~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Thursday 30 August 2012

mentua vs. menantu

Assalamualaikum....hi :)



Sekadar berkongsi pendapat tentang mentua vs. menantu.

Cover story nya..kisah mentua dan menantu..(Jgn plak nanti ada yang cakap, kau apa tau sebab kau mana ada mentua--adess.pedih ya ayat itu!!)

Okay..pernah tak angpa semua tengok cerita mentua vs.menantu lakonan Erra Fazira dan Akasyah di Astro Ria sekitar 2009-2010 kot (agaknya sebab lupa-ingat2 lepas aku abis belajar U dl). Konflik betul cerita tu.

Biasanya, masalah akan timbul apabila menantu perempuan dan mak mentua tinggal satu rumah *sangat klise kisahnya*.. Memang sudah sebati dan sejak azali kot, kalau menantu perempuan dan mak mentua dok sekali, sure ada konflik atau perang saudara. Kenapa ya?

Mmmm..jawapannya (agak aku la), maybe sebab menantu perempuan dan mak mentua, kan sama jantina..mula wujudnya perasaan dengki mendengki...sikap berlawan...sikap tak puas hati..maka timbul perasaan yang kurang enak dalam perhubungan seharian...dalam erti kata lain " tak sebulu". Susah jugak kan?

Tapi, ada jugak yang menantu perempuan yang tersangatlah ngam ho dengan mentua..siap leh soping together2 lagi..mm..kau ado? Kira untuk kes yang begini, memang tersangat lah bahagia :)

Itu kisah menantu perempuan vs. mak mentua. Tapi bagaimana kisahnya menantu lelaki dan mak mentua? Sangat jarang la kalau kita nak dengar kisah menantu lelaki vs. mak mentua. Kalau ada, maybe yang kita baca di newspaper yang selalu buat cover up story panas. Tau tak newspaper apa?hehe.

Lazimnya, perhubungan menantu lelaki dan mak mentua neh, semacam ada "chemistry"..nampak ngam je. Kenapa ya?

Pada pendapat aku, "chemistry" yang wujud antara menantu lelaki dan mak mentua adalah disebabkan perbezaan gender dan mereka terdorong untuk tidak memiliki minat yang sama, bercanggah pendapat dari segi soping-soping neh..Maka konflik antara mereka sangat kurang atau tiada langsung.

Dan, lazimnya..orang akan berpendapat. Menantu lelaki kalau dok rumah mentua, tak banyak kerenah sangat. Sebab tak banyak konflik.

Macam mana pulak, menantu lelaki dengan bapak mentua atau biras-beras lelaki? Normally, mereka sangat la sebulu dan boleh melepak bersama minum kopi. Tapi kalau bergaduh boleh jugak sampai bertumbuk :( *minta dijauhkan*.

Kesimpulannya, kita cuba la pelihara perhubungan dan silaturrahim yang ada dengan sebaik mungkin kerana apabila kita berkahwin dengan pasangan kita, maka kita berkahwin juga dengan seluruh ahli keluarganya. Maka, segala buruk baiknya sebuah keluarga itu, kita perlu terima dengan ikhlas *hah!!amik ayat ala2 ustazah* :)

p/s:: peace no war =p




Tuesday 28 August 2012

Terkejut mak

Pssttt!!!! Nak kongsi satu rahsia...

Dengan dingin hujan lebat waktu ini..baru aku tau yang anak aku sorang ni, Zara Amala rupanya takut hujan lebat. Apa tidaknya, waktu aku tengah tidurkan dia..tak semena-mena *wah-wah ayat..what the poyos*, hujan turun dengan selebatnya beserta angin..anak aku boleh terjaga dan terus melompat memeluk aku.

Terkejut mak jemahss..

So, sekarang tahulah mak kamu wahai anakku yang kamu sangat takut pada hujan lebat. Agaknya kalau dengar guruh/kilat macam mana la kisahnya.. :)

Nak kena ceritakan pada abah Zara gak supaya nanti, abah akan alert bila waktu hujan lebat. Bukan apa, risau..buat waktu tu anak melompat..abah pun melompat sekali sebab tak tahu apa-apa :).

Waktu sekarang, sambil aku menulis entry, bukan saja diiringi denan rintikan hujan tapi juga dengan lagu-lagu merdu yang dinyanyikan oleh sang katak.

Manakala anakku sedang asyik musyuk dibuai mimpi indah..

Tersenyum aku seketika melihat aksi anak ini tidur dengan tenang..setenang air di lautan..Inilah anugerah Allah yang tidak ternilai dengan harta benda..

masa takut..bangun dan terkedek-kedek cari mommy

bila dah ok..macam ni la gaya tidor...acara tidor bebas


Monday 27 August 2012

Keheningan Syawal

Assalamualaikum..... 

