~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 14 May 2014

Bebas pampers

Assalamualaikum... 

Sekadar nak sembang-sembang update cerita Zara. Alhamdulillah, anak ini membesar dengan sihat dan bertambah akalnya. Dialah kawan mommy, dia juga kawan bergaduh mommy. Sunyi kalau dia tak ada. 

Zara Amala sekarang berusia 3 tahun. Cepat masa berlalu

Sepanjang tumbesarannya, Alhamdullilah kerana normal sahaja, melainkan demam biasa. Zara sekarang sudah pun 3 tahun, sekejap je masa berlalu, rasa macam baru melahirkan. Tahun depan dah 4 tahun dan masanya untuk ke sekolah. Kami masih mencari sekolah yang sesuai, dan banyak faktor kena ambilkira. Siapa yang tidak mahu yang terbaik. Yang penting, kami perlu memikirkan urusan transport Zara nanti almaklum la, aku kerja di Penang, Zara dijaga oleh mak dan tentunya sekolah nanti area rumah mak... Atau yang terdekat untuk urusan ulang alik ke sekolah. Nak minta abah Zara  amik dan hantarkan? Macam impossible unless sekali sekala saja. Nak harapkan transport yang disediakan oleh sekolah nanti? Owh tidak, bukan rasa tidak yakin tapi biar lah memikirkan sekarang dari mendatangkan masalah di kemudian hari sebab di usia seawal 4 tahun nanti, tentunya dia belum mampu menjaga keselamatan diri sendiri. 

Perlukan perbincangan dengan mr. Suami dulu....mmm

Tukar cerita lain pulak :)

Zara sekarang dah totally free diapers. Maknanya sekarang, Zara memang dah tak pakai pamper sama ada siang atau pun malam. Kalau sebelum ni, Zara cuma pakai pampers waktu malam je...tapi dalam masa 2 minggu sebelum ni, mommy dah berjaya train Zara supaya tak pakai pampers lagi. Kalau dulu nak elak Zara pakai pampers waktu siang, mommy kena train setiap 30 minit atau 1 jam, kena bawa Zara ke toilet..tapi sekarang, mommy kena train Zara ke toilet sebelum masuk tidur dan kejut (kalau tak jaga, mommy terus dukung je) seawal pukul 6 pagi untuk ke toilet. In shaa Allah, rutin itu akan berterusan. 

Free diaper. So, tiada lagi stok pampers dalam beg baju Zara
Alhamdulillah, setakat hari ni menguruskan Zara sangat tidak banyak kerenah. Semasa anak ceraikan Zara dengan puting ajaib (pacifier), mommy tak perlu nak susah payah sorokkan atau dimomokkkan dengan cerita penglipurlara kerana Zara sendiri yang tak mahu lagi di usia 1 tahun.

Begitu juga dengan susu badan, mommy tak perlu pening cara untuk wean off breasfeed dari Zara sebab genap 2 tahun, Zara automatik tak mahu tetapi bukan terus berhenti kerana Zara masih  hisap cuma kekerapan makin berkurang bila mana menginjak ke 2 tahun setengah. Elok saja mencecah 2 tahun  setengah, Zara terus berhenti sepenuhnya dan cuma consume dengan susu formula sehingga sekarang. Setakat perkembangan Zara, Zara hanya sesuai dengan 3 jenis susu formula iaitu Lactogen, Enfagrow A+ dan Frisolac. (Dalam ketiga- tiga susu ni, ikot suka anak dara tu nak pilih susu mana masa mommy/abah nak beli susu sebab, dia akan pilih sendiri susu yang dia rasa nak minta kami belikan).

Alhamdulillah setakat hari ni segalanya baik-baik saja :) dan moga berkekalan...amin






Hari Ibu~ Sambutnya setiap hari

Assalamualaikum...

Sekadar berkongsi cerita berkenaan Hari Ibu. Memang diakui yang hari ibu bukan hanya disambut pada setiap hari tertentu sahaja, malah hari ibu sepatutnya disambut setiap hari kerana tugas seorang ibu berjalan setiap hari tanpa kenal erti jemu, penat dan sebagainya. Cuma kemeriahan 11 May itu lebih membahang dan meriah.  Setelah bergelar ibu, aku mula memahami bahawa seorang ibu itu tabah, kuat, cekal dan segalanya kekuatan yang dipikul itu terletak pada sebuah gelaran yang membawa seribu satu makna yang sukar digambarkan. Apa sahaja gelarannya. Mak, Umi, Mama, Mommy dan sebagainya... Mereka adalah Wanita Hebat!!!

Gambar pertama: beliau adalah mak saya. Sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Terima kasih mak!!!
Gambar kedua: beliau adalah arwah mentua saya. Tidak banyak yang mampu saya ucapan kerana saya hanya berkenalan dengannya sebelum saya bergelar menantu. Saat saya bertunang mahupun saat saya diijabkabulkan dengan anak bongsu beliau, beliau tidak sempat meraikan apatah lagi saat kelahiran Zara. Namun, saya tahu arwah juga wanita hebat...Al- Fatihah
Gambar ketiga: beliau adalah kakak ipar saya (memegang mikrofon saat di wawancara) yang saya jadikan inspirasi. Ya, beliau adalah wanita beraspirasi yang memberikan inspirasi. Beliau berjaya melawan penyakit no 1 wanita iaitu kanser payudara. Menghadapi kimoterapi dan radiotherapy dengan jayanya. Mengharungi kesakitan dengan kegigihan dan senyuman. Betapa red hanya beliau dengan dugaan Allah. Saya petik kata-katanya sewaktu di wawancara, " Alhamdulillah saya dilahirkan sihat dan sempurna, saya membayangkan bagaimana seseorang yang dilahirkan tanpa tangan/ kaki atau kekurangan anggota lain, mereka lebih kuat kerana mereka kehilangan dari saat dilahirkan, namun saya tidak terasa kehilangan, tetapi mengembalikan semula apa yang Allah pinjamkan kepada saya, jadi saya sedikit pun tidak merasai kehilangan".  Apa yang mampu saya katakan, beliau sangat kuat.

Zara pun nak bagi mommy bunga :)


Sambutan hari ibu yang ala kadar.  Thanks :)