~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Wednesday 24 October 2012

Mencari Sakinah


Bersyukurlah wahai diri ini,

kata sebahagian sarjana yang menyebut; "SYUKUR kadangkala lebih tinggi makamnya daripada SABAR".



Ramai orang terpaksa BERSABAR, tp belum tentu orang yang mendapat nikmat itu BERSYUKUR. Tapi utk orang yang memiliki nikmat spt apa yang ada sekarang, syukurlah ats nikmat tersebut. SUBHANAALLAH.



"Jika kamu na
k menghitung nikmat Allah, kamu tidak termampu. Jika dilihat hidup ini secara keseluruhan, MASYAALLAH.



"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"



kata HAMKA, "yang ada ini sudah harapan..." tapi insan...



Bukan salah kita mengharapkan yang BELUM ADA, tetapi jangan lupa yang kita TELAH SEDIA ADA.



walluhualam



p/s:: sangat berinspirasi dan memotivasikan diri..




Tuesday 23 October 2012

ex5 class vs honda c70

Assalamualaikum.

Coretan hari ni just nak sharing kisah aku. Di kalangan kita dugaan dan cabaran hidup adalah berbeza.

Itu lah kehidupan. Masing-masing ada hal atau perkara yang perlu ditempuh. Cuma bagaimana untuk kita mengawal keadaan pada waktu kejadian. >cewahhh pandai plak cakap, masa kejadian...mmmmmm :(<

Sepanjang aku kerja, apa aje yang belum aku tempoh. Rasa dah macam-macam dan dah tak sanggup. Dugaan Allah, kita tak tahu bila, di mana dan apa akan berlaku. Aku pernah kehilangan moto >keluar aje dari opis, after opis hour, tengok moto kat parking dah tak ada. P mana pulak, tak kan la bergerak sendiri? dok ingat colleague saja sabotaj...tapi memang realiti moto hilang<   :(

Pernah kena ragut, tapi peragut tak dapat apa-apa hasil sebab aku melawan, cuma tali handbag putus. Lepas balik, kena marah dengan abah sebab, abah kata, baik peragut tu amik beg dari jadi apa-apa yang tidak diingini. Betul juga. Kalau jadi apa-apa, tak kahwin la aku sekarang.

Keadaan di opis yang mana ada orang bermulut puaka, depan baik. Belakang Ya Rabbi. Biarlah. Sebab sejauh mana kita nak bagi orang sukakan kita, tetap ada slack yang buat orang tetap tak suka kita. Just ignore those people like this!!! Selagi kita buat apa yang kita rasa mampu buat, buat lah yang terbaik.

Then, cerita Jumaat lepas. Incik somi hantar aku p kerja. Tengah asyik masyuk bawa moto atas bridge, tetiba, moto stuck!!! Terus berhenti.

Bau, dah hangit semacam. Incik somi try jugak start balik moto. Ternyata cubaan dia tak berjaya. Tiada cara  lain, melainkan tolak. >Dalam hati. OMG, kena tolak moto? dengan berbaju kurung dan ber"heel", tapi apakan daya, nasib aku jenis manusia yang slamber. Follow aje la belakang dan laki aku menolak moto<

Dalam hati, dugaan apa lagi ni. Sudah la scooter nyamuk pun masuk bengkel jugak. Sekarang....ex5 pulak buat pasal. Sabar...sabar...sabar...Inilah dugaan.

Jauh jugak nak tolak moto. >bayangkan lepas dari pertengahan bridge menghala ke Georgetown, tapi memandangkan dari lorong tepi nak melintas ke lorong tengah menghala ke Georgetown adalah sangat mustahil sebab banyak kenderaan di pagi hari<

Maka, kami decide untuk menghala ke Gelugor. Tetiba ada sorang hamba Allah menegur dan bersedia untuk membantu. Alhamdulillah. Allah memberikan kita ujian, dan Allah tetap memberikan kita jalan keluar. Abang yang baik hati tolong kami, sanggup tolak moto, walaupun keadaan moto dia pun kurang baik. Tapi sedaya upaya dia membantu.

Bengkel moto memang tak buka lagi seawal pagi. So, sampai di satu selekoh, incik somi ingin menghulurkan sedikit duit sebagai balasan sebab abang tu dah menolong kami, tapi, dengan rendah diri, abang tu menolak dan beritahu dia menolong ikhlas lagi pun buat pahala di hari Jumaat. Dalam hati, aku berfikir, Ya Allah baik sungguh hambaMu.

Kedai moto jauh lagi, so, abang tu cakap, tak apa, dia tolak lagi memandangkan masih jauh. Incik somi cakap pada abang tu, "tak apa la, sebab abang pun nak p kerja, nanti lewat". Abang tu reply "takpa. saya nak tolong orang".

Dan, abang tu terus menolak moto kami >bayang kan menolak moto yang tidak mampu bergerak dengan muatan dua orang manusia dewasa di atas moto tersebut<

Sampai di lampu isyarat (memang dah dekat dengan bengkel), abang tu terus berlalu tanpa sapaan. Dan kami, tidak sempat pun nak ucapkan terima kasih. Ternyata, dia tersangat ikhlas menghulurkan bantuan.

