~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday, 6 June 2012

Bantal Busuk vs. "Getah Busuk"


Dipercayai tabiat mempunyai bantal busuk menjelang tidur bukan disebabkan oleh faktor genetik mahupun personaliti sesebuah keluarga. Ia suatu perbuatan yang sudah terbiasa sejak kecil lagi.
Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, bantal kegemarannya ini berfungsi sebagai transitional object. Ia seolah-olah memberi perlindungan dan anak-anak akan merasa selamat apabila objek ini berada di sisinya.

”Mereka telah biasa dengan bau dan rupa serta selesa dengan bantal itu apabila hendak tidur. Jika dibasuh atau diganti dengan yang lain, anak tidak mudah tidur dan sering teringat dengan bantal busuknya,” katanya ketika ditemui di Bandar Tun Razak, baru-baru ini.
Menurut Dr. Wan Salwina, transitional object tidak semestinya bantal, boleh jadi objek lain seperti anak patung kegemaran anak-anak, selimut dan sebagainya.

”Sebagai contoh, sejak kecil ibu bapa telah membelikan anak patung sebagai permainan anak perempuan mereka. Disebabkan itulah maka anak itu lebih gemar bermain anak patung berbanding permainan yang lain dan kebanyakan kanak-kanak perempuan gemar menjadikan anak patung yang lembut dijadikan teman ataupun dipanggil ‘bantal busuk’,” ujarnya.
Ada juga berpendapat, selimut dan kain napkin yang digunakan juga sering dijadikan bahan heretan ke mana sahaja anak ini pergi.

Justeru itu, boleh dikatakan setiap kanak-kanak mempunyai transitional object yang tersendiri bagi membuatkan mereka berasa selesa dan selamat walaupun ketika berjauhan dengan ibu bapa.



BANTAL BUSUK!!! hehehee...mendengar namanya sahaja, kita dah tahu yang baunya mestilah sangat "harum". Tapi, ini adalah fenomena biasa yang selalu kita tengok. :)

Kira bantal busuk, kita boleh kategorikan sebagai objek transitional yang digunakan oleh kanak2 sebagai pelindung/penyelamat bagi mereka. Secara jujurnya, objek ini merupakan teman setia dan tanpa objek2 neh, surely mereka akan gelisah, menangis dan tak boleh tidur. Objek ni sangat lah sukar untuk dipisahkan dengan mereka. 

Aku bercerita hal "bantal busuk" kerana, hal yang sama terjadi pada anak aku. Cuma bezanya, Zara tidak gunakan bantal utk dijadikan "bantal busuk", tapi Zara gunakan getah ikat rambut sebagai "bantal busuk". So, aku anggap ia sebagai "getah busuk". :)
ini lah "getah busuk" Zara yang asal dan hilang dari pandangan
polka dot in da house
Getah ni aku pulak, kena bawa ke mana-mana sahaja sebab kalau tak bawa, akan bagi masalah pada aku balik masa Zara nak menyusu atau nak tidur.

Aku sendiri pun tak tau macam mana Zara boleh berkenan dengan getah tu sebab mulanya aku beli getah tu untuk aku ikat rambut. Tapi xsempat aku guna, Zara yang berkenan dan terus aku bagi Zara. Maybe sebab tekstur kain satin yang lembut buat Zara berkenan. I don't know.

Al-kisahnya, bila "getah busuk" ni hilang, jenuh jugak aku nak pujuk Zara untuk tidur malam tu. Sampaikan ke pukul 3.30am, Zara belum mau tidur sebab cari getah.

"Tah..tah..tah".. itu lah ayat nya. Sayu aje aku dengar. Jenuh aku tawaf satu rumah cari getah dan ulang alik cari dalam kereta (kot-kot ada). At last, berjaya jugak pujuk Zara supaya tidur. Tapi untuk seketika aje, sebab dia akan terjaga untuk cari getah dia. Memang malam tu, Zara tidur tak jerap langsung. Asal jaga, mesti nangis cari getah. Sebab normally, Zara akan stalker dan cari getah atas katil sebelum dia menyusu dan sambung tidor. Malam kejadian, segalanya jadi caca-merba. :(

Keesokkan harinya, aku gigih p ke Jusco untuk cari getah baru. Keluar masuk area Jusco, Vince&Co dan kedai yang jual aksesori wanita. Tapi tak ada satu pun yang berkenan di hati Zara. Balik la mommy dengan keadaan hampa. :(

Malamnya, merayap pulak ke Sunway Carnival Mall dengan tujuan yang sama dan kali ni, aku nekad untuk beli juga sebab Zara sangat memerlukan "getah busuk". Zasssss....sambar je yang mana lebih kurang sebab kalau nak cari sama sebiji memang lah sangat mustahil. Sebab aku beli getah tu kat Chemelon, Prangin Mall. Kalau nak tunggu cari kat situ jugak, kena la mommy meredah jambatan Pulau Pinang. Tapi masa tidak mengizinkan. Jadi malam nye macam mana Zara nak tidur?! Sudah la, minggu ni; minggu cuti sekolah--banyak undangan kenduri. Bingung+pusing..aduhhh!!!

ini pulak rupa getah Zara yang baru--hampir sama tapi x serupa.
very the polka dot jugak
At first, Zara memang tak mau, tp dah masuk 2-3 hari ni, she's trying to adapt slowly dengan "getah busuk" yang baru.

