~being together for..........~

Lil' Z Birthday

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Followers

Saturday 31 December 2011

welcome 2012

Hi semua...

Happy New Year 2012...setiap kali tahun baru semua org meletakkan azam atau tanda aras pada kemajuan diri masing-masing.

Apa azam tahun baru angpa semua? aku? "biarlah rahsia"...ceh...

Semua bertekad utk lakukan yg terbaik!!! itu sudah pasti..2012 bagi aku adalah satu permulaan untuk membentuk, membina dan memperkukuhkan keluarga (bukan bermaksud utk menambah bilangan ahli keluarga--jgn dok salah faham lak).

--

2012 - dis coming Jan 5-- Zara's turning ONE (pengerat kasih sayang dan penyeri keluarga)..alhamdulillah..inilah rahmat dan rezeki ALLAH.

--

2012 - dis coming February 12-- alamak sudah TWO NINE...
ohhhh..tidak!!!!!!!!
tapi masih perlu terima kenyataan itu...tapi jiwa masih muda remaja...hahahahaha


--



2012 - dis coming March 17-- genap 2 tahun usia perkahwinan kami...berharap sangat agar 2012 memberikan kami satu peluang dan ruang utk terus memperkukuhkan keluarga..lebih berusaha untuk mengeratkan hubungan keluarga dan terus berusaha keras DEMI KELUARGA

--

2012 - April >>September -- terus berusaha membina empayar (wah!!cm besar je empayar aku n laki aku..ahhhahaha)

--

2012 - dis coming Okt 22-- my hubby's lucky number :: THREE ZERO ::--huuhhuuh...kata org lelaki dalam usia cmni...tgh masa nya untuk terus maju dan berfikir serta bertindak utk masa depan. mudah2an..AMIN

--

2012 - November >>December-- berharap dan berdoa agar terus sukses di masa hadapan..dunia dan akhirat..AMIN

--

Semoga 2012 menjanjikan satu kesinambungan untuk kejayaan kami sekeluarga. AMIN. yang pasti 2012 bukan lagi tahun percubaan kerana bukan masa yang sesuai (dok asyik percubaan bila nk datangkan hasil)

Untuk 2012, aku dan suami masih memikirkan apakah bidang/bisnes baru yg patut kami teroka. Semoga sukses!!!!!

kitorg celeb n countdown new year kt kepala batas...


Friday 30 December 2011

need photographer?

perlukan photographer utk hari bahagia?xtahu mana nk cari...blh hubungi saya di FB (tgk link FB sebelah)














Thursday 29 December 2011

KRONOLOGI 2011

~selamat tinggal 2011~


Memandangkan 2011 merupakan tahun percubaan untuk banyak perkara -- trial and error year for us...banyak percubaan yg berhasil (alhamdulillah) dan tak kurang jugak yg terus hancus...tapi mungkin bukan rezeki kami.

2011 adalah tahun yang sangat mencabar untuk kami "husband & wife". banyak rintangan dan halangan malah banyak dugaan. sesungguhnya, kami sedaya upaya untuk terus tenang. cabaran terlalu besar (hanya kami mengetahui) dan sedaya upaya juga kami cuba menyelesaikannya.

2011 adalah tahun yang mengajar kami agar terus matang (sbb banyak sgt CUBAAN) dan untuk terus mengenali antara satu sama lain. perlukan kekuatan mental dan fizikal.

2011 adalah tahun untuk terus menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru bersama orang baru -- kena la adjust timing sbb dah jadi parent pada adorable baby- ZARA AMALA..

2011 adalah tahun pada tanggungjawab dan tugas baru -- after finished my confinement period--aku terus tukar post dari admin>>student affair plak (tangunggjawab berbeza--gaji tetap sama~~kesian kn?)....en.husb pun sama..bertukar kerjaya utk keselesaan kami sekeluarga.(Cmni org kerja private--bkn sengaja utk bertukar kerjaya--tapi utk self satisfaction and career  advancement)..


