~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 27 February 2013

I am free diapers!!!

Assalamualaikum...

Entry kali ni, mommy nak kongsi satu cerita. Zara sekarang sudah bebas dari pampers!!! Tapi....ada tapi nya. Kenapa? Waktu malam, mommy masih pakaikan Zara pampers sebab takut kencing atas tilam pulak :)

Waktu first day training, mommy very the cuak jugak dan terkejar sana terkejar sini gara-gara si anak yang terkucil di merata tempat. Mommy dah ala-ala auntie cleaner.  *sabar aje la*

Kemudian, maktok Zara advise la mommy Zara supaya bawa Zara ke toilet setiap 15-20mins supaya dengan cara tu, Zara akan tahu bila sensitiviti dia rasa nak terkencing. Dalam masa yang sama, mommy ajar Zara bila dia rasa nak terkencing, cepat-cepat Zara panggil mommy "mommy, Zara nak terkencing". 

Then, mommy akan selalu bagi tau Zara, "Zara kena kencing dalam toilet, tak boleh kencing merata-rata, malu la", "Zara kena bagi tau mommy bila nak terkencing dan jangan dah kencing baru bagi tahu".

At first day, mommy feel very stressed. But, mommy never give up!!

Esoknya, rutin yang sama jadi, dan masuk ari kedua, kerja "auntie cleaner" menjadi kurang sikit sebab slowly, Zara dapat lakukan. Good job!!!

But, masuk hari ke-3, alamak!!! Kencing dalam seluar pulak, baju/ seluar Zara banyak la untuk dibasuh. Okay, mommy tak boleh give up!! 

Dan hari seterusnya menjadi lebih baik. Alhamdulillah. 

Bila masa nak keluar pulak, mommy akan pastikan Zara kencing dulu sebelum keluar. Then, always keep asking Zara sama ada dia nak kencing atau tidak. Nak dijadikan satu cerita, time Zara dating dengan mommy kat mall. Masa tu, mommy baru nak park kereta, Zara dah bagi tau mommy yang dia nak terkencing, then, mommy cakap, Zara sabar sat "tahan-tahan okay" sebab mommy nak parking kereta. Dan Zara jawab "okay, mommy". Lepas dah park kereta, masuk dalam mall, mommy dah hilang ingatan yang Zara nak terkucil. So, mommy pun bagus la menyoping sambil menyorong anak dalam stroller. Suddenly, Zara jerit "mommy, A'a kencing".

Owh.....my gosh... Mommy cepat-cepat bayar dan tolak stroller pergi toilet. Tapi, alkisah... mommy lupa bawa baju spare dan terus mommy decide ajak Zara balik. 

*pengajaran, bila anak dah tak pakai pampers, kena juga bawa baju/pampers spare*

Seminggu lepas kejadian--minggu ke-2, cerita yang lain pulak.

Kali ni, mommy keluar dan bawa semua baju/pampers spare. Suddenly, Zara ajak mommy balik dan mengadu sakit perut. Memang sebelum keluar, mommy dah urut perut Zara sebab dah mengadu sakit perut. Tapi mommy masih mahu meneruskan agenda dating dengan Zara.

Tetiba dalam kereta, Zara terkucil dan mommy singgah di petrol station untuk cuci dan salin baju Zara. 

Kemudian.........

Zara termuntah pulak dalam kereta and this time, mommy bernasib baik sebab maktok ikot sekali. So, apa lagi, mommy drive kereta ke mall dan maktok duduk dalam kereta dengan Zara, manakala, mommy cepat pulak masuk mall untuk beli baju untuk Zara. Nak dijadikan cerita, maktok Zara dah pesan, beli aje la baju apa pun asal anak disalin. Tapi sebabkan mommy Zara yang ala cerewet memilih baju kat Zara, mommy abiskan masa agak lama dalam mall sorang-sorang memilih baju dan bila sampai dalam kereta, maktok dah leterkan mommy sebab amik masa terlalu lama beli baju untuk Zara dalam keadaan yang kecemasan.

Lepas dah salin akibat termuntah dan cuci-cuci apa yang patut, mommy ingat dah okay dan mommy teruskan perjalanan "jalan-jalan cari makan" dengan maktok. Lepas dah selesai makan, sekali lagi, Zara tercirit dalam kereta pulak.

Abis kereta. Hal kereta, okay mommy masih boleh settle. Tapi Zara dah lemas dengan keadaan dia dan minta dibukakan baju. Sekali lagi, mommy terpaksa singgah mall beli baju lagi.