Sampai bengkel, bengkel belum buka. Iya la..awal pagi lagi. So, mencanggung kami dua orang depan kedai moto. Then, incik somi dah bising cakap lapar. Apa lagi, dari dok menongkat dagu tunggu kedai moto buka, melintas la kami ke seberang jalan dengan mengusung helmet. >moto tinggal dibengkel sekejap<

Bersarapan lah dulu (sambil aku kalut called opis cakap kena amik EL).

Selepas makan, bila melintas semula ke bengkel moto, tengok kedai dah buka dan moto-moto dah bersusun. Moto kami?? Incik somi dah mula cuak. Aku?konon cool. Padahal risau gak mana la apek ni lempaq moto kami. :(

Rupanya moto kami pun disusun sama dengan geng-geng moto rosak. Fuhhh...selamat.

Bila dah apek moto tu belek-belek, ada kerosakan enjin apa ntah. Aku kurang arif. Moto kena tinggal bengkel. Tapi kami nak balik macam mana?? 

Incik somi p tanya apek, "moto boleh tinggal sini, tapi apa macam kita mau balik? Lu kasi moto pinjam la".

Apek moto reply, "ok, tapi lu kena kasi no ic/lesen sama cengkeram mau bayar moto la". Then, incik somi reply, "ok".

Apek bagi moto apa tau bagi pinjam? jeng...jeng

Moto honda c70. Serius old school gila. :) gelak mengekek kami dua orang. Tapi apa boleh buat.

Incik somi dah maintain duduk atas moto. Aku? dok terkulat-kulat lagi nak panjat moto. Bila dah naik moto, sudah!! kaki aku sebelah kanan nak letak mana plak. Sebab?? stand tak dak. Aduhhh...

Bila bagi tau incik somi, dia cakap.. "pandai-pandai lah.darurat ni". :(

Apek tu pesan lagi sebelum kami beredar. "Lu nanti jangan lupa isi minyak ooo, RM2 pun sulah cukup ma".

Berhenti di stesen minyak, pulak satu cerita. Kat mana kunci nak buka seat. Macam biasa kan tank minyak bawah seat. Punya la incik somi dok gelabah mencari sambil pusing satu moto. Sambil tu, pakcik stesen minyak tu boleh pulak tengok kami dengan sinisnya. Dan sambil perli bercakap.....

"Ni bukan tempat kunci nak buka ka? tak kan moto sendiri tak tau kot". Alamak ayat. Makan dalam jugak la.

Incik somi reply, "mana saya nak tau pakcik, bukan moto saya". Takkan pulak nak grand-mother story kat pakcik dari A-Z kan? Pakcik pun, jangan la menilai orang dengan pandangan sinis sangat.

"Nak isi berapa?". Incik somi reply "RM2".

Cukup la kan RM2, isi minyak moto je pun, tak kan nak isi sampai rm20-30 kot. Agak-agak la kan. Pakcik stesen minyak masih pandang sinis.

Lepas isi minyak, perjalanan bermula. Dan aku?

Dengan berbaju kurung, tudia angkat kaki letak kt engkol starter moto (jangan tanya macam mana aku buat, melainkan hampa rasa sendiri) memandangkan pedal untuk letak kaki tak ada. Lenguh???? Jangan cakap la...

Cuba hampa bayangkan pandangan dari belakang. Seorang perempuan memakai baju kurung dan sebelah dari kakinya terangkat tinggi sikit ke atas. Sambil kekadang, melepaskan kaki tergantung ke bawah dengan rasa lenguh. Lucu kan bila lihat pandangan dari belakang. Aku yang rasa, jangan tanya la. Dengan nak tergelak, sedih dan lenguh. Segalanya bercampur baur.

Akhirnya, kami sampai juga di rumah dengan selamatnya.

Mmmmmm...begitu la ceritanya. Pengalaman yang kadang-kadang buat kita rasa sakit, rasa down, rasa happy dan rasa mencabar. Inilah hidup.

Friday 5 October 2012

Sorotan pelbagai kisah

Assalamualaikum... 

Dah lama tak berbelog...Rindu dan banyak perkara nak dikongsi..tapi tak berkesempatan.
Ni pun saja curi-curi masa sekejap (nak rejuvenate kepala otak okay...not curi tulang!!).  :) Last entry was a month ago...