Sebenarnya, Zara ada banyak koleksi untuk dijadikan bantal busuk, tapi entahlah, tak ada satu pun yang dia berkenan untuk dijadikan bantal busuk.
bantal looney tunes--tapi Zara sangat tidak suka bantal. Tidur pun tak guna bantal. yang sebelah 2 adalah "getah busuk" yang menjadi pooojaan hati Zara 
ini "DumDum" yang teman Zara masa kecik, tapi  tetap tak mendapat tempat di hati Zara
cik Blue yang teman Zara sewaktu Zara dalam pantang. Tapi tidak juga mendapat tempat di hati Zara :(



Tuesday, 22 May 2012

Whoaww!!! gulp..gulp

Mondays are hard actually :-((
Because when Mondays come, Mommy and Abah *especially  don't have much time with si kecik.
Only on weekend Zara and I can spent our quality time with abah.
And last Sunday, we did not go to any shopping malls or other places as usual.
But, we just went to Zara aunt's house and met other family members.
We also had exciting activities together--it's like family day for us.
One of the exciting activities -- swimming!!!
Here are some pictures to share with :-))
start the session with warming up. she's trying to adapt herself while at pool phase.
she was  really enjoyed with her swimming session and mommy was in worried mood at  the side of the pool.
mommy not a fish that can swim even in a bowl of water. hahaha
"Zara, sorry. Your mommy do not know how to swim". * embarrassed*
the swimming session for today is over. but she's still in excited mood. 
chit chat time with her abah. See their face. Really funny and  make me smile :-)
Zara told her abah, "abah, why are you drown me into the pool and I gulp plenty of water; then you are expecting me to float by myself ?" :-(( 
And, her abah said, "Nope, I never leave you alone unguarded or unsupervised. So, don't worry" :-))
they are really TIRED. at one time, Zara will awake and dreaming  that she 's still underwater.


Wednesday, 16 May 2012

Zara:: drama queen in the making (*_^)

mommy..mommy..mommy..
Zara dah makin besar dan banyak kerenah.
 walau kerenah nya kadang-kadang buat mommy geram, tp tetap menghiburkan mommy :-))

dah start nangis sebab ngantuk..tp tak mau tidor sebab still nak main-main


sekejap aje masuk buai..dah terlena...

bangun dari tidor..mood belum recover..tp masih nk main

dah ready nk panjat katil sebab nk ajak tidor walaupun br bangun dari tidor

ready to sleep....dah minta susu..
Walau macam mana pun reaksi Zara...mommy tetap happy. Sebab mommy tau anak mommy semakin membesar. Tapi mommy kalau boleh, nak Zara sentiasa macam nie *bunyi macam tak logik aje*. Mommy rindu moments Zara semasa masih bayi tapi masa sekejap aje berlalu.. dan mommy juga tahu yang Zara akan terus membesar. 
:-))



Thursday, 10 May 2012

Syukur



setiap manusia sudah dijamin rezekinya oleh Allah. Ia tidak hanya dikatakan sebagai wang ringgit tetapi pengertiannya amat luas sekali merangkumi kesihatan yang baik, ketenteraman jiwa, keturunan, isteri/suami dan anak yang baik.

Ada yang runsing dan sering mempertikaikan masalah rezeki yang dimiliki. Mereka merungut kerana sudah bertungkus-lumus mencari rezeki namun kehidupan masih tidak berubah.

Sebagai hamba Allah yang beriman, anggaplah semua itu dugaan serta cabaran untuk menjadikan diri lebih kuat dan cekal berusaha. AMIN


Sebelum aku terjumpa petikan ni, terus terang aku katakan, aku sentiasa merungut tentang sesuatu. Tapi, sesungguhnya petikan ni betul-betul membuka mata dan minda aku untuk terus bersemangat dan sentiasa berfikir positif.

Sebab tu, ada yang cakap "ulat dalam batu pun boleh hidup", ni maknanya--setiap yang bernyawa, pasti sudah ditentukan rezekinya oleh Allah. Jadi tiada istilah mengeluh atau merungut tentang rezeki kerana rezeki kita dalam pelbagai bentuk dan cara.

Alhamdullillah sebab rezeki yang dijanjikan oleh Allah adalah dalam pelbagai bentuk dan cara. Tidak semestinya dalam wang ringgit $$$$. Kini, aku lebih bersyukur kerana rezeki kami sekeluarga adalah dalam bentuk kesihatan yang baik, kebahagiaan >gaduh-gaduh manja tetap ada<, kami juga dikurniakan rezeki yang paling berharga iaitu kehadiran Zara--alhamdulillah, dia membesar dalam keadaan terurus dan membesar sama seperti anak-anak lain. Malah kehadiran Zara buatkan kami berdua lebih bersabar dan semakin berusaha untuk melakukan yang terbaik. 