Baju lagi. Maktok dah remind mommy, jangan pilih lama sangat. So, mommy masuk dalam satu kedai aje untuk pilih baju dekat Zara, tu pun kejap letak, kejap amik yang lain. Mmmmm...then pick up baju yang mommy berkenan...bayar..kalut-kalut lari...masuk kereta...drive p petrol station (sebab mustahil nak dukung Zara masuk mall)...cuci...pakaikan baju kat Zara....drive balik.

On the way back, nak tergelak pun ada, marah?? tidak. Sebab itu ialah learning process untuk Zara dan reminder untuk mommy.

Sambil tu, sembang-sembang dan tanya Zara kenapa Zara tak cakap, then she replied, "A'a acit pewut, cian amie..A'a yak (berak) dalam car".

Alamak, mommy jadi sedih. Zara dah bagi tau sakit perut. Tapi mommy masih degil dan teruskan agenda nak keluar dan tanpa preparation yang cukup.

Then, maktok bebel dan ingatkan mommy, lepas ni, kena siap satu beg untuk Zara sama macam waktu Zara baby dulu. 

--terus ayat maktok terjah masuk dalam otak mommy--save--remind--

Kira hari Ahad lepas, Zara completed her training well. Di rumah, Zara sudah tahu ke mana dia nak halakan diri bila dia rasa nak terkencing/terberak.

Cuma di luar, dia akan bagi tau mommy cuma kadangkala mommy lambat bertindak.

Ada jugak yang cakap, "mmm...kesian sangat aih xbagi dia pakai pampers..kenapa? nak save ke?"

Jawapannya, bukan aje nak SAVE...save ialah satu bonus, tapi lebih kepada sifat kendiri anak itu sendiri :)

Mommy still ingat kata-kata Prof Muhaya--"jika kita selalu berikan kata-kata positif untuk anak-anak kita, maka akan terbit sifat-sifat/pemikiran positif pada minda anak-anak. Jika ibu bapa sering mengatakan anaknya MAMPU, maka akan mampu lah anak itu untuk melakukan sesuatu tugas itu dengan baik. Dan sekiranya ibu bapa mengatakan atau memikirkan bahawa anak nya sukar/tidak mampu melakukan sesuatu tugas, maka anak tersebut tidak akan mampu untuk lakukan sesuatu tugas dengan baik".

So, mommy ambil kata-kata tersebut sebagai satu pengajaran dalam membentuk pemikiran anak ke arah yang lebih positif :)

Sekarang, Zara memang betul-betul dah bebas dari diapers tapi mommy masih lagi berhati-hati :)
hye all.....i am free diapers :)



Wednesday 13 February 2013

30 is 3 perfect 10's

30 is 3 perfect 10's
I am 3 series 12.2.2013


3 series--kalau dapat beli kereta BMW 3 series pun best jugak ni :)

Actually, bila menjangkau usia 30-an ni, sikit pun aku tak merasa cuak atau ada perasaan yang kurang menyenangkan. Tapi sebaliknya membawa angka tersebut memberi satu semangat, keyakinan dan perasaan yang lebih matang.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk hidup sihat serta diberi ruang dan peluang dibumi Nya.

Membawa angka 30-an bukan sesuatu yang sukar atau terbeban, tetapi sebaliknya, aku rasa, angka ini sangat "cantik" dan ada aura tersendiri.

30-an adalah suatu angka yang menjadikan kita matang dalam setiap keputusan kerana pada usia begini, kita membawa satu lembaran baru, membawa diri kita dengan cara yang lebih baik dan usia ini diterjemahkan dalam suasana atau keadaan yang lebih sempurna dan baik.

Dalam usia begini, aku bersyukur kerana dikurniakan keluarga sempurna. Suami.....Anak..... alhamdulillah. (anak seterusnya----tungggggguuuuu).

Dalam usia begini, aku bukan sahaja berharap suatu harapan untuk hari ni tetapi untuk masa depan. Perancangan masa depan tidak boleh terus terhenti. Harapan juga sentiasa berbunga untuk sesuatu yang baik.

Terima kasih kepada suami, anak dan ahli keluarga yang lain termasuk keluarga ipar duai yang sentiasa memberi semangat dan dorongan serta pertolongan. :)

Bagi aku usia 30-an adalah satu usia yang sempurna, matang, yakin dan kita membawa penampilan dengan cara yang terbaik. Almaklum la, dalam usia begini, ramai yang menganggap sudah "berusia" jadi, bila dah cecah 30-an, kena la jaga penampilan, pembawakan diri untuk nampak muda dan ceria.