Jan 2011
~melahirkan Zara Amala~
jenuh jugak meneran utk melahirkannya. punya register bagai ngn KPJ. sekali dh sakit nk terberanak (keadaan kalut dan gabra-1st experience) ~ en.husb bawa ke Hosp Bukit Mertajam. alahai..punya la dok sakit~~contraction sana sini~ sekali dari 4am xblh gk beranak.
terus dibawa naik ambulans (1st time naik weii) dlm keadaan sakit ke Hosp Seberang Jaya--gila ambulans bawa laju bukan main. at last kul 11.15am. segalanya selamat..alhamdulillah


dalam masa yg sama percubaan (bersama en.hubby) untuk berbisnes kurang berhasil 
- join SKOR A (atas inisiatif kakak ipar ku juga)--tidak tahu di mana silapnya-pelaburan yg belum berbalik modal hingga kini
maybe sebab kurang fokus dan kurang bekerja. attend seminar/kursus merata dah


Feb 2011
~menyambut hari lahir ketika dlm pantang~
sangat menantikan saat-saat menghabiskan sessi berpantang dengan cepat sbb sangat bosan tahu!!!
berpantang bersama LEESA FORMULA + ubat2 kampung + maspati haruan


sangat suka guna produk ni...paling best ginger cream + barut (dh cm ikat tali kasut kt badan--sangat selesa)

tika menanti saat untuk menghabiskan masa berpantang, en.suami tiada di sisi. 
dia ditugaskan (ceh..mcm tentera plak kena masuk hutan--hahhaha) ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kursus--mula2 hanya untuk 2 minggu. tapi tup-tup hampir 2 bulan.

March 2011
~mula bertugas kembali~
en.suami masih belum pulang. bayi comel harus ditinggalkan dgn maktok (sbb tok abah xmau cucu dihantar ke pengasuh--alasan::nanti rapat dgn org luar--walau maktok yg jaga--upah ttp sama mcm BS yg lain ye)
sedih gak meninggalkan bayi comel walaupun hanya sekejap untuk bekerja. malam, si kecik menemani dan menjadi sahabat baik mommy sbb abah tak ada.

- join plak Zhulian--tp aku bukan jual emas celup neh--aku join utk produk kesihatan cam supplement "B-YOUNG" (aku amik supplement nih pas bersalin--untuk kembali ke bentuk asal), vitamin,water filter, produk kesihatan etc.-
pelaburan yg dibuat juga kurang berhasil - memang x balik modal langsung
~terus mencari di mana silapnya~mungkin bukan rezeki

APRIL 2011
en.suami sudah pulang
pernah decide utk berhenti kerja--en.suami benarkan. tapi ibunda menghalang atas beberapa alasan yg sangat munasabah
jadi, kami suami isteri terus muhasabah (ceh!!ayat)
~kesimpulan:: xjadi berhenti~

MEI 2011
secara rasminya bertukar jawatan, gred jawatan tapiiiiiiiiiiii...gaji nya tetap SAMA
effective date mmg la OCTOBER 2011--tapi aku dah buat kerja utk post ni start dari May kot...
terima lah kerana ia rezeki ALLAH dan masih HALAL untuk kami sekeluarga
atas inisiatif kakak ipar aku- kami, husb and wife join plak AMWAY--tapi untuk kegunaan sendiri

JUNE 2011
job hunting sana sini -- area seberang
~alasan :: sebab aku dah x larat nk ulang alik dari kulim(rumah kami)-bukit mertajam (rumah ibunda--untuk hantar zara)-penang(office). untuk setiap hari..letih mak ok!!
so en.husb and I terus decide utk tinggal aje la dgn ibunda ku--hehehehe..
tapi kami still balik Kulim pada weekend
lagi pun hanya kami bertiga- dalam keadaan zara yg masih kecil. abah dan mak x harap sangat kami tinggal berasingan- sbb risau xdpt handle kalau zara nangeh tgh malam-aku dan en.husb sangat tidak berpengalaman.
lagipun bosan kot asyik tgk muka tu aje--sebab aku dah biasa dgn keadaan riuh rendah

