~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Saturday 25 February 2012

untuk kamu!!!

Zara Amala

tiada apa dapat mommy ungkapkan untuk zara
tiada apa dapat mommy janjikan untuk zara
tiada apa dapat mommy berikan untuk zara
tapi hanya satu dapat mommy katakan
mommy berusaha berikan yang terbaik utk zara

Wednesday 22 February 2012

A Cute Hello Kitty Dental Clinic Opened in Tokyo

Kalau lah di Malaysia ada dental clinic yg macam ni, sure kana-kanak tak takut lagi nkp cabut gigi. Bukan setakat kanak-kanak, silap-silap parents kanak-kanak yang takut nak jumpa dentist pun akan mai ke sini.








sekadar motivasi

Monday 13 February 2012

Kisah Sepotong KEK....




Salam,

Kelmarin 12.2.12, genap usia aku DUA SEMBILAN..aduh!!!!usia aku semakin meningkat tapi jiwa tetap awet muda selalu..ceh..perasan!!.

Sah-sah aje jam kul 12.00am, en.suami terus wish me "Happy Birthday!!". Tiada apa yang membuatkan hati tersentuh melainkan ucapan yg aku rasa sgt lah IKLAS!! terharu aku--sungguh..

Keesokkannya, baru lah kami sekeluarga p celebrate birthday girl--nak rasa muda aje. Tak ada lah majlis besar beria utk sambut hari tua aku. tapi cukup dengan sepotong kek --try nk buat ayat kesian.

Tapi kisahnya, bukan lah sepotong kek atau sambutan hari tua yg dinantikan, tp sememangnya cukup dengan ucapan dan kasih sayang yang benar-benar tulus iklas--syahdu plak.

Kisahnya--walaupun sejuta kek yang dihadiahkan, ia masih tidak sama dengan sekeping rasa kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas yang diberi. Kerana rasa kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas sudah cukup mengambarkan segalanya.

Kisahnya--kisah sepotong kek mungkin telah berakhir bersama dengan kenangan, tetapi kisah kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas masih terus dibuai.

Kisahnya--kisah sepotong kek masih tidak dapat disamakan dengan nilai kasih sayang dan "hadiah" paling bernilai yang diANUGERAHkan ALLAH kepada aku. 

Ya ALLAH...aku bermohon kepadaMU agar terus dilimpahkan 
REZEKI dan KEBAHAGIAAN 
di dunia dan di akhirat
kepada kami sekeluarga
Ya ALLAH...aku bermohon agar Kau permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga
di dunia dan di akhirat
Ya ALLAH, aku bermohon agar Kau terus bekalkan kami 
dengan kecekalan dan keimanan
kau bekalkanlah kami dengan cahaya Nur Mu
Ya ALLAH..aku bermohon agar kami sentiasa di bawah limpah kurniaMu
AMIN

Kisahnya--kisah sepotong kek bukan lah perkara utama. tapi ketulusan dan keikhlasan dalam persahabatan, berkongsi cerita dan suka duka.

Kisahnya--kisah sepotong kek dan selembar kasih sayang sangat membuatkan aku BAHAGIA sepertimana manisnya sepotong kek dan manisnya ucapan yang disampaikan.

Kisah sepotong kek mungkin sudah berakhir...

Tapi kisah kasih sayang terus mekar bersama ucapan yg tetap segar..


Segalanya adalah "hadiah" paling bernilai yg sukar diungkapkan dgn kata-kata kerana ia sgt tulus ikhlas...
♥♥♥


Kisah sepotong kek masih tidak dapat dibandingkan dgn sekeping kasih 
sayang!!!tapi kedua-duanya buat saya sgt BAHAGIA!!

Friday 10 February 2012

Tribute kepada arwah mak mentua

Assalamualaikum...

Hari ni 10 Februari 2012--genap 3 tahun pemergian mak mentua aku. 

Banyak kenangan bersamanya. Walaupun waktu itu, aku belum lagi bergelar menantu kepada arwah, tetapi kami masih boleh menghabiskan waktu bersama. 

