~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Friday 7 December 2012

Turn TWO soon!!!

5 Disember 2012 - Rabu ~~ usia Zara Amala Binti Muhammad Syafiq sudah mencecah 1 tahun 11 bulan. Sekejap aje masa berlalu. Masih terasa aura mengandung dan melahirkan Zara. Mommy masih terasa betapa lembutnya seorang bayi untuk disentuh dan dibelai untuk kali pertama.

Ternyata, sangat sukar dilupakan dan masih segar! Sangat tersentuh dan jatuhnya air mata seorang ibu dan naluri seorang ibu terus terbit secara jujur dan hakiki. Sangat Ikhlas!! 

Mommy masih terasa air mata yang suam mengalir tak kala, kamu; Zara diletakkan di sebelah mommy. Air mata seorang ibu. Ya Allah, saat yang tidak dilupakan :)

And time flies. Next year Jan 2013, genaplah usia Zara 2 tahun. Alhamdulillah, dalam usia Zara sekarang, dia sudah mampu berdikari, mampu sudah baca doa makan, doa tidur dan i'Allah; doa-doa lain akan mommy ajar nanti.

Kamu, semakin membesar, tapi; mommy masih merasakan kamu masih bayi dengan tapak kaki kamu yang sebesar hanya 2 jari. Kini, kaki kamu sudah melangkah laju dan aktif bergerak.

Zara dah tahu apa itu ABC walaupun tunggang langgang. Tapi tak kisah la. Dalam usia macam ni, walau tunggang langgang, dia tahu apa itu ABC dan dah boleh kenal image bila disoal.

Dan, alhamdulillah jugak number 1-10 pun dah tahu. Bahasa Melayu dan Inggeris. Tapi kadang-kadang masih ada tunggang langgang jugak. 

Zara juga sudah boleh jadi peneman pada mommy dan kadang-kadang selalu teman maklang dia keluar. Zara dah boleh dibuat kawan untuk ke mana aje. Tiada lagi gundah gulana di hati mommy. Zara juga sudah boleh dibuat kawan dan teman berbicara. 

Teman abah? Belum lagi sebab mommy tak harap =p

Masuk usia 2 tahun,  mommy kena fikir cara untuk wean off Breastfeeding pada Zara. Alhamdulillah, mommy mampu susukan Zara walaupun tak fully BF. Susu mak dan susu lembu sama banyak masuk dalam perut Zara :)

Tak kisah la apa pun kaedah yang diberikan selagi seseorang itu bernama ibu/bapa, selagi itulah usaha untuk memberi makan pada anak tetap dilaksanakan. Tak kan sangat sampai hati untuk biarkan anak kelaparan. So, apa saja alternatif yang perlu untuk isi perut anak, I'Allah akan diusahakan selagi ia HALAL.

Alhamdulillah jugak, Zara tidak berdepan dengan sebarang masalah yang buat hati mommy runsing. Setakat demam-demam, batuk, selsema etc ada la. Dan mommy berdoa agar Allah permudahkan segala jalan yang baik untuk Zara.




Last but not least, mommy doakan Zara menjadi anak yang baik, solehah. Dan segalanya yang terbaik. Sekiranya tidak mampu menjadi insan terbaik di mata masyarakat, mommy berdoa Zara menjadi umat terbaik di sisi Allah. Amin


p/s: Bukan aku aje, semua mak bapak akan lakukan dan mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Aku sangat percaya itu!!!

Keluarga Siti di Alam Fantasi ;p

Assalamualaikum and hi peeps!!!!
Keluarga Siti di Alam Fantasi
Nak update cerita yang dah nak basi. Sepatutnya entry ni kena tulis 2 minggu lepas. Tapi disebabkan kekangan masa, so, baru nak update (ni pun curi-curi masa kejap, ;p)

Last 2 weeks, ada dinner untuk student. Actually, dinner ni untuk meraikan student. Dan, sebagai staff, kami perlu support nak-nak aku plak menjaga hal ehwal pelajar plus, aku ni penasihat kepada MPP (Majlis Perwakilan Pelajar).