JULY 2011
tiada apa yang sangat istimewa
cuma sempat berholiday bersama family
kami sekeluarga termasuk mak, abah, abg n his wife dan adik2 ke Cameron Highlands
kami stay kat Heritage Hotel and Greenhills Resort
bercuti 3h 2m
~balik dari bercuti (on the way back to Penang) tetiba received a phone call dari kampung~
opah sakit jatuh bilik air--so dlm keadaan keletihan, kami terus ke Hosp Parit Buntar -- around 12.00am
dari hosp bawa opah blk ke Penang ~ since opah tak ada anak yang lain coz abah adalah anak tunggal

AUGUST 2011
fasting month
~bantu mak jaga opah yang sakit~

SEPTEMBER 2011
raya...raya..raya
pertengahan Sept- opah meninggal setelah sakit tua~ ~ aku kat opis masa 2, baru nk lunch. sekali terus balik
xsempat bersama arwah-minta maaf pun masa last raya
~semoga arwah ditempatkan dikalangan org-org beriman--AMIN~

OCTOBER 2011
en.husb celeb his birthday
amboi!! terus demand nk hadiah--so aku perlu tunaikan--first time celeb bersama as husband and wife
siap ada pre-celeb for his birth
mentang2 his birthday- abah order macam2--tp ok je..becoz he paid by his own...ngeee
ONE happy family
he got his present-POLO watch
~secara rasmi juga aku bertukar tempat di opis -- dlu aku dok kt department bawah--sekarang aku berpindah ke department academic di atas~ kena la usung berkotak2 barang2 aku

NOVEMBER 2011
seperti biasa--life must go on

DECEMBER 2011
 keadaan busy di opis--too many ad hoc task should be done
tak menang tangan di opis --kepala otak sibuk nk menghabiskan cuti
~selesaikan kerja sehabis baik-sanggup stay back until 9.30pm utk selesaikan kerja before BERCUTI~
terus marathon bercuti--yeayyyy...suka--suka--suka
~masuk kerja semula dgn hati yg tenang::lagi 2-3hari melangkah ke tahun baru 2012


eh..lupa nk ckp..time2 hampir-hampir ke hujung tahun ni--ni pun bermula atas request sorg kawan yg buka butik pengantin--kira utk customer dia la..sambil2 tu, aku berjaya gk dpt customer sndri..rezeki..AMIN..aku dh start buat kerja2 yg aku suka secara kecil2an..mula start buat hantaran, bridal hand bouquet, make up etc yg berkaitan perkahwinan..next year, nk masuk jarum utk photographer...harap menjadi lah!!heeheheh..AMIN








WELCOME 2012--semoga terus sukses!!!!!!!!!!berharap agar ALLAH terus memberikan rezekiNya...AMEEN







aktiviti Zara

apabila mommy and abah bercuti...inilah aktiviti Zara..

playground time

~buai laju-laju~

iskk3...cmna nk buai ni...okey ke x? cm nk jatuh je...

alamak...risau lah...cool

Wednesday 28 December 2011

bridal hand bouquet

cuti yang aku ambil hujung2 tahun ni sangat tidak disia-siakan..sebab ada tempahan utk bridal hand bouquet untuk disiapkan pada 24 Dec 2011

mencuba sesuatu yg baru - untuk aku la...cuba letak manik2 plak kt bahagian reben ...

taaarraaaa--inilah hasil nya...lily for bridal hand bouquet
manik-manik pada reben


hasilnya

view dari atas

Thursday 22 December 2011

she's turning ONE soon!!!

salam..

tetiba aku eksaited nk tulis ttg zara yg lagi 2 minggu akn sambut hari lahir PERTAMA..she's turning ONE soon...majlisnya dalam masa terdekat...

lagi 2 minggu, zara genap setahun...hoooraayyy!!!

so sekarang, aku tgh survey2 dan memikirkan sesuatu untuk zara..since she's really like CAT, so aku plan nk buat birthday party dan segala persiapan bertemakan "HELLO KITTY"...alahaii...sweet..

sebenarnya, selain dari birthday party ni...dalam masa yg sama, kami satu family plan nk buat kenduri kesyukuran/doa selamat dan bacaan yassin...