Mood puasa dah habis..mood raya masih segar...tapi mood kerja??...mmmm

KAMI
Raya pertama, kami berkumpul di rumah mak (sah-sah la rumah mak aku sebab memang aku tak ada mentua). Paginya, selepas menunaikan solat sunat aildilfitri (aku sah-sah tak berkesempatan nak solat sunat aidilfitri memandangkan budak kecik tak ada sapa nak jaga), kami berkumpul adik beradik dan bersama mengambil giliran untuk bermaafan dengan mak, abah dan adik beradik. 

Selepas sesi bermaafan selesai, tiba sesi berfoto. Waktu sesi berfoto, pintu rumah kami tutup (=p) dulu sebab kalau tak, tak sempat la nak snap sana, nak snap sini. 

inilah potret keluarga kami
Selesai sesi snap-snap, kami sekeluarga berkumpul dan menziarahi kubur opah. Balik dari menziarahi kubur opah, baru lah kami mengalukan kedatangan sesiapa aje datang beraya. Dan, dalam masa yang sama, kami pun pergi la beraya juga. 

menjamu selera sambil melayan tetamu di pagi raya
Dari pagi hingga malam kami beraya dan kami memang tak sempat nak melawat kekawan pun. Maaf ye kekawan!!!(serious aku ingat angpa, tapi aku tak sempat nak melawat angpa atau ajak angpa mai rumah aku..ampun :(

Raya kedua, bermula seawal pagi, kami bertolak ke Kulim (bunyi macam jauh aje). Seawal pagi, kami menziarahi kubur mak dan abah suami aku. *sesi tacing tetap ada dan ayat biasa juga keluar dari suami aku*

Kemudian selesai menziarahi kubur, kami menjenguk pulak ke rumah yang telah lama kami tinggalkan dan terus menjengah ke rumah jiran tetangga. *Jejiran semua pakat memanggil dan dari satu rumah ke satu rumah kami atur memandangkan kami la tuan tanah kedaung yang terlalu lama meninggalkan rumah. Ramai ingat kami menghilang ke mana* :)

Terus pulak ke rumah BIL dan malamnya ke rumah SIL (sebelah suami, memang rumah SIL adalah tempat kami berkumpul). *beg baju memang siap tersedia dalam kereta*

Raya ketiga, menjenguk lagi ke rumah BIL yang lagi sorang. Kemudian terus ke rumah sedara sebelah suami pulak.

Dalam kemeriahan raya, malam raya ketiga, kami digemparkan dengan berita yang abang sulung suami aku sakit tenat di Hospital Serdang. Dan.... raya ke-4, berita mengejutkan yang abang sulung suami aku meninggal dunia. Innalillahiwaillahirajiun...

Keesokkan hari nya, raya ke-4, jam lebih kurang 12.30pm, kami dan adik beradik suami aku bergerak ke KL. ingatkan perjalanan ok..tapi sebaliknya. Dengan jalan jammed bukan dek accident tapi sebab kereta terlalu banyak yang dah bergegas pulang ke kota metropolitan dan hujan yang mengiringi sepanjang perjalanan kami bagai mengerti rasa hati setiap dari kami. Sedih.

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang 4-5 jam menjadi sehingga lebih 10jam. MasyaAllah..pasrah dan redha. Malah jenazah yang sepatutnya dikebumikan lepas Zohor dianjakkan ke Asar. Dan, akhirnya..jenazah perlu juga disemadikan tanpa menunggu kami memandangkan sewaktu Asar, kami semua masih berada di Ipoh. 

Kami selamat sampai di rumah arwah lebih kurang jam 10.30 pm. Dan, setibanya kami di sana, hanya surah Yassin yang kelihatan memandangkan majlis tahlil pun dah selamat dijalankan dan orang ramai pun semakin beransur pulang. Dengan segala keletihan dan kesedihan kami pasrah kerana tidak sempat melihat arwah untuk kali terakhir, namun doa mengiringi perjalanan arwah ke alam barzakh. 

Semoga roh abang caq ditempatkan kalangan orang- orang beriman.

DaripadaNya kita datang, dan; kepadaNya kita kembali...Al-Fatihah

Keesokkannya, kami menziarahi kubur arwah di Tanah Perkuburan UPM, Serdang. Dan sejurus menziarahi arwah, kami bergegas pulang ke Penang dengan iringan doa untuk arwah. 

Al-Fatihah abang caq, semoga kamu tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.Amin.

Dan, perjalanan kami diteruskan dan kami adik beradik berpisah di Sungai Perak memandangkan kami meneruskan perjalanan ke Taiping untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu sebelah aku yang sepatutnya berlangsung pada hari yang sama.

Jadi, kami sekadar pergi memehuni undangan walaupun sampai Taiping lebih kurang pukul 11.30pm dari KL. Kenduri dah habis, jadi sua muka dan tidur semalaman di Taiping sebelum pulang ke Penang keesokkan paginya. 

Sampai aje di Penang, kami ke rumah mak-mak sedara sebelah suami dan berhimpun di rumah SIL pula.