Mengimbau kembali kenangan bersama arwah, mungkin ianya sukar di bentangkan dengan kata-kata kerana ia adalah perhubungan yg terus tercetus dari hati. Kami pernah pergi bercuti bersama, makan berkongsi pinggan dan sebagainya. Segalanya berlaku suatu waktu dan aku belum lagi menantu beliau.

Beliau meninggalkan alam yang fana ini, kerana kanser usus. Aku melihat sendiri penderitaan beliau. Malah aku juga pernah menemani beliau sewaktu menjalani kimioterapi. Aku melihat bagaimana arwah letih lepas menjalani kimioterapi, bagaimana arwah tidak lalu makan selepas menjalani kimioterapi.

Tapi, arwah sangat kuat semangat sewaktu menjalani hari-hari beliau. Tidak sedikit pun beliau merungut malah semakin kuat semangat. Malah beliau masih boleh memandu ke sana ke sini. Ternyata beliau "kuat".

Aku sebagai menantu
--Benar, aku tidak terlalu mengenali beliau secara rapat, tapi kami tetap pernah bersama melalukan pelbagai aktiviti. 

--Benar, aku tidak terlalu akrab dengan beliau -- tapi cukup bagi aku untuk mengimbau segala kenangan bersama beliau.

--Benar, aku tidak bergelar menantu beliau ketika itu -- tapi cukup untuk aku merasai nilai kasih sayangnya.

Benar, aku tidak pernah duduk di dapur memasak bersamanya -- tapi cukup bila kami pernah makan sepinggan walau sepinggan mee goreng.


Zara Amala--cucu arwah
--kisah seorang bayi yang dilahirkan tanpa pernah melihat dan menerima sentuhan air tangan maktok kulim. Tapi syukur masih ada gambar untuk budak kecik mengenali arwah maktok kulim. Kami tidak pernah lupa bercerita tentang kisah maktok kulim. Malah kami bawa juga Zara untuk melihat kubur dan sentiasa berpesan pada anak ini supaya sentiasa berdoa dan mengingati maktok kulim. 

--Jika maktok kulim masih ada, pasti beliau gembira melihat telatah Zara yang semakin membesar. Telatah Zara yang suka berceloteh walau sepatah perkataan tidak di fahami.

--Jika maktok kulim masih ada, pasti beliau terhibur melihat Zara berlari dan berjalan ke sana ke sini. Telatah Zara memanjat sofa, bermain masak-masak, bermain patung.


Segalanya kenangan, kini beliau tiada lagi. Namun segala kenangan bersama beliau tetap segar di ingatan. Semoga doa untuk arwah dari menantu dan cucu yang tidak sempat menerima seluruh kasih sayang nya tetap sampai kepada arwah.

Semoga ALLAH memberikan syurga Jannah utk arwah. Semoga ALLAH menempatkan beliau di kalangan orang-orang beriman. AMIN



AL-FATIHAH




Wednesday 8 February 2012

Zara merayau naik basikal dengan mommy

Salam....

Masa cuti yg lepas, tinggal aku dan zara aje menghabiskan cuti bersama di kampung. Abah Zara memang x ikut sebab kena bekerja. 

Asalnye nk bermalam, semalam aje. tapi syiok juga di kampung. So, kena la call en.suami minta kebenaran utk bermalam lagi di kampung.

Memamg BEST lah. Lagipun, masa ni la semua family berkumpul. Mak menakan, pak menakan, sepupu sepapat berhimpun. Masak- masak, makan-makan sampai x ingat. Kembung perut. Time malam, pakat dok tepuk perut, urut perut sebab kembung. Iya la sebab macam-macam melantak.--kuih-muih dari ubi kayu, gulai nangka, ulam pucuk ubi kayu dan segala macam dari segala yg berangin. Time makan sedap aje--time berangin--ha amik sendiri tanggung!!!

Time kat kampung, time ni la Zara memang berlemuih (comot). Memang xsempat ber"hairband", ber"skirt" dan nak ber"cute-miut". hahah

Yang best nye, Zara mmg di bawa ke sawah, nek basikal, semua cara anak kampung. Dia pun eksaited.

Ni la picture Zara time nek basikal (dok dalam raga beskal). Sangat la eksaited, gelak mengekek.