aku terfikir apakah yg sesuai utk dimasukkan dalam goodies bag utk group org yg bacakan yassin, goodies bag utk kids yg dtg semua...

tetiba terus search dan berminat dgn goodies bag yg camni..DIY goodies bag -- serius aku mmg akn buat sndri yg ala2 cmni...

masa tgh image search kot www.yahoo.com ttg goodies bag, terus terbekenan dgn goodies bag "HELLO KITTY"  ni..walaupun sangat simple (mayb pada org lain- cm org SAVE COST aje...tapi aku sgt suka pada something yg sgt creative cmni)

ada nilai sentimental yg membuatkan aku puas hati dgn apa yg aku ingin lakukan utk Zara...

siap ada misai2 dan reben bagai..hehehehhe
(eksaited nk buat dah ni -- balik ni terus nkp cari paper---gunting2--gam2) heheeheheh...over tau!!!

untuk kek plak, aku dah pun buat reservation dan siap gtau nk edible "HELLO KITTY"..heheheh...waaaa...terus reserve kek...cuma kena confirmkan balik lagi seminggu before majlis..

comey la kek neh...

lepas 2, dah siap juga survey homemade lollipop utk dimasukkan dalam goodies bag for kids...dah siap tunjuk contoh dan sekali dimaklumkan oleh tukang cekelat, lollipop ni pun leh boh edible pic..nk boh pic zara pun blh...tapi...owhhh NO..NO...xmau muka zara sbb sgt impossible nk boh pic zara pada lollipop...sat gambar 2 akn di makan...owhh..TIDAAAKKK!!!...

so, aku minta edible "HELLO KITTY" gak ok..ehhhehehe...


so, skrg tgh plan juga makanan yg sesuai utk tetamu - yg simple je sbb majlis akn diadakan petang- so xdak la makanan yg heavy2..

gpun, perancangan nye sangat simple utk zara..sebab kami x plan utk majlis yg rak bagai...majlis kami plan tersangat la santai utk birthday zara...eksaited meraikan birthday pertama zara...gpun, zara bkn pandai sangat demand ttg majlis2 ni..kecik lagi kot...so, biar lah majlis nye simple tapi besttt..

jadi, kita tunggu je la majlis nye...aku akn update entry ttg majlis ni nanti...

ting tong thursday

source: www.yahoo.com 
ting tong thursday!!!

hari ni mai opis rasa satu kepala ~ting tong~ sbb semalam xcukup tidor...gara-gara Zara yg bangun di awal pagi dinihari--bayangkan kul 3am dia start berjaga smpi lah kul 7am tadi..

adooiiii..mommy sangat ngantuk...nk buat kerja ~~ am not in mood...uuuwwaaaa...

kalau tak dilayan...satg jadi apa2 lak kan nyesal..sbb before ni dah brp kali zara jatuh katil..so, kena lah sengkang mata sebesar-besarnya...sambil layan FB kot Blackberry..hu3...sampai muak kot layan FB..

so, dis morning...TING TONG~ ~ ~ i need sleep...am very sleepy..owhhhh...

Wednesday 21 December 2011

setelah bergelar MOMMY

BANYAK perkara yang berubah dalam hidup setelah bergelar MOMMY... owwhhh...am a mommy to adorable baby..unbelievable....

bila dh bergelar mak2 neh..banyak perkara dah berubah...yg pasti; kekurangan duit dan tidur (kena berusaha keras neh), tanggungjawab bertambah (sedaya upaya). tapi, aku tersedar yg perubahan tersebut terus memberikan mimpi2 indah untuk terus diraikan.... 