Ahad, raya ke-8, kami ke rumah mak-mak sedara sebelah aku pula. Dan, Isnin...kembali bekerja. 
Raya tahun ini, segala perasaan bercampur dalam hati kami....Segalanya sudah ditentukan Allah..



Wednesday 15 August 2012

Jiwa tersentuh



--Ramadhan almost over--

Seriously, iklan ni sangat tacing-tacing..tetiba bila tgk iklan neh. Otak aku, terus terarah ke suami aku. Sebab penghujung cerita ni, sama dengan apa yang biasa kami lakukan..Ziarah kubur.

Cuma bezanya, iklan ni plak melibatkan kanak-kanak istimewa yang ditinggalkan di rumah anak yatim. Tapi pendekatannya, hampir sama dan yang pasti sangat menyentuh jiwa.

Memang nampak sangat aku semacam over dengan kisah suami yang kehilangan kedua orang tua..tapi sejujurnya, aku cuba berada dalam situasi dia dan sedikit sebanyak aku terkena tempias suami yang selalu kenang pada kedua arwah mak abahnya.

Paling tersentuh, bila dia berkali-kali cakap pada anak kami, Zara Amala...yang Zara tak sempat jumpa maktok/tok ayah macam kazen-kazen Zara yang lain. 

Dan dengan aku plak, suami aku akan cakap, ayat yang lebih kurang sama, aku berkahwin dengan orang yang tak ada mak/abah, tak sempat merasa ada mentua, dan; kalau arwah mak/abah ada lagi, kita kena dok sekali dengan diorang..tak apa kan...

"Abang...kita kena pasrah dan redha dengan ketentuan Allah..Allah ambil kedua mereka, tapi Allah berikan abang pengganti; iaitu, isteri dan anak yang perlu abang jaga dan ambil berat. Mungkin peranan kami dengan arwah tak sama, tapi kami kini sebahagian dari kehidupan abang."

Itu saja kata-kata yang mampu aku ucapkan bila suami aku terkenang/teringat arwah. Itu belum lagi bila dia ada masalah. Dia lebih tegar simpan sendirian dari bercerita dengan aku sebab dia sudah terbiasa bercerita dengan arwah mak dia. Sampai la, aku kena tanya, baru la..diluahkan. Sedihkan...

Wednesday 8 August 2012

Tindik

Semangat raya mommy mai lagi sebab tetiba p window shopping dengan maktok, tetiba idea mai p singgah masuk kedai emas *ting...ting*

Actually, dah banyak kedai mommy p melawat, kedai pertama masuk--ramai orang, sampai nak lalu pun tak boleh *ok, fine!!*

Masuk kedai kedua-- "kami tarak buat untuk budak...sorry aaa"  *ok, frustrated*

Dah malas nak buat, then tetiba lalu depan satu kedai, maktok bersuara..."jom try p tanya kedai ni pulak, tapi kalau tak buat jugak, kita balik lah"..*maktok pun dah macam orang frust*
So, mommy pun tanya dan sekali tengok-tengok emas. *tengok je la*

Bila dah tanya kedai yang ketiga, amoi comey tu cakap, "yes, ada..."
So, mommy just senyum sambil angguk kepala, OK.

Tapi sebelum bertindik, mommy called abah dulu minta kebenaran dan yes, abah bagi green light.
Abah cakap, "OK gak, since orang selalu cakap Zara macam boy sebab tak ada rambut".

*memang ramai akan tanya, "lelaki ke perempuan", even mommy pakaikan Zara baju kembang-kembang+hairband.*
Menci tau!!! tak kan la nak marah orang yang selalu bertanya. ::Mode:: sabar..sabar..sabar

So, mommy dengan senyuman menjawab, "of course la girl..kan pakai baju kembang dengan hairband".
*haishh...orang yang tanya pun tengok la dulu sebelum tanya soalan tak logik, tak kan lah boy pakai baju gown+hairband...kan

peralatan untuk tindik telinga
pen-untuk menanda
ubat kebas
pistol untuk menindik telinga
subang

amoi comey tengah menanda telinga Zara
masa ni, Zara still maintain "macho"

baru selesai sebelah telinga, nangis sampai bergegar kedai sebab terkejut. so, mommy bawa p pusing-pusing dulu. Lagi pun, amoi comey pun macam faham aje bila tindik subang untuk toddler macam Zara.
Bila dah diam, baru tindik lagi sebelah

Dah selesai!!! tapi masuk dalam kereta, terus senyap sunyi.  Merajuk la tu. Kalau tidak, mulut dia bising macam berteh jagung. *pot...pet...pot...pet*

sampai aje rumah terus minta masuk buai "amie...amie...waiii..waii *buai*"
*roti sebagai umpan untuk mommy bodek suruh diam :))*


p/s::Lepas aje selesai bertindik, terus balik rumah. Mommy dan maktok dah tak berani nak pusing-pusing berwindow soping. Takut Zara amuk.