-mula mommy terfikir untuk buat design sama macam yang ni, tapi  tetiba maktok, maklang and ibu said...
cari la design lain.


So, mommy pun gigih memikir design lain utk Zara
*toinkk...toinkkk..idea please*
got it!!!


:))


::nota ringkas:: berharap design yang ke-2 ni, jadilah potongan nya dan design yang mommy dah plan... yeeaahhhaa...over tau mommy!!!
suka tengok si budak kecik pakai baju hasil jahitan mommy. 
*sangat berbesar hati*

Tuesday, 24 July 2012

Kiri atau kanan??Pastinya kiri--Left handed

=Kidal=Kalau anda seorang yang kidal, maka kita GENG kidal!!!

Menjadi seorang kidal selalu dianggap tidak sopan. Malah pasti anda akan kelihatan pelik dan pasti ada yang bertanya "kidal ke?".

Otak manusia berfungsi secara songsang, iaitu otak di sebelah kanan menguasai bahagian tubuh sebelah kiri dan otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh di sebelah kanan. Maka, kidal berlaku apabila seseorang itu banyak menguasai otak sebelah kanan.


Haishh..pening nak terangkan. Kerana mereka yang kidal akan mengalami sedikit masalah untuk mengecam kiri dan kanan. Hal itu terjadi pada aku. Jadi, bila orang tanya arah pada aku, aku akan ambil masa untuk jawab pertanyaan tersebut. Mungkin kerana berlaku sedikit kecelaruan. Atau...aku akan buat pengecaman kiri dan kanan dalam hati (menulis tangan kiri, jadi, genggam tangan kiri baru lah boleh kenalpasti kiri atau kanan. atau, pakai jam sebelah kanan, genggam tangan kanan..baru lah boleh kenalpasti kanan).

Kemudian, bila orang kidal menulis dengan gaya penulisan yang agak unik--tersenget-senget buku--pasti ada yang kata, "suka la tengok", "kenapa tulis macam tu?" dan macam-macam lagi.

cara aku menulis, buku terbalik atau cenderung/senget ke kiri

Dulu masa sekolah rendah, kalau menulis dengan buku senget, pasti cikgu akan tegur dan perbetulkan kedudukan buku. Tapi keadaan akan jadi lambat dan bila cikgu beredar, cepat-cepat pusing buku ikut keselesaan dan sehingga sekarang. 

Yang pasti segala persoalan anda sukar dijawab kerana begitu lah cara kami menulis. Kidal, mungkin unik tapi sejujurnya, ia sesuatu yang sukar. Kerana kami perlu membiasakan segala peralatan yang memang tersedia untuk orang yang menggunakan tangan kanan. Tapi kami perlu menjadi elastik dan perlu menyesuaikan diri menggunakan segala peralatan tersebut menggunakan cara kami tersendiri. 

Bagi anda, kidal mungkin dianggap istimewa, tapi orang kidal seperti aku, kami akan cepat gelabah sementara menyesuaikan diri dengan situasi yang majoriti adalah mereka yang menggunakan tangan kanan. Kenapa kami gelabah???

Kelemahan orang kidal

1. Menulis di dalam buku tebal (buku laporan, diari dll) adalah agak menyukarkan. Semua penulisan buku bermula dari kiri ke kanan (kecuali buku tulisan jawi), jadi agak sukar untuk kami menulis dan kami mengambil insiatif sendiri iaitu, menulis dengan gaya yang unik mengikut keselesaan kami. Tapi kadangkala, bila kami menggunakan pen dakwat basah, tersilap langkah, habis buku kami comot.