  • tersedar ada kekuatan dalaman yg selama ini tidak disedari - - segalanya demi anak tersayang -- terus terfikir blh jadi "supermak"...hahahh
  • terfikir secara logik yg waktu kandungan, dgn mengusung perut selama 9 bulan; tersangatlah berbaloi...indahnya kurniaan ALLAH
  • sekarang dah xpayah nk guna alarm2 lagi...sebab Zara akan set daily schedule yg baru..skrg dlm kol 3am-5am, zara akn bangun menyusu..then kol 7am dia bgn kejut mommy~~so mommy secara rela kena bangun...-- x rasa nk marah..klo dlu..mesti kejang otot nk bangun awal pagi...uwaaa...
  • baru terfikir utk menghargai parent dlm cara yg baru -- bkn la dulu xrespect..tp skrg sukar utk dijelaskan--lebih sensitif kot
  • klo dulu...rasa sakit sikit..tp over je lebih (hahah..terpaksa mengaku) tp sekarang, kesakitan anak lebih terasa sakit dari sakit diri sendiri. 
  • sekarang SANGAT tidak kisah utk tidur awal di hari Jumaat -- sedangkan dulu mesti tidur lambat sbb sabtu kan cuti...
  • sekarang hati makin sensitif dan cepat aje terasa especially kalau bab2 anak neh...automatik kot
  • tetiba BANYAK je info mengenai bayi2/ kanak yg diketahui..padahal before ni...satu menda apa pun xtau..
  • bila tgk cermin, tergambar muka anak...tgk pic masa baby2--terus nampak muka anak je...how's sweet...alahhaaiii
  • tak terasa jijik plak berkenaan fungsi tubuh bayi, kalau baby buang najis pun, xheran...ok je basuh berak...even dlu kalau kongsi atau mknn bekas bayi lain mcm aeeuuuwww...xlalu...tapi sekarang susah nk explain...
  • pengorbanan mendapatkan bayi seolah2 berbaloi-- ye la..masa mengandung--ada 2-3 kali gk dok bermalam kt hospital..padahal sebelum ni xpenah la bermalam kt hospital apatah lagi ikot pakej 3hari 2 malam...hahaha
  • akhirnya--menghargai badan sendiri -- mesti jaga makan sebab xmau zara kembung perut sbb zara BF..hehehe..kalau dulu main hentam saja makan ikot apa yg teringin...hehhehe
  • MAGICAL POWERS!!! ayat yg sesuai utk digambarkan...segalanya tentang bayi sgt bermakna!!!!
  • macam nk je gtau kt ibu bapa yg baru neh "saya tahu perasaan anda sebagai ibu...saya sangat memahami"
  • rasa utk peluk dan cium baby lebih bermakna even dah lewat nkp kerja...hehehe...kalut2 pun mesti nk cium or hug zara...believe me!!!
  • pelik...walaupun kita baru melahirkan/bersama baby kita macam kes aku zara belum lagi smpi setahun; tapi seriously. aku sangat sayang dia, setiap detik--ingatan untuk zara..
  • masa bersama anak adalah yg TERSANGAT PENTING!!!..smpai sanggup abaikan masa untuk diri sendiri...kalau nk SHOPPING pun, mesti ingat utk belikan kat Zara dlu...mommy nye baju dh tak kisah sgt...
  • hahaha...dulu nk kuar rumah pun malas..tapi lepas dapat anak (especially lepas zara dh blh jalan neh) nak x nak...of course akan bawa zara kuar rumah...xkan la terperap di rumah...kan?hehehe
  • sekarang makin sedar, perkara yg remeh temeh dulu adalah sangat bermakna sekarang..hhahahah...dlu kalau tgk pamplet TESCO ke, CARREFOUR ke...buat xtau je kot..skrg mesti nk tgk sbb nk cari PAMPERS, SUSU...hahahaha
  • setiap hari adalah ISTIMEWA....

setiap yang berlaku amat sukar digambarkan...segalanya sangat istimewa...segalanya DEMI ANAK


perkembangan bayi

jom kita check perkembangan bayi kita;

Perkembangan bayi anda

Baru lahir  * 1 bulan  *  2 bulan *  3 bulan  *  4 bulan  *5 bulan *  6 bulan *  7 bulan  *  8 bulan  *


usia Zara~~ 11 bulan : perkembangan zara

  • Berdikari secara fizikal 
  • Buku untuk si pembaca kecil 
  • Membentuk peribadinya sendiri 
  • Tiba masanya untuk menetapkan batasan 
  • Bercakap tak terhingga 