Annual Dinner kali ni temanya ~~ Fairy Tales Night :: where dreams come true~~ (mula feeling-feeling di awang-awangan).

budak kecik feeling Thumbelina :)
Untuk tema dinner kali ni, surely akan kata, "eleh, nak tiru Anugerah Skrin TV3 lah tu"....

Ooooppppsss... >talk to the hand<

Sebenarnnya, tema dinner asalnya ialah " Horror Night" tapi bila dibincangkan dengan ahli mesyuarat tertinggi   tema ni kena reject. Sebab?? macam kureng class dan menakutkan. Satg ada yang balik dari dinner demam atau kena heart attack. Owhhh, tidakkk!!!

Dan, kata sepakat dipersetujui dengan tema baru. Biasalah, bila project student, kena diskus awal sementara nak buat preparation dan budget.

Dan, bila tarikh dah ditetapkan 23 Nov 2012. Tetiba stesen TV phopular buat sessi prebiu. Date diorang pun awal dari kami. Then, nampak macam kami tiru tema stesen TV terkenal sebab diorang ada prebiu-prebiu, launching-launching. Kami?? Memang la tak ada kan...

Tapi tak kisah la kan. Sebab diorang budget besaaarrrr... Kami budget kecillll...Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. >Happy< Everything goes smoothly.

Apa-apa pun tiada istilah tiru meniru tetapi suratan dan kebetulan. >what very the poyos punya ayat<

Tapi, sedikit bonus sebab dari situ, para student dan staff dapat cari idea nak pakai macam na even masing-masing dah bersarang idea dalam kepala otak. Kalau bab pakaian, memang honestly, kami terjah-terjah idea retis-retis meletopss. Tapi diorang dengan baju tajaan. Ok la kan..Kami ni godek-godek la dalam lemari lama tengok sisa kain lama atau kain perca. >Iyo lah tuh!!!<

Alhamdulillah berkat kesungguhan para pelajar MPP dan pelajar lain, maka dinner berjalan dengan jayanya. Seriously, suka dan puas hati dengan kerja korang. Kalau ada mulut puaka, it's normal. Event mana yang tak pernah orang komen/condemn kan.

u guys are RAWKS!!! ni ada lagi yang tak masuk.
Kerja-kerja belakang tabir sangat mengujakan dengan idea yang menarik. Recycle, Reuse. Memang awesome lah idea lecturer graphic ituuu..

terima kasih korang
ni lah idea "istana sangkut" dari kotak-kotak aje
inilah dia idea awesome dari lecturer graphic as Red Riding Hood

Persembahan yang juga sangat BOOMMM dan berfantasi. I likeeeee!!!
wonderful fantasy drama. Then last sekali ada tarian oppa gangnam style.. eh?! tetiba.. ;p
performance korang pun tidak mengecewakan
staff dan student yang sangat sporting
our emcee...kakak tangan hitam (panggilan dari Zara)
runaway dari Zara as thumbelina and her mommy as Queen gituuu!!!

Best Dress goes to "Thumbelina".. ni undian ramai kan?hope jangan ada berkecil hati  =p

Bila anak tak mau pakai CROWN, mak dia sibuk nak pakai...hahahaha
Anyway, tahniah utk semua pemenang Anugerah Pelajar Terbaik/Harapan dan Anugerah Sukan serta anugerah-anugerah lain.

Table kitorang dapat hadiah paling banyak kot malam tu. Sebab kami menang game, menang cabutan bertuah (3 kali okay), then Best Dress lagi. >jangan marah ye smua< 

eh!!! tetiba ada "Snow White"
Event begini diadakan untuk have fun!!! really enjoy kan? yeahhhh!!! tunggu next year.

Tahniah juga untuk team MPP dan pelajar yang membantu. Korang memang best even asyik kena marah dengan saya dan advisor yang lain.
Lepas dari event, semua pakat-pakat posing sakan lah.

gabungan student dan lecturer yang AWESOME!!!

sporting dan supportive

ini lah family Siti di Alam Fantasi -presented : abah Zara as "PeterPan", Zara as "Thumbelina" and mommy Zara as "Queen"

control CUN
SMILeeeeeeEEE
Time nak balik. Dalam kereta, budak kecik dah pengsan. "Mommy, susu satu". hahahahhaha
bermimpi ke alam fantasi sudah ;p