Lagipun, ia sekadar angka, yang penting--hati kita baik dan ikhlas untuk apa sahaja yang kita lakukan.


the CAKE
kek dari colleagues

bila si kecik wish birthday untuk mommy "mommy, epy besday...sayang mama (pengaruh iklan--sambil peluk mommy kuat2)"
ni la cinta hati saya "thank you abah and zara" for a wonderful day 12.2.2013

birthday girl with budak kecik
kiss mommy!!!
LOVE them!!!
ni acara potong kek di opis

TQ to all my colleagues 

Akhir sekali, pembawakan diri kita melambangkan usia kita. Ada setengah orang, usia meningkat tetapi tidak matang. Bagi setengah orang pula, usia muda tetapi cara pembawakan diri terlalu matang dari usia.

Bagi aku, pembawakan diri dan usia harus seiring manakala penampilan diri biar sekata :)

Walau sudah 30-an tetapi masih rasa diri seakan awal 20-an 


30 is fabulous!!!!!!!! 
30 is perfect 3 10's!!!!!!


p/s::Walaupun celebrate dalam keadaan yang kelam kabut sebab mr.suami harus pulang bekerja tetapi tetap HAPPY..... alhamdulillah.
                                      

Sunday 10 February 2013

Dalam Kenangan

Assalamualaikum.... 

10.2.2013--- genap 4 tahun pemergian arwah mak mentua. Manakala usia perkahwinan aku baru mencecah 3 tahun manakala Zara berusia 2 tahun. 

Seingat aku, pemergian arwah hanya selang 2 hari dari tarikh ulangtahun aku. Jadi, selepas aku berkahwin dengan suami, tarikh itu seakan tersemat di minda.

Aku masih ingat sewaktu arwah sakit dan ketika arwah menghembuskan nafas terakhir, suami (ketika itu kami sedang berkawan), selang beberapa minit, dia menghubungi aku memaklumkan "emak" sudah meninggal dunia.

INNALILLAH. 

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, yang hidup perlu teruskan hidup. 

Selepas aku menjadi sebahagian dari keluarga suami, aku mula terbiasa dengan situasi ini, di mana kakak ipar/abang ipar akan SMS dan memperingatkan kami tentang tarikh arwah meninggal. 

Sebenarnya, aku sentiasa ingat kerana seperti aku nyatakan di atas kerana tarikh yang hanya selang 2 hari, cukup memperingatkan aku. 

Sama seperti tahun-tahun yang lepas, apabila kakak ipar SMS, aku pasti menjadi sayu. Sukar aku gambarkan. 

Sayu aku makin menjadi(mungkin kerana aku kini sebahagian dari mereka) dan bila terkenangkan Zara yang langsung tidak mengenali bahkan langsung tidak merasai kasih sayang mak tok/ tok ayah sebelah abah. 

Menangis aku. Suasana hiba dan sebak. Suami aku bagaimana agaknya? Sudah pasti merasa sedih dan dia tidak mampu meluahkan pada aku kerana waktu kami bertemu sangat terhad.

Mengenali arwah sebelum kami berkahwin mungkin itulah takdir Allah. Masa dan kesempatan itu dipinjamkan oleh Allah kepada kami.

Tiada siapa menduga kan. "Pertemuan singkat" antara kami dapat memesrakan kami. Sekurang-kurangnya, aku biasa bersama arwah dan sedikit rasa terkilan berkurangan walaupun rasa kasih sebagai menantu tidak langsung aku rasai.

Jujurnya, arwah amat baik. Mengenali arwah sebelum bergelar menantu adalah saat terindah yang sempat aku rasai.

Allah pinjamkan aku saat itu kerana Allah Maha Mengetahui segalanya. Allah temukan kami ketika kami belum punya sebarang hubungan kekeluargaan yang erat kerana Allah Maha Mengetahui bahawasanya kami tidak akan seerat menantu-mentua. 

Walau apapun, aku sentiasa mendoakan arwah agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. AMIN

AL-FATIHAH untuk arwah mak mentua HJH. SITI AISHAH BINTI MD.ZAIN. 

Amin


p/s:: Mengenalimu seketika sudah cukup untuk aku rasai kasih sayang mu, kehadiran mu sentiasa dalam ingatan.