Detik penting dalam perkembangan bayi





Tuesday 20 December 2011

kisah waktu kecil

salam, 

entry utk kali ni byk mengimbau kembali ingatan aku ttg kenangan silam..zaman kanak2 yg penuh keriangan..semuanya penuh angan2...penuh imaginasi..penuh dgn mimpi2 indah..entry ni ditulis sejak kami ter"reunion" blk dlm FB..kalau tak..mmg xjmpa balik la...syok kan?

waktu itu, cita-cita yg selalu disebut bila cikgu bertanya..jawapannya sudah pasti lah "saya nk jadi CIKGU,cikgu".."saya nk jadi nurse".."saya nk jadi peguam"...itulah cita2 waktu kecil..tapi kini, masing-masing punya kerjaya sendiri...punya tanggungjawab sendiri..ada yg dapat cita-cita sendiri...ada juga yg bertukar profession..maknanya cita-cita dulu lain..tapi sekarang kerja lain..

ni gambar terakhir~~waktu ni darjah 6..baru lepas habis UPSR bersama guru kelas dan guru besar
masa zaman hingusan ni...bila dikenang blk...masyallah..sangat indah..agaknya kalau jumpa semula..masing2 mesti dah lain rupa...al maklumlah..semuanya pakat2 bergaya..dan yang penting, kebanyakkan nya dah bekeluarga.

waktu darjah 1, kami mmg xmengenali antara satu sama lain..semua dari kami, berlainan dari latar belakang yg berbeza..ada anak cikgu, anak polis, anak nurse etc...tapi kami masih berkenalan dan berkawan..mula darjah 1, sure la ada yg nangis2 sebab nk kena tinggal dgn parents masing-masing dan berkawan dgn kekawan yg langsung kita xkenal lagi..(mula2 aje~pas dh masuk pertengahan tahun--pakat naik tocang la)..

amik kelas komputer

darjah 2-3, semua dah ada kawan2 sendiri..tapi macam biasa..lepas penilaian/peperiksaan akhir tahun, sure la pakat tukar kelas ikut prestasi masing2..so, kita akan mula bercampur dgn kekwn dari kelas yg lain..yang aku igt waktu darjah 3 ni, aku dan beberapa kekawan yg lain kena tlg cikgu ajarkan kekawan yg lemah/tidak kenal huruf..masa 2, aku dan kekawan yg tlg cikgu ni..mmg sgt berangan dan acting sgt macam cikgu lah!!hahahahha
x ingat darjah berapa..hhehe
darjah 4-6, masa ni dah besar skit, so lebih tahu apa yg dikehendaki. byk kenangan yg terimbau waktu ni..sebab kebanyakkan kami yang sekelas waktu darjah 4..terus berada di kelas yg sama smpi darjah 6.


masa waktu ni, aku sgt igt..ada program RMT (Rancangan Makanan Tambahan) especially utk pelajar-pelajar tertentu, tapi time budak2 ni xmai sekolah (absent)..aku and the geng selalu amik kesempatan..hahahha (dah alang2 cikgu offer~~so bedal je la makan free..selalu ada mee, bihun or nasi lemak--air sirap, teh)

then, paling aku sgt igt, time cikgu mesyuarat..aku and the geng yg gila garang la konon akan disuruh oleh cikgu utk jaga kelas2 tertentu. wahhh!! garang la sangat..setiap kelas akan ada 3 org pengawas, dan kelas yg ada budak2 nakal ni- kami ni la yg jaga...masa 2 yg selalu akan jaga kelas sure, aku, rosliza dan kinah...sampai kdg2 dgr budak2 akan ckp "wei..dok diam2, kakak pengawas yg garang jaga kelas kita"..hahahah...