2. Kami juga perlu membiasakan diri kami dengan peralatan yang sememangnya disediakan kepada si majoriti bertangan kanan. Peralatan itu biasanya, gunting, mouse (tetikus komputer). Dan...agak sukar kalau kami si kidal mahu belajar menjahit dengan mereka yang tangan kanan. Bukan kami yang tak boleh menyesuaikan diri, tapi mereka yang tangan kanan sukar mengajar kami. (memang benar-benar terjadi pada aku, jadi alternatifnya..jahit juga dengan gaya tersendiri)
tengoklah posisi tetikus "mouse" aku.  KIRI
3. Sukar menggunakan kerusi di dewan kuliah. Dulu masa belajar di U, selalu aje buku atau kertas aku berterabur di lantai. Kenapa? Sebab kerusi di dewan kuliah disediakan untuk mereka yang menggunakan tangan kanan. Maka agak sukar bagi kami si tangan kiri. Bila nak menulis terpaksa mengiring sekali buku dan badan. Apa nak buat. Tetap kena sesuaikan diri.
selalu sangat buku atau kertas berterabur. mmmmm :((
4. Kebiasaan, orang kidal akan memakai jam di sebelah kanan, kerana kalau mereka memakai jam di tangan kiri, sangat sukar untuk kami menulis. Ganggu!!! Tapi jika ada si kidal memakai jam di tangan kiri, bila menulis, pasti mereka akan buka  jam tersebut.

kena pakai jam sebelah kanan. tak jadi masalah pun kecuali masa menulis
5. Orang kidal ni, mesti orang akan pandangn serong sikit ketika makan (ketika guna sudu/garfu je la). Kami cenderung menggunakan tangan kiri, melainkan kalau makan menggunakan tangan--memanglah tangan kanan. So, kesimpulannya, makan aje guna tangan kan ikut sunnah Rasulullah. :))

Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)


Tapi....tetap ada keistimewaan untuk mereka yang kidal. :))

1.  Ramai orang cakap la--bukan kami yang cakap :)), orang kidal ni tulisan cantik dan lebih senang menulis tulisan jawi/arab kerana tulisan jawi/arab kan ke bermula dari kanan ke kiri.

cantikkah tulisan aku? tapi ni tulisan nak cepat
::mode:: perasan kejap :))
2. Orang kidal dikatakan mudah menggunakan kamera DSLR kerana, kamera ini memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan. Hal ini kerana, kanan kiri menyokong dan memegang lensa kamera, sementara tangan kanan, menekan picu kamera. Jadi, mudah la si kidal mengubah fokus kamera dan sekaligus menyokong kamera dengan mudah--Jadi, nak kena beli kamera DSLR lah..:))

3. Orang kidal mudah menggunakan gear (mudah ok, bukan tahu--sebab nanti ada yang cakap, semua orang yang memandu tahu menggunkan gear) kerana gear kereta di Malaysia berada di sebelah kiri
senang/mudah
4. Orang kidal menggunakan kawalan otak dari sebelah kanan yang menguasai muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi (mudah tersentuh), dan kebijaksaan.
hasil kreativiti aku
henna

hasil kreativiti aku
bridal hand bouquet

Punca orang kidal belum lagi dapat dipastikan secara saintifik, tetapi ada pakar mengatakan kidal terjadi kerana disebabkan oleh faktor genetik. Mmmm...macam aku, aku dan suami, kami kedua-duanya kidal dan sekarang kami lihat anak kami, Zara, cenderung menggunakan tangan kiri.

Ada teori lain mengatakan kidal berlaku kerana kandungan hormon testoran yang tinggi semasa bayi dalam kandungan.

Kesimpulannya--tidak kisah la kiri atau kanan, yang penting, gunakan tangan yang dianugerahkan ke arah kebaikan. 


p/s:: terfikir untuk menulis entry "kidal" kerana masa aku berada di pasar ramadhan, aku melihat seorang budak lelaki yang menerima arahan dari emaknya untuk ke bazar yang dimaksudkan. Budak tersebut bertanya 2-3 kali untuk kepastian dan emaknya terpaksa memegang tangan untuk mengisyaratkan mana tangan kanan dan mana tangan kiri. Dan budak tersebut buat perkara yang sama seperti aku buat--genggam tangan, budak tersebut mengenggam tangan (seperti penumbuk) dan berlari ke bazar yang dimaksudkan. 

Otak kami kadang-kadang keliru.


sumber::