Alhamdulillah juga kerana kami diberikan kesihatan yang baik >sakit-sakit biasa seperti deman dan selsema, biasalah<, ketenteraman jiwa dan perkara-perkara lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Tidak semestinya mereka yang naik kereta besar, rumah besar dan duit yang banyak itu bahagia dan tenteram jiwanya. Jadi sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah.

Sentiasa ingat setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan. Sebagai manusia juga, kita perlu tahu bahawa setiap manusia itu pasti akan lebih satu, dan kurang satu.

Alhamdulillah Ya Allah atas rezekiMu. Amin

Sekian







Monday, 7 May 2012

Students owh Staffs

Salam...

Hai...hai...hai... Mai feel nak update blog yang tak femes. Lama tak update sebab tak ada story nak dikhabarkan...dari merepek cerita yang bukan-bukan, baik tak payah tulis apa-apa.

Since ada cerita pasal aktiviti student yang mana aku memang secara rasmi nya terlibat sekali...so aku update lah storynya.

"Sport Beach Carnival Cosmo 2012", itulah aktivitinya. Aktiviti yang diadakan di Flamingo Beach Hotel ni adalah mengeratkan hubungan student dan staff.

Walaupun aktiviti ni diadakan selepas 3-4 hari selepas bencana kecil tsunami, tapi kami tetap lakukan juga aktiviti ni since dah dirancang dari awal dengan harapan, tiada apa berlaku--berserah dan berdoa pada Allah agar tiada apa berlaku--Alhamdulillah keadaan mengizinkan.

Okay lah, jom kita tengok gelagat mereka semasa berjalan nya aktiviti sebab blog ni bukan tempat nak buat report.

tudia....ni mukadimmah permulaan acara

                          
                                 geng unggun api
 
geng pembakar hangus
 

aktiviti gomol menggomol--sian lak sapa yang dok paling bawah

geng perempuan pun tak mau kalah

neno..neno...injured...pasukan paramedik tgh bagi bantuan kecemasan

                          
                                  acara landing dan stunt

ni gelecek bola ke main sepak kaki? ke tgh shuffle?

                      
 
ni awat? pakat tengok air laut kot

ni pasal apa plak?dok stunt sorang2





Monday, 16 April 2012

Bila bersama

Salam...

Dah lama tidak meng"update" blog. Kesibukan kerja dan aktiviti lain sangat membataskan usaha meng"update" blog. 

Kali ni, tiada apa yang mahu ditulis, sekadar berkongsi gambar bercuti kami sekeluarga. Asal tujuannya, pergi kenduri, so terus ambik peluang bercuti. sambil menyelam, sambil minum air..HEHheehee..

Sempat la merayau-merayau ke i-City, Genting dan lain-lain. Tapi ada satu tempat yang memang en.Syafiq nak pergi--iaitu--Zoo, sebab nak bawa Lil Z yang sangat suka tengok binatang. Tapi disebabkan masa tidak mengizinkan, kami cuma lalu aje depan Zoo Negara, Gombak dan tengok replika binatang dari luar aje.

eh, dah la. Jom kita tengok pic kami.
#kualiti gambar tidak la memuaskan...almaklum la guna henphone biasa-biasa aje, xmampu nak beli kamera canggih DSLR. HEhehHEe



 semasa di i-city



 di Genting






Tuesday, 3 April 2012

beban kerja

Kerja..kerja..kerja...
Di kala kesibukan kerja, aku masih ambil sedikit masa untuk menulis--salah satu cara utk release tension dek bebanan kerja..

Kerja makin bertambah--tapi gaji tidak pulak naik, bukan merungut. Tapi bagi aku sangat tidak adil bila orang lain dinaikkan pangkat dan sekaligus naik gaji sedangkan kerja banyak tertangguh, sedang aku juga naik pangkat dan gred, tapi gaji nya tetap sama. Alasan--sebab dulu orang lain handle HR, dan sekarang org lain handle HR.

Seriously, aku tersangat la kecewa, tapi aku xmampu nk luahkan pada 1 dunia. sebab 2 selalu meroyan..

Bekerja sebagai pekerja yg sangat multitasking dan independent--sbb bos menyerahkan 100% kepercayaan utk aku buat kerja, sangat memerlukan kesabaran dan pengurusan kerja yang paling efektif.

Aku rmengalami tekanan yang amat dasyat di kala ini. Tapi siapa yang memahami bila segala meroyan yang keluar. Sangat dukacita :-(

Saat aku merasa kekurangan--aku terus kembali pd Allah kerana aku mula berfikir positif bahawasanya--Allah pasti menjanjikan sesuatu yg terbaik utk hambaNya dan Dia memberikan dugaan yg setimpal yang mampu dihadapi oleh umatNya.

Sesungguhnya---ayat aku selalunya hanya utk melepaskan tekanan kerja, dan anda tidak betul-betul memahami--aku perlu memotivasikan diri sendiri utk sesuatu yang positif dan bukan sengaja utk semakkan keadaan.

Kekuatan diri, datang dari diri sendiri kerana hanya kita yang memahami apa yang kita lalui

Sabar aje la wahai hati