time kelas lukisan plak, masing2 akan tunjuk kehandalan melukis..tapi kami mmg xleh lawan dgn otai kwn kami yg sgt terror lukis - lukisan dia mesti cikgu tampal kt belakang kelas..org itu ialah hafiz mail(skrg kawan aku ni dh jadi lecturer kt PSP)..pas2 lukisan lain yg selalu cikgu tampal, sure lah lukisan aku, nurul izza dan 2-3 org lagi...mmg sebab kami suka lukis kot..hehhehe..(tp lukisan nya xdk nk tunjuk korg)

masa zaman ni, sgt suka la tolong cikgu-cikgu bawa buku p ke bilik guru..selain tu, sangat suka tolong cikgu even cikgu xminta..rajin la sgt..

waktu perhimpunan, saat yg suka sgt...apa tidak nya...waktu ni, pengawas yang selalu ada ats stage adalah org yg sama..(leh tak, kalau aku kata org yg sgt gila jawatan..hahhahaha)..selalu yg naikkan bendera - bendera Malaysia, Pulau Pinang dan bendera sekolah (of course lah aku, kinah dan rosliza) -- kami lagi..bacaan doa (hafiz mail, izwan abas dan suherri)..bacaan ikrar (aku, kinah, rosliza, suherri, hafiz mail) masih org yg sama--gila sungguh depa ni..haiishhh!!! org lain cuma ditugaskan sekali skala..asyik2..nama depa ni aje...(yg lain, jgn marah yea...aku sure time neh, angpa smua mesti bengang, marah sbb asyik2 kami aje atau ada yg suka sbb leh dok relax) hahahahaha~~ lalalalallalllaaa~ ~

kemudian, kami semua perlu siapkan diri utk UPSR...abis je UPSR, kami semua dh xdak apa nk buat. waktu 2, kami just mai sekolah, tapi main2..pakat riuh la sekolah..batu seremban lah, congkak lah, main kad lah (tp bukan poker yea)..

bila utk majlis penyampaian hadiah akhir tahun, kami; geng senior (owh!!senior la sgt) kena buat persembahan. persembahan kami ialah satu persembahan nyayian (seyes aku lupa tajuk lagu tu) tapi sgt la tacing..persembahan lagu inggeris yg telah dilatih oleh cikgu kelas kami yg juga cikgu bahasa inggeris-teacher Valli...owh..sgt memorable + touching


performance yg terakhir~~ really touching lah!!sedih gila

kemudian, kami semua melangkah ke tingkatan 1. ada yg pergi ke sekolah yg sama--tapi lain2 kelas, ke sekolah lain..ada yg masuk sekolah asrama..ada yg terus berpindah ke negeri lain...tapi MATLAMAT kami tetap sama~~terus berjaya dan mengejar cita-cita masing. 

KINI, ada yang sudah berpangkat besar dan mencapai cita-cita masing2.. tapi kami tetap kami dan kembali berjumpa dlm FB...

Saturday 17 December 2011

teething care for baby

salam,

kalau entry sebelum ni berkaitan dengan gigi bayi baru nk tumbuh. kali ni kita bercerita plak ttg penjagaan gigi bayi..

wah!! dh macam doktor gigi plak..

tahukah kah kita yg jumlah keseluruhan gigi susu sempurna utk bayi dan kanak2 adalah 20 batang? dan gigi yg terakhir/lengkap akan tumbuh pada usia 2-2 setengah tahun..

~tanda dan simptom tumbuhnya gigi baby~

kadangkala ada sesetengah bayi yang tumbuh gigi tanpa ada masalah ~ misalnya xmengalami demam yg teruk atau sakit. tapi ada jugak baby yg terpaksa melalui saat sukar masa gigi nk tumbuh. kesannya boleh menyebabkan iritasi atau pun mood yg kurang senang (merap, xaktif, nk menangis aje dll).. contohnya Zara...masa dia tumbuh gigi...dia asyik merap, demam teruk (4 hari), air liur meleleh...adooiii..kesian tgk..

gigi bayi akan tumbuh secara normal 2 batang di bahagian bawah (center) dan 2 batang lagi sebelah atas..juga di tengah2.. Zara plak naik 4 batang gigi sekaligus di bahagian atas..then baru gigi bawah ~ ada lak org ckp cmni "eh, zara nek gigi atas dulu, hurm..nnt cakap besaq budak ni"...dalam hati -- awat yg dok ckp cmni...kuasa ALLAH nk bagi gigi mana naik dlu..cuma berdoa supaya dia jadi ank yg baik serta merendah diri ::mode:: abaikan kata2 makcik tu..