So, kali ni...aku himpunkan segala story mory dalam satu entry... aci tak? kira aci la kan...*adakah orang nak baca @ aku hanya syiok sendiri, SS* owh, tidakkkkk!!!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
31st August 2012 -- alkisahnya, aku, hubby and of course our sweetie pie Zara Amala bersama-sama dengan anak-anak sedara incik suami sempat la dating-dating bersama memandangkan cuti Hari Kebangsaan, MERDEKA!!! Kami pusing-pusing Penang satu hari dan sepanjang perjalanan, sempat berfikir nak habiskan masa di mana. Takkan shopping mall--serius meloyakan di kala cuti umum sebab ramai orang. Lepas dah bertengkar, berteriak dan menjerit-jerit, kami buat keputusan p Toys Museum. *dah rasa macam rombongan mak jemahhss*. Perasaan gila eksaited sebab memikirkan keistimewaan "toys museum" dan dalam kepala otak dok keluar la gambaran patung-patung yang mengagumkan. Tapiiiiiiiii....angan-angan aje dan serius, aku sangat TAK MENCADANGKAN tempat ni kerana amat membosankan dan tiada apa yang menarik. FRUST!!!!!

sebelum ke destinasi pilihan--incik suami dan geng lelaki  p solat jumaat dl di masjid USM dan lepas tu sempat la meronda ke kawasan "universiti dalam taman" yang dicintai. ini lah hostel aku dulu. serious rindu tempat ni dan kawan-kawan yang lain
ni la destinasi pilihan--sangat excited #tangan di bahu# nak masuk sampai nak bayar tiket pun berebut :)
tak sabar-sabar nak masuk *patung BESARRRR tunggu di dalam* hahaha :)
excited ke tu? ke buat-buat excited...
nindia muka bosan :(
sempat gak la berposing masa nak keluar tu..muka Zara pun bosan

Tak sampai 1jam, kami dah keluar...rugi duit tiket. mmmmm. lepas tu, kami pusing satu feringghi dan sempat makan jagung bakar sambil tengok pemandangan dari dalam kereta. Next destination, bertengkar lagi...sebab masing-masing ada tempat nak dituju. At last, p makan *elok perut masing-masing dah meragam* ayuhhh...makan.....
semua dah muka ceria lepas keluar. bersedia utk meronda dan MAKAN!!!!
tudia..makan tak hinggat!!
otw back!!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
9th Septermber 2012 -- sambutan rumah terbuka di rumah SIL. Tak ada apa nk story sangat, tp ada a few pic yang nk dikongsi.
preparation
budak kecik yang penat layan tetamu. hahahha
tak melepaskan peluang berposing. 
ni family saya

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Date:: lupa ~~kereta orange dah amik (sapa yg tak tahu kenapa dengan kisah orange..orange accident)...so, sekarang aku dah boleh gunakan kereta orange seperti sediakala dan kisahnya, bila nak amik kereta, kena bayar RM700. mmmmm...duit lagi...tapi apa-apa pun condition kereta orange dah pulih. Dan sepanjang kereta orange dok "ward ICU", tq to waja yang banyak berbakti. Kalau tidak, patah sayap bertongkat paruh la...

waja yang banyak membantu...tersangat "waja" :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
15th Sept 2012 -- p ber"open house" lagi kat rumah cik puan Dya Shahril. Selain dia open house, dia meraikan sempena masuk ke rumah baru. Sempat la meneroka rumah baru dia. Tapi sebelum nak sampai ke rumah dia, adoi la sesat ke mana hala. Nak called...baru teringat yang no telefon cik puan Dya ni tak ada. So, buka la telefon dan mencari alamat melalui invitation FB. Dan, siap bertanya pada orang...akhirnya, sampai jugak. 

*no picture, sebab tak amik pun*.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
29th Sept 2012 -- berjalan pula ke Sik, Kedah untuk attend wedding. Wedding ni adalah wedding kakak kepada BFF (Yati) masa belajar zaman politeknik dulu. Memang dah banyak perubahan sekitar Sik, tapi nasib aku selamat sampai jugak berbekalkan arah laluan yang dalam telefon. Apa tu?? maksud aku, sebelum nak ke sana, aku asyik ber"wassup" dengan kawan aku ni untuk nak tau direction. Dan, sepanjang perjalanan, aku memang dok check balik message wassup tuh. Yang paling penting, aku kena mengira..hahahaha.. kenapa? sebab kawan aku bagi direction keluar dari tol, kena kira 10 traffic light. So, mengira la aku dengan Zara waktu tu since laki aku tak ikut sekali. Berkat kiraan yang betul dan tepat lah, akhirnya aku sampai jugak. Bayangkan hampir 7-8tahun tidak menjejaki tempat tu dah. Di Sik lah, aku belajar mandi perigi, makan gulai batang pisang dan tengok pasar hari. Bila sampai aje, jumpa aje Yati, terus soalan berkenaan perigi, gulai batang pisang jugak aku tanya.

Serius rindu pada kenangan dulu. Yati, Ana, Yan, Leela dan Kak Aini. 

wedding kak Nab. congratulations to kak Nab dan icik suaminya.

Ni la Norhayati--dia sangat menginspirasikan saya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1st October 2012 -- dalam diam, pejam celik, pejam celik dah setahun aku pegang post "Student Affair Exec" ni. Dalam aku menolak post ni, dan sekarang post tu aku masih pegang dengan jayanya. Iya la sebelum ni, post aku admin exec. Dan skop kerja lebih meluas selain kena berurusan dengan 3rd party. Alhamdulillah, rezeki aku masih di sini untuk berbakti. Rezeki Allah itu luas dan sentiasa bersyukur. Amin

redesignation
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Begitu la kisahnya. Tunggu idea-idea baru untuk dikongsikan bersama...chow chi cau..bye...