gigi bawah--susah la nk snap pic gigi dia~sebab mesti nk tarik mommy's BB


bila anak mula tumbuh gigi ~ mak2 dh start risau..sbb takut nnt bila breastfeed, baby akan gigit cik B..phweee...ouuchh (sama lah cm aku ~ mula2 risau, tapi actually..menda ni normal..cuma kekdg dia gigit2)..just reminder to mommies, don't worry to breastfeed when the teeth arrive-sebab kesemua gigi bayi yg bawah akan dilindungi oleh lidah bayi sekaligus menyebabakan kita rasa comfortable dan xrasa sakit (melalui pemerhatian aku masa nyusukan zara)
~penyelesaian~


teething baby actually like to chew, so sbg solution nye ~ beri lah si kecik dgn teething ring utk dia gigit2.. ada gak sesetengah teething ring yg blh masuk dlm fridge -- ikot la yg mana sesuai utk si kecik
ni zara nye teething ring by fisher price

kalau baby ada slight temperature, bagi la baby dgn infant paracetamol utk tahan sakit -- tapi bagi aku, SANGAT tidak digalakkan atau jalan selamat..p la jumpa doktor atau pakar kanak2.

sapukan teething gel cam "BONJELA" ke pada gusi baby -- tapi SILA baca arahan dgn betul ye..

for dribbling plak, invest in some bibs atau sapukan "VASELINE" pada dagu supaya baby tak rasa sakit.

~kekal kebersihan/ kesihatan gigi bayi~

cam aku pernah tulis dalam entry sebelum ni "pembelajaran seorang bayi bermula dari rumah dan ibubapa"... so, apalagi--kena la ajar si kecik zara cara untuk bersih kan gigi.. apa lagi, terus eksaited la aku dan en.husb...cari berus gigi yg sesuai utk zara...TAPI...jangan main beli aje..sebab ada berus gigi khas utk baby--sangat selesa sbb aku tgk zara, ok aje bila berus...pas2 sambil mandi--dipegang aje kat tangan..

1st toothbrush for Zara ~ she like it very much
this toothbrush fits on my finger and its soo comfortable
apalagi...utk ajarkan zara jaga kebersihan gigi ~ kita kena pastikan mula memberus gigi si kecik bila kita spotted baby's first tooth. gunakan lah toothbrush cm di atas yg sangat muat utk jari kita yg mak2 neh or even fingertip covered with a clean muslin cloth, plus a small smear of baby toothpaste like "kodomo lion"..tapi dalam kes zara, aku belum gunakan sebarang ubat gigi -- cuma nak biasakan zara dgn berus gigi aje dlu.


bila si kecik dah tumbuh gigi, jangan lak dok gatal2 bagi any juices dlm bottle atau cawan atau apa saja. even pure natural juice pun masih mengandungi gula yg menyebabkan pereputan pada gigi si kecik yg baru nk tumbuh.

sewaktu aku jmpa ngn doctor kanak2 yg selalu merawat zara, doc give me some info (if there's no sign of a tooth by the first birthday--quickly ask dentist) -- masa kes zara demam gara2 nk tumbuh gigi (aku ingat demam biasa--even dah masuk hari ke-2, still xbawa jmpa doc sbb budget makan ubat demam yg mmg dh ada dlm peti ais. tapi pas hari ke-3 demam, baru bawa p klinik sbb demam xbaik2 gak then terus kena marah dgn doctor sbb lmbat bawa zara ke klinik. sbb zara demam dan saluran pernafasan dah tersumbat (akibat selsema) selain dari demam nk tumbuh gigi--sekali dah sangkut dgn paru2, sbb dok kata hampir mau effect pada paru2 tapi syukur kuasa ALLAH selepas keesokkan harinya--sekali lagi bawa zara p klinik, doc ckp- she is very strong dan dia mampu lawan kesakitan dia--AMIN)